Salam semua. Ini luahan hati seorang anak yang lahir dari broken family.
Kami 5 beradik along, angah, acik, alang & usu. Ibu bapa kami pekerja dlm sektor kerajaan dan sekarang sudah bersara keduanya.
Rumah yang diduduki sekarang adalah nama bersama ibu bapa.
Pendek kata dari awal perkahwinan mereka ibulah yang banyak mengeluarkan belanja.
Bapa pula kami tak tahu sebab dari kecil lagi bapa menjarakkan diri dari kami. Bercakap hanya bila perlu sahaja.
Kami adik beradik dari kecil lagi dah disajikan dengan kisah porak peranda rumah tangga ibu bapa kami.
Manakan tidak, tiada ribut taufan tiba2 bapa kami mengasingkan bilik tidur dengan ibu kami.
Bapa pindah lari ke bilik sebelah dan jarang lagi berjumpa dengan kami. Dia dengan dunianya sendiri.
Barang2 keperluan harian/makanan ibu pergi sendiri ke pasar, masak untuk suami & anak2.
Kini, kami adik beradik bergilir gilir bawa ibu ke pasar.
Selama lebih kurang 15 tahun berlalu dan kami pun berumah tangga. Ibu bapa kami masih seperti itu.
Ibu kami semakin hari semakin kurang sihat. Semakin menjadi jadi bengisnya.
Jika benda salah sekecil kuman pun ibu kami cepat sentap dan mengamuk.
Tapi kami tak salahkan ibu sebab kami menganggap ibu jadi sebegitu kerana bapa mengabaikannya dari segi nafkah zahir batin dah terlalu lama.
Long short story, 1 hari along ternampak 1 akaun tiktok wanita muda yang letak banyak video2 bapa kami, even gambar atuk kami pun ada.
Naluri along, mengatakan ada sesuatu antara mereka.
Along tunjuk semua tu pada ibu. Seperti dijangka ibu menangis, sedih, marah.
Ibu pada mulanya menyoal bapa tapi dia tak mengaku.
Selang beberapa hari kemudian ibu perasan surat nikah mereka hilang.
Bila ibu bertanya lagi bapa, akhirnya bapa dengan tiada apa2 perasaan berkata,
“Awak kan dah tau saya dah nikah. Buat apa nak surat nikah? Nikah di siam tak perlu nak bagi surat apa apa kat awak.”
Ibu terkejut mengurut dada beristifar.
Ibu hanya bertanyakan surat nikahnya tapi bapa mengatakan kebenaran perihal dirinya. Masa berlalu, begitulah juga ibu bapa kami.
Bapa yang sekian lama mengabaikan ibu n anak2 kini makin menunjukkan belang beliau. Bebas keluar masuk rumah tanpa mengira masa.
Tak balik beberapa hari pun ada. Tapi kami dah tak kisah.
Kami diabaikan dan dibuang setelah sekian lama. Suatu hari, mungkin ibu mendapat pertolongan dari Allah swt.
Dengan kuasa Allah pintu bilik bapa boleh dibuka ketika itu. Sewaktu kami masuk di bilik bapa.
Kami nampak ada kerusi yang duduk bertentangan dengan tingkat & ada sebuah tangga kecil.
Dan keadaan bilik itu berselerak dengan kain batik, pelincir, minyak urut & barang2 mengaibkan.
Ibu menuduh bapa kami bawak perempuan masuk rumah. Kami diam2 pasang cctv dlm rumah.
Tapi selama 2 minggu tiada apa2 yang mencurigakan. Kami anggap ibu kami paranoid sahaja.
Tetapi suatu pagi achik rasa tak sedap hati. Diam2 dia keluar sembunyi belakang bilik bapa.
Tanpa diduga ada seorang perempuan membuka tingkap bilik, menurunkan tangga.
Achik cuba merakam tetapi perbuatannya disedari perempuan itu.
Perempuan itu memberitahu bapa kami yang ketika itu tunggu di dalam kereta. Mereka berdua mengejar acik.
Selepas itu bapa kami mengamuk. Apabila kami membuat report, polis tak boleh buat apa apa kerana perempuan itu isteri bapa.
Tak boleh caj pencerobohan berlaku. Ibu kami yang mengetahui perbuatan bapa sekali lagi terduduk.
Sudahlah selama ini bapa mengabaikan ibu berbelas tahun dari saat ibu tak putus haid lagi tergamak mengkhianati ibu kami sebegini rupa.
Bapa bermain tepuk amai amai dalam bilik bersama perempuan itu sedangkan di bilik sebelah, ibu kami dibiar tidur keseorangan.
Ibu merasa cukup cukup terhina dengan perbuatan bapa. Kami selaku anak sangat2 malu dengan perbuatan bapa.
Bila ibu membuat laporan di pej agama, kami diibarat ditendang ke mahkamah, ditolak ke pej agama lagi sekali. Penghinaan demi penghinaan dialami oleh ibu kami.
Sekarang ibu baru melantik 1 peguam untuk menuntut nafkah tertunggak selama berbelas tahun, tapi peluang yang peguam bagitahu pun agak tipis.
Sejujurnya kami sudah tidak tahu nak buat macam mana lagi.
Setiap benda melibatkan wang ringgit. Sudahlah rumah kami dimasuki penyondol.
Undang undang pun tak menyebelahi kami yang teraniaya ini. Jika ibu memohon cerai, ibu difahamkan tak boleh menuntut banyak hak.
Ibu yang bersama dengan bapa dari tiada apa sehinggalah sekarang. Sedangkan perempuan itu baru sahaja merampas bapa kami bakal mendapat hak yang sama dengan ibu kami.
Saya yakin tiada siapa pun yang bergelar isteri sanggup duduk di tempat ibu saya.
Kepada sesiapa yang ada cadangan/ pandangan kami sangat menghargai pertolongan anda. Saya akan membaca komen anda semua.
Saya berharap sangat bapa sempat memohon ampun maaf dari ibu saya.
Walaupun ibu saya dah cakap tiada lagi ruang kemaafan buat bapa. Bertahun tahun ibu disiksa bapa.
– Angel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit