Pertama sekali saya mengambil peluang ini untuk mengucapakan beribu-ribu terima kasih kepada IIUMC kerana menyediakan lapangan insan seperti saya untuk meluahkan perasaan.
Begini kisahnya,
Diriku sejak dari kecil tidak pernah berasa kasih sayang dari ibu kandung ku sendiri.Aku dibesarkan oleh ayah kandung ku dan juga ibu tiriku.Ibu kandung ku tidak dapat menjaga ku kerana mengalami masalah kesihatan yang mana aq juga sampai ke dewasa tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada arwah ibu kandung ku.
Untuk pengetahuan pembaca,ibu kandung ku meninggal pada usia aku masih kecil iaitu seingat aku dalam ketika aq berada di alam persekolahan rendah.Seingat aku dalam darjah 4 seingat aku.
Apa yang menjadi masalah kepada aku ialah aku tidak dapat menjadi diriku yang sebenar-sebenarnya akibat dari kekangan ibu tiriku.Jujur aku katakan bahawasanya aku selesa dengan ibu tiriku tetapi dalam masa yang sama aku dapat merasakan sesuatu yang aku sendiri tidak dapat menerangkan nya dengan penjelasan yang jelas.
Maaflah ini merupakan penulisan pertama aku.Maaf la jika membuat kan para pembaca merasa seperti cerita ku seperti tergantung.Niat di hati ku hanya mahu meluahkan perasaan yang terpendam.
Bersambung kembali.
Semakin diri ku membesar diriku seperti memeberontak.Aku selalu tidak diberi kebebasan untul membuat sesuatu tindakan.Dan aku diajar supaya sentiasa “tidak boleh”.Pada orang lain benda ini seperti kecil tapi tidal bagiku.Ia memberi kesan dalam kehidupan aku sepenuhnya.Aku mengalami sedikit masalag iaitu selalu kehilangan fokus dengn sangat cepat.Ia mungkin kerana diriku semenjak kecil telah ditanam dengan sifat “tidak boleh” yang mana secara tidak langsung memberi aku kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri yang sangat rendah.
Biar aku ringkaskan lagi cerita ini.Apa yang aku nampak diriku sebenarnya mempunyai kebolehan yang sangat hebat akan tetapi telah diriku telah berjaya dijajah sehingga menjadikan diriku tidak dapat beraksi secara optimum.
Biar aku perjelaskan lebih lanjut,
Seperti orang lain yang berjaya mereka semua mendapat sokongan penuh dari keluarga mereka.Walhal jika aku berjaya jangan kn hadiah ucapan tahniah pon aku xdapat dengar dari insan yang sepatutnya iaitu ayah kandung ku & juga ibu tiriku.Aku fikir jikalau aku diberi sokongan penuh oleh keluarga aku sangat pasti dan berkeyakinan tinggi yang aku akan pergi sejauh-jauhnya menunggalkan pesaing-pesaing seusia aku.
Tapi apakan daya takdir hidupku telah pon ditetapkn sedemikian rupa.Aku hanya mampu menyimpan semua kekuatan serta kebolehan aku jauh di dalam sudut hatiku.
Menjelang usia ku yang sudah menjelang usia 30-an,aku semakin sedar kepincangan yang berlaku menyebabkan diriku semakin berasa tekanan.
Aku mulai “flashback” ingatan aku.Aku dapati segala apa yang berlaku dalam hidup aku menjadikan diri aku sendiri tidak seronok.Aku mudah bosan dengan setiap kerja dan juga pasangn yang baru aku kenali.
Sangat mengejutkan apa yang aku fikitkan selama ini.Memang perit untuk aku akui akan tetapi itulah realiti yang berlaku.Aku hanya dijadikan sebagai “bank” oleh keluarga aku.Tanpa memikirkan hati dan perasaan aku serta masa depan aku,mereka terus – terusan meminta wang daripada aku.Sehinggakan aku sendiri tiada simpanan untuk berkahwin dengan perempuan yang aku sayangi.
Aku dipaksa untuk membiayai pengajian adik tiriku walhal ketika zaman aku belajar aku sendiri menggunakan 100% pinajaman pelajaran tanpa langsung meminta wang saku dari keluarga.
Sehingga sampai ke kemuncak aku terpaksa berkata sesuatu yang aku juga perlukam duit untuk masa depan aku untuk membina keluarga seperti rakan-rakan ku yang lain.
Bila aku meluahkan perasaan itu dikatanya aku derhaka.Aku bersa sangat hampa dengan tuduhan itu.Walhal aku sentiasa memikirkan mereka walau dalam doaku selepas solat waktu.
Aku mendapati diriku tidak akan digemari samapai bila-bila oleh keluargaku.Sangat sedih akula anak sukung yang patut dibantu bukannya diketepikan begitu sahaja.
Aku sudah mulai menyendiri dan aku tidak balik lagi ke rumah keluargaku.Dalam masa sama aku masih memasukkan duit ke dalam akaun secara senyap-senyap.Aku xtahula apa yang berlaku pada aku.Aku dapat rasakan aku seperti dipergunakan.
Aku perlukan sokongan dari keluarga ku tapi apakan daya itu bukan ibu kandung ku.Aku mengakui kasih sayang ibu tiri tidak mungkin akan sama seperti mana kasih sayang ibu kandung.Aku sendiri juga tak pernah dapat pon kasih sayang ibu kandung aku.Camana la rasanya disayangi oleh ibu kandung.Mesti seronok kan ada ibu kandung.
Kenapa la aku yang ALLAH SWT pilih untuk lalu jalan ini aku rasa aku tidak mampu untuk tempuhi takdir ini.
Secara luaran jika aku bergaul dengan semua orang ,mereka akan pasti sukakan aku akan tetapi jauh dalam sudut hatiku ada sesuatu yang hanya aku dan ALLAH SWT sahaja yang mengetahuinya.
Aku tak tahu apa akan terjadi pada pemghujung dunia aku.Adakah aku akan terselamat dari neraka jahanam akibat tindakan aku ini.Alangkah sedihnya jika di dunia aku telah mengalami kesedihan hampir seluruh kehidupan aku.
Jika ada yang merasai seperti aku ,aku pohon share kan la apakah tindakan sebijaknya patut aku lakukan.Rasa puas dapat meluahkan luahan seperti ini.Alhamdulilah semoga akan ada sinar dalam hidupku.AMIN YA RABBAL AL AMIN
– AZLAN ZAINAL
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit