Hi! Saya Hana. Saya tergerak hati nak menulis artikel ini kerana saya tidak tahu dimana saya ingin meluah.
Saya merupakan anak bongsu dalam 4 adik beradik. Anak bongsu dianggap sebagai anak yang manja dengan orang tua. Bagiku tidak.
Menjadi anak bongsu ini sebenarnya tidak mudah. Tak semua anak bongsu ini beruntung.
Ada sesetengah anak bongsu yang masih berlawan untuk terus kekal berjuang dan bernafas di dalam dunia ini. Ada jua yang masih berlawan untuk membanggakan kedua orang tuanya. Seperti aku.
Akan tetapi… Adakalanya anak bongsu ini menjadi tempat pelampias marah kedua orang tuanya. Dicaci dan dimaki. Ditengking. Sudah menjadi kebiasaan harianku.
Tetapi aku tidak pernah cuba untuk melawan. Tidak. Kenapa? Sebab aku tidak mampu. Aku tidak mampu untuk melawan kedua orang tuaku.
Kadangkala aku kalah dengan perasaanku sendiri. Aku tidak mampu untuk meneruskan perlawanan ini. Bukan sebab kau lemah tapi sebab aku penat. Penat dengan semua yang berlaku.
Memang. Memang ada anak bongsu yang dimanjakan. Tapi di sisi lain ada juga anak bongsu yang kesakitan.
Ada juga yang judge mereka. Kenapa? Sebab mereka anak bongsu, abang dan kakak kena mengalah. Tapi yakinkah? Macam mana pula dengan aku yang selalu mengalah dengan semua benda?
Aku anak bongsu yang selalu berada di rumah. Aku tau semua hal yang terjadi di dalam rumah. Aku anak bongsu yang jarang ditanya, yang tidak pernah dibanggakan atas hasil kerjaku.
Keberadaanku selalu ada tapi dianggap seperti tiada. Aku dianggap seperti pembuat masalah. Dianggap masih kecil dan tidak tahu membuat keputusan. Semua keputusanku tidak ditepis begitu saja.
Alasannya? Aku masih budak yang tidak mengerti apa apa. Aku merupakan anak yang mempunyai peluang nipis untuk membuat keputusan sendiri.
Aku anak bongsu yang sering di atur hidup oleh keluarga. Anak bongsu yang hati dan perasaannya tidak dianggap penting.
Aku hidup seperti patung. Semuanya diatur. Perasaanku terpaksa ku korbankan. Demi membahagiakan keluargaku sendiri.
Tapi makin lama ku pendam, aku menjadi semakin sakit. Sakit yang dalam. Sehingga aku merasakan kosong.
Aku sudah tidak merasakan kasih sayang antara keluarga. Kasih sayang yang ada sudah terpadam. Yang tinggal hanyalah rasa hormat antara keluarga.
Aku menjadi semakin pendiam. Semakin dingin dengan keluarga sendiri. Semakin menjauh dengan keluarga sendiri.
Kadang aku rasa seperti aku anak yang jahat. Aku ingin menentukan keputusanku sendiri. Aku hanya ingin layanan seperti adik beradikku yang lain. Sama rata. Adakah itu susah?
Aku ingin jauh pergi dari sini. Aku tidak ingin tinggal di sini. Aku nak menjauh dari sini. Menghilang daripada rumah ini.
Saya ingin bertanya. Adakah saya menjadi anak derhaka sekiranya saya keluar dari rumah ini tanpa restu kedua ibu bapa saya?
Adakah saya merupakan anak yang membelakangkan keluarga? Adakah saya akan memalukan keluarga saya?
Saya buntu…
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ni pendapat saya sebagai anak bongsu jugak dalam keluarga & yg paling muda dalamkeluarga. Sememangnya apa2 pendapat kita tak dipandang pun dan dianggap remeh. Sebab anak bongsu kan paling kecik. Budak2 lagi tak matang buat keputusan untuk diri sendiri. Bila nak suarakan pendapat ke apa2. Tak diambil peduli & tak disokong pun. Bila kita nak buat keputusan nak kena tanya 10 keturunan dulu tengok okay ke tak. Kalau tak dengar cakap mereka pasti dilabel derhaka, degil, susah nak dengar cakap.
Nasihat saya, buat jelah apa awak nak buat alang2 dah tak dianggap tu. Awak ada ke tak ada ke dalam rumah tu, bukan ada orang perasan pun keberadaan awak dekat mana asalkan tak membelakangkan keluarga sudahlah. Cari kehidupan sendiri, mula2 mmg susah. Lama2 nanti okay la sebab sampai masa nanti pun tetap kena hidup sendiri jugak.
aku pun anak bongsu tapi akulah yang paling berdikari sekali dalam kalangan adik beradik. semua buat sendiri sorang2, takde sapa family yang tolong. dulu masa kecik jelah dimanjakan dapat apa yang aku nak sebab aku sorang je yang masih sekolah. yang lain semua dah habis. tapi bila dah kerja memang pandai2 lah aku nak hidup. so anon, be strong ye. kita as anak bongsu bukan lemah, kita sebenarnya yang paling kuat dari segi mental fizikal.
Keluarlah dari rumah keluarga mu, bukan nk lari ye, tapi untuk berdikari. Cari alasan munasabah untuk keluar supaya tidak disalah anggap, apa apa pon mereka masih keluargamu. Jauh berjalan luas pandangan. Rasalah pahit manis hidup sendiri, nnti akan tahu nilai keluarga walau apa pon itu. Setiap orang akan ada penilaian yg berbeza. Berjumpa sekali sekala mungkin ada kerinduan diantara kalian. Jng sesekali melawan ibu bapa, jgn berhenti berdoa agar hati mereka lembut, ingat hati kita milik Allah, hanya Allah yg bisa mengubahnya