Lia Si Mangsa Buli

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua pembaca. Nama saya Lia, umur 25 tahun, sudah berkerja tetap, masih bujang dan cantik, wah confident ya.

Entah kenapa hari ni Lia ter throwback kisah zaman sekolah, dimana Lia adalah seorang mangsa buli yang sangat tragis.

Kisahnya begini, waktu umur 14 tahun, Lia terlibat dengan kawad kaki sekolah dan mengakibatkan kulit muka gelap dan sunburn yang teruk.

Tambahan lagi baru meningkat remaja, jadi kulit yang gelap tadi diseri kan dengan jerawat jerawat hormon yang bermaharajalela.

Datang seorang murid lelaki, namanya B, B ni murid yang popular dan good looking di sekolah, mula mula tu B sekadar kacau biasa biasa saja, tapi makin lama makin melampau.

B gelarkan Lia “Jalan Tar” sebab berwajah gelap dan mengerutu bak jalan tar, Lia tak mudah kalah dan mengejek B semula, Lia panggil B si sepet.

Okay kisah nya tak tragis lagi ni, sebab kan Lia menjawab, B mula meluaskan empayar buli nya kepada kawan kawan lelaki, bayangkan Lia otw ke Tandas, tiba tiba ada murid lelaki out of nowhere jerit,

“Woi Jalan Tarrr”, ada pulak yang tiba tiba “Bila kau nak turap muka kau tu Jalan Tar”

Masa ni Lia dah mula kalah, kawan perempuan mula menjauh sebab malu kot nak kawan dengan Lia, Lia jadi lone ranger, dan Lia dah tak ejek B, dengan harapan B hentikan semua ni, rupanya tak

B makin agresif bila Lia pasif, pernah satu masa Lia balik kelas, Beg Lia dalam tong sampah, baju sukan Lia digantung di Kipas, dan B pernah memukul Lia berkali kali bila Lia senyap dan malas nak balas ejekan dia.

Balik rumah Lia belek kaki yang lebam sebab di tendang B, setan! Eh sorry tercarut. Lia tak inform family mahupun cikgu, sebab tak mahu besarkan perkara.

Sampai satu hari, B ada di tangga sekolah, dia nampak Lia di Bawah, dari atas tangga lebih kurang 3 anak tangga dia lompat dan attack kasut Lia, sakitnya Allah yang tahu.

Lia menangis teruk dan terus lari ke Toilet, nampak stokin berdarah, rupanya kuku lia terkopek sedikit sehingga ada pendarahan, waktu tu juga terserempak dengan cikgu H.

Cikgu H panggil Lia dan B untuk tahu apa cerita, Lia cerita semua sambil teresak esak, nak tahu apa jawapan B?

Dia kata Lia ejek dia dan dia cuba balas, tapi accidentally terluka kan Lia. Then cikgu H tak semena mena bagi punishment kepada Lia instead of B, B senyum sinis je dan masuk ke Kelas.

Semenjak dari haritu cikgu H anti benar dengan Lia, cakap kasar kasar, dia mengajar subjek favorite Lia, every ujian confirm dapat A.

Tapi suddenly markah Lia low, dan lagi terasa bila markah Lia lagi teruk daripada kawan yang tak pernah perform dalam kelas, ya subjek Bahasa dan melibatkan karangan, jadi guru tu boleh mark ikut citarasa dia.

Semenjak peristiwa tu Lia jadi semakin malang, sudahlah dibuli budak lelaki, dipulau kawan perempuan, di sisih guru. Lia teruskan kehidupan sampai B pindah sekolah ketika form 4, 2 tahun Lia lebam lebam dipukul tau.

Pernah masa PMR, tengah menelaah buku, B tiba tiba lalu sebelah dan ketuk kepala Lia guna pembaris, kita ni nak exam tau, layan emosi di buli lagi, hanya Tuhan tahu mental Lia waktu tu.

Sekarang Lia dah besar, dan makin confident, kulit Lia cerah dan bersih Alhamdulillah, Lia tak pernah jumpa B semenjak dia pindah, tapi Lia masih ingat nama penuh dia berserta Bin nya sekali.

Nak cerita journey Lia naik kan semangat dan confident mungkin akan terlampau panjang, cukup lah pembaca tahu journey tu tak mudah.

Kesan buli ni kepada Lia, buatkan Lia menjadi introvert, Lia selalu dapat award kecemerlangan di Universiti, tapi Lia selalu rasa itu cuma kebetulan, Lia cuma gadis malang yang kadang kadang bernasib baik.

Lia tak pernah ada boyfriend, bila ada lelaki dekati Lia, Lia akan cepat cepat cut off conversation tu sebab Lia tak confident.

Tapi hikmah nya pula, Lia menjadi seorang yang sangat empati, Lia akan usaha untuk sayang semua orang di sekeliling Lia.

Lia selalu yakin kan orang bahawa tiada siapa yang buruk di dunia ni, semua punya harga diri dan berhak untuk dihargai.

Lia suka dekati orang orang susah dan cuba fahamkan mereka yang dunia ini memang tempat berpenat lelah, tempat air mata dan ketidak adilan.

Tapi kalau kita sabar, Insha-Allah kita akan dapat syurga hakiki yang tak pernah mengecewakan.

Okay itu saja, salam sayang Lia buat semua, Lia dah lama maafkan B, tapi Lia tak pernah lupa. Assalamualaikum.

– Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *