Low Self-Confidence

Salam and hi semua. Aku harap confession tengah malam aku ni di post oleh admin.

Aku ni pengikut setia IIUM Confession. Selama membaca confession orang lain, tergerak nak kongsi cerita aku.

Setiap orang ada masing-masing punya kelemahan. Dan bukan semua orang akan tunjuk atau cerita pasal kelemahan mereka, kan?

Tapi,

Hari ini aku nak cerita tentang kelemahan aku. Kelemahan yang aku dah penat nak simpan dalam dada. No matter how much i explain to people.

Aku membesar dalam suasana yang tak begitu menyeronokkan. In terms of kawan-kawan.

Dilahirkan dengan kulit gelap rasanya tidak ada dosa pun. Cuma, begitulah manusia bila terlalu memandang pada rupa.

Dan itulah bermula kisah dibuli dari sekolah rendah sehinggalah ke dewasa. Bezanya dewasa, orang palau kau sebab kau tak lawa. Bitter truth.

Dan kelemahan terbesar aku adalah aku tak mampu bertahan kalau orang mula berkata berkaitan skin tone/ body shaming.

Baru-baru ni, kawan aku ada bergurau dengan aku bila aku tunjuk gelang yang baru aku beli.

Tidak dipuji pun gelang tu malah dia cakap,

“Ehhh pergilah labur duit sedikit untuk putihkan kulit”

Jujur kata, biarpun kawan rapat. Aku tetap terasa dengan kata-kata begini. Satu persatu sejarah pahit mula bermain dalam minda.

Dan salah satunya kisah yang terjadi di universiti aku dulu.

Ada seorang budak lelaki ni tengah sembang dengan kawan aku pasal jodoh.

Butir bicara diaorang dua tu biarlah menjadi sejarah tetapi yang paling menusuk adalah bila kawan lelaki aku kata,

“Aku kalau nak kahwin nanti, biarlah aku kahwin dengan perempuan putih-putih. Kalau perempuan hitam manis, memanglah muda hitam manis, tua nanti hilang dah manis tu”

Aku gelak jelah masa tu. pahit betul rasa masa tu. biarpun bukan dituju untuk aku, tetapi entah kenapa kalau berkaitan skin memang aku sensitif.

Bukan aku tak cuba terang pada orang lain kalau berkaitan skin tolonglah jangan dihina. Dia memang kurang di situ, tapi mungkin ada lebih yang lain. :)

Hidup dalam keadaan sejarah kena buli disebabkan skin tone bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku hadap. Effect dia sampai sekarang aku punya low self confidence.

Bukannya tidak pandai, aku graduate dengan 3.5 ke atas juga. Cuma, banyak benda yang aku rasa menyesal tidak buat disebabkan low self confidence aku dahulu.

Tapi itu lah, kenapa kan nak dengar cakap manusia? Bila mereka penat, diamlah nanti ye? :)

Last but not least,

Doakan aku dapat encounter low self confidence aku ni dan dikurniakan baby sebab aku baru je kahwin dengan lelaki yang boleh terima aku seadanya.

Tapi itulah, aku masih insecure dengan perempuan lain biarpun hidup aku tidaklah kurang mana dari perempuan lain. :)

Dari aku di tengah malam,

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *