Aku sentiasa membaca luahan di IIUM Confession. Aku perasan ada satu trend sekarang, confession dihantar seperti luahan tetapi sebenarnya dijadikan tempat mengutuk.
Ada beberapa confession seperti mustahil ditulis oleh ‘confessor’ yang memiliki background seperti dinyatakan. Penulisan, tidak selari dengan latar belakang confessor.
Malah, ada juga confession yang ditulis dengan tergesa-gesa.
Begitu juga dengan confession yang ditulis oleh orang berbeza, tema berbeza tetapi memiliki gaya penulisan yang sama.
Ada confession yang ditulis untuk mengutuk orang, tetapi confessor gunakan plot seolah-olah bercerita tentang diri sendiri. Seperti hoarder vs pembazir, (https://iiumc.com/hoarder-vs-pembazir/).
Mungkin untuk elak dikecam, jadi ramai confessor mengguna kaedah ini. Bercerita tentang keburukan orang lain dengan mengubah plot cerita supaya di ruangan komen tiada kecaman kepada confessor itu sendiri.
Ada juga yang membuka cerita secara detail contoh abang sulong robot, (https://iiumc.com/pecah-tembelang-si-robot-sulong/).
Walau dinyatakan bahawa abangnya tidak membaca IIUM Confession, bukan kah melondehkan penulisan rahsia orang di media sosial merupakan satu kesalahan yang sangat besar.
Bayangkan jika si abang terbaca, pastinya beliau mengenali penulisan beliau, apatah lagi jika ditulis dari hati.
Dunia hari ini, ramai yang mengalami masalah jiwa. Ada yang sedar, ada yang tak sedar.
Paling menggelikan hati, ada yang galak sinis pada orang lain mengatakan individu tersebut mempunyai masalah mental, tanpa sedar, dia juga menunjukkan tingkah yang sama.
Perbanyakkan luahan mencari solusi, jangan memanipulasi IIUM Confession untuk kepuasan diri.
– Akasia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bila dah d taip bg pndgn auto la nmpk mcm umptn..cma yg tukang bc nie x tau sapa yg htr..sapa yg taip…pmbca yg mmbca dari luahan da tntu la ringan tgn menaip utk bg nasihat…(tgk pla pd jln cerita yg d taip)hdp nie x de yg sempurna…santai2 je yea
Dalam iium confessions tiada 1 pon article yang mentioned nama. Tiada 0 ya wahai Akasia yang terasa.
Berjuta orang yang ada Internet dalam dunia nih yang faham bahasa Melayu boleh baca.
Tibah nak jaga hati orang yang terasa SALAH SENDIRI?
NOH ROKIAH. TIBAH!
Kalau terasa kan bagus, ubahlah diri tuh
Kau nak kecil hati dan bersangka yang bukan bukan kenapa? Otak sempit? Ingat web nih negeri kau ja baca. Satu dunia baca berzaman . Orang yang readers tegar iium confessions berpuluh tahun lepas lagi dah baca. Kau yang tertinggal kereta api
Kalau tak sedar diri sejenis tak boleh ditegur SELAYAKNYA diperli.
Dah terasa berubah. Minta maaf.
Tuduh orang lain manipulasi. Nak manipulate celah bedah mana Akasia??????? Lokasi identity, nama dan umur sebenarnya pon takdak siapa tahu. Tibah kau ja yang terasa, kau yang manipulate gas lights orang tuduh yang orang lain punca perasaan si dia dia dia yang terasa tuh kecil hati.
Habis yang si lahanat dok buat orang sakit dan derita sampai mereka hanya mampu luah dalam nih saja bagaimana?
Akhir kata kau yang bodoh. Tegakkan benang yang basah
BERANI kerana benar. Takut kerana salah.
Terasa kerana sentap, sentap kerana SEMUA KEBENARAN ITU MENDEDAHKAN KEJAHATAN ANDA. Renungkan dan Selamat terasa KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH