Hai, aku perkenalkan nama aku Teja (bukan nama sebenar). Aku ada masalah rendah diri. Selain dari masalah fizikal, Faktor lain yang menjadikan aku rendah diri adalah kerana faktor dipulaukan semasa berkerja di syarikat lama.
Masa di Syarikat lama. Aku seorang yang normal, banyak bercakap, suka bergurau dengan rakan-rakan sekerja, hinggalah satu masa aku telah difitnah oleh rakan sekerja tentang sesuatu perkara yang bukan aku buat. Oleh kerana ianya menjadi buah mulut semua orang di syarikat itu, di tambah dengan warning letter yang aku dapat, aku jadi hilang keyakinan diri.
Selain dari masalah di pejabat, dalam masa yang sama, aku mempunyai masalah dengan kawan-kawan serumah. Masalah dengan kawan serumah pula, mereka ingat aku ni sosial dan tak nak bercampur dengan mereka lagi. Padahal, bebanan kerja aku yang menyebabkan aku tak dapat nak bersama mereka. Kerja aku memerlukan aku berada di pejabat seawal tujuh pagi dan pulang ke rumah pukul 10 malam.
Ada satu hari, mereka tukar kunci rumah, tak bagi aku masuk rumah. Dek kerana rasa terhina, aku pun ambil keputusan untuk tinggalkan sahaja barang-barang aku dalam rumah tu dan move-on. Bukan sekali mereka tak bagi aku masuk. Pertama kali, mereka kunci pintu dari dalam, waktu aku balik dah pukul sebelas malam, aku ketuk-ketuk pintu langsung tak ada seorang pun nak buka pintu, jadinya malam tu aku tidur dalam kereta sampai ke pagi!
Rezeki aku, dihari-hari terakhir aku di syarikat lama, aku kemudian dapat panggilan temuduga dan dapat bekerja di tempat baru, pada mulanya semuanya okey, tapi lama-kelamaan, aku mula rasakan semua orang dalam syarikat baru ni benci aku. Cara mereka pandang aku, melihat riak wajah mereka, semua aku nampak macam sinis. Aku mula jadi pendiam. Aku tak ada kawan. Lepas perkara di pejabat lama dulu, aku totally takut nak percayakan orang. Aku takut pisang berbuah dua kali. Dengan budak-budak rumah sewa baru pun aku tak bergaul. Aku takut kalau aku buat baik dengan mereka, perkara lama akan kembali terjadi.
Di pejabatpun aku takut nak bercakap. Aku takut aku buat salah. Tapi, sesungguhnya aku memang pernah buat salah jugak, bilamana aku membelakangkan admin department aku dan liase direct to admin syarikat berkaitan beberapa perkara. Sebabkan rasa tak best dengan kawan sepejabat tu, aku juga pernah buat permohonan nak tukar department. Which is boss aku lepaskan, tapi dalam perasaan yang marah. Tapi, aku tak jadi pindah pun sebab rasa bersalah dan post aku pegang tu perlukan pengganti.
Aku takut nak memulakan perbualan, aku takut nak jadi peramah, aku takut dengan jadi peramah at the end orang akan ambil kesempatan lagi pada aku. Aku akhirnya terasa diasingkan. Aku rasa macam tak wujud. Even aku ada pun dekat pejabat, orang still tak notice aku ada. Sedih!
Lately, aku cuba nak berubah. Tapi bila aku tengok pandangan orang, aku rasa down. Aku rasa aku tak boleh nak move-on. Bila aku dah mula senyum-senyum, tunjuk muka happy, lepas tu mesti aku rasa orang macam pelik tengok aku. So aku akan kembali senyap dan buat hal aku sendiri like usual.
Hinggalah minggu lepas, bila bangunan office aku buat fire drill. Hampir semua kawan sekerja perempuan dekat office aku dah siap-siap ada dekat bawah. Diorang tak naik pun office sebab dorang tahu ada fire drill. Sedangkan aku tak tahu. Bila loceng berbunyi, aku tengok dalam office, staff perempuan hanya aku je yang ada. Makanya, aku turun dari office aku tingkat 30 tu sorang-sorang. Aku mesej dekat group tanya mereka dekat mana?
Tapi seorang pun tak bagitahu mereka dah memang ada dekat bawah. Bila aku sampai bawah, aku nampak mereka dengan muka ceria sedang senyum-senyum dalam satu group. Perasaan aku masa tu, tak tahu nak describe macammana. Aku menangis! Aku menangis bukan sebab aku penat turun dari tingkat 30, tapi sebab aku down sangat sebab mereka tak bagitahu aku pun yang mereka dah turun. Beberapa minit dengan mereka, aku akhirnya angkat kaki balik!
Balik rumah aku menangis. Aku update ayat simple je dekat instagram, lepas tu aku letak hashtag. Lepas tu tiba-tiba ada seorang kawan office aku whatsapp personal aku minta maaf kalau aku terasa pasal fire-drill tu. Aku tak reply, aku menangis je. Esoknya baru aku reply mesej tu cakap tak apa, aku dah biasa.
Semalam, aku masuk kerja, pagi tu kawan yang whatsapp tu datang dekat meja aku, bertanyakan tentang instagram tu, Aku cerita semua kisah yang dekat atas tu pada dia. Tapi ada satu ayat dia yang buat aku terfikir balik..
Dia cakap..
“Mungkin ni semua perasaan awak je, orang tak benci awak, tapi sebab awak senyap, sebab tu orang tak berani nak tegur. Even, saya pun takut nak tegur awak.”
Balik rumah, aku terus terfikir apa yang dia cakap tu. Aku terfikir, mungkin betul cakap dia, aku terlalu fikir apa yang orang fikir pasal aku. Sampaikan aku cuba cipta jurang dengan orang sekeliling. Ketakutan aku tak berasas.
Betullah orang cakap, overthingking will kills your happiness. Sekarang aku nak cuba move-on, tapi aku tak tahu nak mula dari mana, aku takut nak memulakan, tapi aku dah penat jadi pendiam, jadi introvert, Apa perlu aku buat? Tolonglah bantu sebab aku tak tahu nak bermula dari mana. Am i depression?
Aku takut nak akui aku depress. Aku takut nak minta bantuan, aku takut nak reveal yang aku tak normal. Tolong bagi pendapat. Dari mana harus aku bermula?
Please…
– Teja
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit