Low Self-Esteem Kerana Dibuli

Hi semua. Tiber. Terima kasih admin kalau sudi siarkan kisah saya. Sebelum ni saya dah pernah tulis 3 kali, kena reject huhu.

Memandangkan IIUM Confession terlalu banyak kisah rumah tangga, hari ni aku nak berkongsi juga kisah pilu, sebab tengok video baru ML studio ada orang kongsi kisah dibuli kerana paras rupa.

Kisah ni aku tak pernah cerita se-details ini pada orang. Mak ayah aku pun tak pernah tahu.

Masa sekolah rendah, aku diejek “gelap” “ke***g* “bontot kuali” dan banyak lagi tak terkira.

Jadi sejak kecil aku suka pakai bedak tebal-tebal sebab tak nak nampak aku ni hitam sangat huhu. Sampai ada juga saudara-mara yang ejek umur muda tapi bedak macam makcik-makcik.

Kalau lah mereka tahu aku ni kena buli pasal warna kulit sejak usia aku 7 tahun..

Benda ni bagi kesan sampai aku besar, sampai sekarang pun sebenarnya. Ada sorang ni anak orang kaya, dia ni ketua pembuli.

Walaupun bukan secara fizikal, tapi dia suka cerita benda bukan-bukan sampai budak kelas aku suka pulau kan aku.

Dia lah juga kepala suka memburukkan aku yang berkulit gelap ni.

Aku sedih sebab selalu kena pulaukan tu sampai pernah nak bu**h diri dua kali. Aku 9 tahun tau masa ni. Pisau aku letak dah dekat nadi.

Cuma waktu tu tak teruskan sebab aku mula rasa sakit sebab mata pisau tu. Aku belajar benda ni bukan daripada tv ke apa, internet lagi lah tak. Masa tu internet tak macam sekarang ni haha.

Disebabkan aku selalu berseorangan, aku selalu baca buku dekat perpustakaan dan tahu lah anatomi tubuh badan.

Selalu saja rasa nak cerita dekat mak aku, tapi dekat rumah, aku ada masalah lain dan aku tak nak tambah stress mak aku.

Macam mana aku bertahan masa sekolah selepas kejadian nak bu*** diri tu? Aku berusaha keras nak jadi pandai. Jadi cemerlang dalam kelas. Sampai si pembuli tu terpaksa berbaik dengan aku sebab nak aku ajar.

Fast forward masuk sekolah menengah, tak ada la insiden diejek kulit hitam ni. Ada la juga panggilan Ke***g, hangus, tapi tak lah seteruk masa sekolah rendah tu.

Sebab rupa paras nan hado ni aku terselamat la daripada bercinta-cinta dan selamat daripada kena marah dengan kakak senior (aku sekolah asrama).

Cuma masa form 4, ada pelajar baru masuk. Aku gelarkan dia M. Takdir Tuhan, aku satu dorm dengan dia. Sebagaimana insiden sekolah rendah, M buat cerita bukan-bukan dan budak dorm sisihkan aku.

M banyak lah buat perkara yang menyakitkan hati, termasuklah memfitnah aku macam-macam sampai pernah sekali sampai kena masuk bilik disiplin.

Sebab aku manusia yang tanya direct, aku tanya M kenapa buat aku macam ni. Dia kata suka-suka dan sebab cemburukan aku dapat biasiswa sedangkan dia rasa dia lagi bijak tapi dia tak dapat pun biasiswa. Manusia hati busuk, macam ni lah.

Mula-mula sedih, tetapi lepastu aku dah membesar dengan pengalaman ini, aku ambil keputusan untuk abaikan dan tak ambil pusing.

Waktu lights off baru aku balik dorm untuk tidur. Pukul 4.30 aku bangun, mandi, terus siap-siap pakai baju sekolah dan duduk di surau.

Selain waktu tidur, aku habiskan masa duduk tempat lain, berkawan dengan orang lain, duduk dorm orang lain sebab tak nak sesakkan kepala dengan budak dorm aku.

Bila masuk universiti, aku bersyukur sangat jumpa kawan-kawan yang baik, yang tak ada main pasal warna kulit ke apa-apa.

Ada juga kawan sekolah aku masuk satu uni, tapi ni geng yang baik-baik la dengan aku. Kenangan pahit waktu nak membesar ni, tertanam kemas dalam otak aku. Dan juga mempengaruhi sikap aku.

Aku fikir sebab gelap dan rupa aneh ni tak ada la orang nak, tapi syukur ada jugak orang nak dekat aku walaupun ada masa aku insecure sendiri sebab tunang aku dan keluarganya kulit putih-putih.

Ada masa aku overthink dan aku cakap merepek sebab warna kulit ni.

Alhamdulillah sekarang aku berkerjaya, walaupun tak ada lah kerja dengan syarikat-syarikat yang gah tu, insyaAllah one day, I will be there.

Kepada mangsa-mangsa buli secara fizikal mahupun mental, we can do this! Beat them with what you can.

Didiklah anak-anak kalian semua untuk melihat semua warna kulit, size, bentuk muka, sgala pemberian Tuhan itu indah dan cantik. Yang penting hati dan perilaku. Jangan disisihkan manusia kerana rupanya.

Kepada yang membuli, pergilah minta maaf pada orang-orang yang kamu pernah buli.

Kalau yang buat ni biasa tak ingat kan? Yang menerima ni selalu ingat. Membesar dengan kenangan yang pahit ni sangat membunuh keyakinan diri.

Update terkini, M si pembuli aku yang kini ibu kepada 2 anak sedang menderita depression. Dulu sewaktu teraniaya tu aku pernah berdoa minta Allah balas perbuatan M kepada M, bukan keluarganya.

Tak tahu lah ini kafarah dosa nya atau apa, mudah-mudahan kau cepat sembuh dan bertaubat lah atas apa-apa yang kau buat dulu.

– Bunga Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *