1) Pengenalan
Aku baru habis asasi dan berada di rumah. Aku ada 10 adik-beradik dan semuanya masih belajar.
Aku tulis sebab mak aku kata tadi, “ayah cakap kau sombong dengan ayah dan buat macam ayah tak wujud”. Aku nak luahkan apa yang aku rasa dan mungkin ada kebaikan yang boleh diambil dan kekurangan yang boleh dihindari.
Dari kecil, aku sentiasa dengar ayah maki hamun ibu sebab benda remeh, masak terlebih garam, anak menangis, tengah stress atau takde duit.
Contoh makian, “aku kutip kau jadi bini pon dah cukup bagus”, “kau tau ada perempuan macam artis -xx- minat dekat aku dulu”, “kau ni macam bibik’, “laki kau redha tak kau buat ni”, “kau ni bodoh ke”.
Ayah pernah juga letak syarat, talak akan jatuh kalau ibu pergi rumah kakak kandungnya. Sampailah sekarang umur dah dekat 60, tapi makian dan hinaan itu masih sebati dalam diri.
Ayah tidaklah terlalu jahat, keluar bekerja, cari nafkah untuk bagi makan dan hidup. Beri kami kereta dan rumah yang lebih dari cukup.
2) Luahan hati
Masa membesar di zaman sekolah, aku ni orang yang sangat kurang keyakinan. Bukan sebab rupa, ketinggian atau pelajaran.
Ada kawan pon selalu kena jadi pak turut. Kena angkat pinggan diaorang lepas makan tu selalulah aku buat, jadi bahan lawak.
Bukanlah aku tak boleh lawan apa yang diaorang buat dekat aku, aku tahu aku mampu lawan tapi mungkin sebab mental aku dari kecil dah dilatih begitu. Hanya diam bila terjadi apa-apa.
Semua ni aku tak pernah cerita dekat ayah atau ibu, sebab mereka hanya akan melabel aku lemah.
Mungkin juga sebab dari kecil, aku dah selalu ditengking, dihina oleh ayah, ayah tak hiraukan bila aku cuba bercerita apa jadi dekat sekolah, bila aku bercerita ayah akan marah berbanding memahami sebagai seorang ayah.
Benda ni remeh je, tapi aku ingat sampai besar, bila beli baju, aku dah pilih apa yang aku suka, tapi ayah akan buang semua dan pilih apa yang dia rasa cantik.
Pilihan aku dari kecik macam kurang diambil kira. Kalau mungkin price range yang diambil kira, aku tau berapa yang ayah aku mampu untuk certain thing.
Bab asuhan, ajaran ayah bahawa anak lelaki tak patut basuh pinggan, tak payah kemas rumah, tak payah buat apa-apa sebab semuanya kerja perempuan.
Aku tak rasa kerja rumah itu satu bebanan, tapi bayangkan masa aku kecil, rumah disepahkan, baju diletak merata-rata, pinggan ditinggal atas meja, tandas yang lintang pukang, semuanya hanya aku dan mak aku perlu buat.
Bila rumah sepah, hanya aku yang akan dimarahi tapi tidak adik-beradik lelaki aku.
Aku juga rasa tak selamat bila duduk dekat dengan ayah sebab tabiatnya yang sedikit gatal bila dengan perempuan. Aku selalu nampak ayah akan berlebihan semasa bersembang dengan wanita, tidak kiralah muda atau seusianya.
Sekarang, aku rasa sangat tidak selamat apabila menjadi seorang gadis kerana sikap ayah yang suka memerhatikan aku secara berlebihan.
Semasa di U, aku belajar untuk hidup sendiri, buat semuanya sendiri tanpa perlu bantuan orang. Aku lebih selesa bersendirian berbanding berkawan.
Selama aku jadi seorang budak, aku tak minta masa dan kasih sayang seorang ayah 24 jam, cukup 5 minit lepas aku balik sekolah dan jadi keluarga bahagia yang saling menghormati.
Aku tahu suami isteri akan ada fasa mereka bergaduh tapi bukan bagaimana ayah aku lakukan dekat ibu aku.
Aku tahu tiada manusia yang sempurna, tiada insan yang dilahirkan sudah pandai menjadi seorang ayah tapi aku masih tidak faham.
Setiap perbuatan ayah buat aku takut dan perkhawinan pasti terlalu jauh untuk aku label sebagai kebahagian.
Perkataan rapat atau kawan untuk ayah adalah terlalu jauh untuk aku. Sedikit sebanyak, semua ini buat mental aku terbeban.
Aku lebih bahagia bercakap sendirian berbanding manusia, aku sakit tapi tak tau nak buat apa. Terlampau sakit.
– Rania (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit