Hi semua. Saya F berumur lewat 20’s dan sudah mendirikan rumah tangga selama 6 tahun. Telah dikurniakan 3 orang anak yang berumur 5, 4, dan 2 tahun.
Disebabkan jarak anak yang dekat kebanyakan waktu selalunya habis terluang bersama anak-anak. Setiap aktiviti yang kami ingin lakukan, atau tempat makan yang kami mahu pergi selalunya memikirkan kesesuaian anak-anak.
Hubungan saya dengan suami sangat baik. Kami seperti best friend dan saya boleh menceritakan apa sahaja kepadanya. Namun setiap hari hanya rutin yang sama.
Tidak terasa manisnya seperti zaman bercinta. Waktu kami berdua hanyalah setelah anak-anak tidur. Dan selalunya pillow talk akan berakhir selama 10 minit kerana kami berdua akan tertidur keletihan.
Apa yang saya ingin ceritakan, baru-baru ini semasa mengimbau balik kenangan ketika bercinta, teringat tempat kegemaran kami berdua suatu ketika dahulu.
Tempat tersebut menyajikan makanan yang sedap namun tempat duduk sangat terhad serta perlu beratur panjang setiap kali mahu makan di situ.
Kami seringkali membatalkan niat hendak ke situ kerana bimbang tidak sesuai untuk anak-anak.
Tiba-tiba tercetus idea untuk kami go for a date tetapi rasa bersalah untuk tinggalkan anak-anak pada weekend sebab weekend saja waktu kami untuk anak-anak memandangkan kami berdua bekerja.
Kebetulan pada hari Isnin suami dapat panggilan untuk suntikan vaksin dos penggalak jadi dia dapat cuti pada hari Isnin. Saya pun terus apply halfday pada hari Isnin untuk kami keluar dating.
Perasaan saya pada malam hari tersebut sangat berbunga-bunga. Habis satu almari saya geledah cari baju untuk dipakai ketika dating. Haha.
Pagi Isnin tu suami hantar saya pergi kerja dan dia akan ambik time tengah hari. Jadi anak-anak fikir kami pergi bekerja seperti biasa so kurangla rasa bersalah tu.
Tengah hari tu, suami ambik, kami singgah di stesen minyak untuk saya tukar baju. Lepas saja tukar baju pekerja stesen minyak tu pandang pelik saja haha.
Suami pulak seronok dia kata rasa macam excited keluar curi-curi macam ni. Kami bersembang macam-macam dalam perjalanan tu.
Selalunya nak bercerita pun terganggu sebab anak-anak akan mencelah. Kali ni macam-macam cerita keluar.
Perasaan time tu macam mula-mula bercinta. Saya rasa malu-malu, berdua dengan suami. Pelik kan. Haha.
Then kami pun ke tempat makan tersebut dan beratur sejam lebih jugak baru dapat makan. Tapi tak terasa sangat sebab ralit dok menyembang.
Suami pulak melayan saja saya nak ambik gambar nak buat video la macam-macam benda yang saya nak buat sebelum ni tapi terbatas. Pergi shopping, tapi biasalah banyak barang anak-anak saja beli. Haha.
Rasanya sekejap saja dating tu dalam 4 jam saja. Tapi perasaan tu berbunga sampai sekarang.
Hubungan saya dengan suami dan anak-anak pun sangat lah baik selepas tu. Rasanya sekarang saya dah faham kenapa time bercinta tu manisnya lain macam.
Sebab time bercinta takde tanggungjawab. Dah kahwin ada anak ni kita akan terikat dengan tanggungjawab. Kena kongsi pasangan dengan anak-anak.
Selepas daripada haritu rasa macam makin berputik perasaan cinta antara kami. Dapat meluahkan isi hati masing-masing, mana yang terkurang. Suami pun enjoy sangat sekali sekala keluar berdua macam ni.
Dan kami dah plan setiap bulan wajib ambik halfday sehari and go for a date. Haha kenapala selama ni tak terpikir nak buat macam ni.
Maaf kalau cara penceritaan kurang menarik. Cuma saya nak kongsikan mungkin ada pasangan di luar sana yang terikat dengan tanggungjawab anak-anak sampai terlupa untuk bercinta dengan pasangan.
Carila sedikit masa untuk luangkan masa berdua. InsyaAllah hubungan akan bertambah baik.
Doakan hubungan kami akan berkekalan sehingga ke syurga. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada anda semua.
– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit