Hi. Aku wanita yang umur 32 tahun yang berkerja biasa2 saja tapi dalam masalah.. Pleasee dengar luahan aku, aku tatau nak cerita kat sapa.
Aku sekarang sakit kepala memikirkan masalah aku dengan dia. Ceritanya begini…
Aku kenal dia disalah satu media sosial. Berkawan selama 4 bulan dan terus ke serius step which mean perkahwinan.
Pada mulanya semua okay tapi aku baru perasan yang dia ni kedekut/berkira orangnya. Bermula dengan hantaran 6k abah aku mintak untuk aku, mulanya dia setuju dengan itu.
Abah aku nak jadikan duit hantaran tu untuk majlis aku dengan dia and sekupang pon abah aku tak ambil untuk diri sendiri. Dia boleh cakap kat aku yang abah aku takde hak nak guna duit tu untuk majlis sedangkan duit tu hak ku.
Aku jadi kecewa dengar perkataan dari mulut dia sedangkan abah aku guna untuk bahagian dia sekali sebab aku nak tolong dia jimatkan semua. tapi mcm naik kepala pulak dia.
Lepastu aku bergaduh jugak dengan dia sebab perangai dia mcm tu, aku rasa macam tak nak teruskan dah perkhawinan tu and pulangkan semua duit dia tapi adik aku cakap sabar.
Dia nasihat aku macma2 sampai aku cooldown and teruskan perjalanan wedding tu.
Masalah kedua pulak, kadi kat tempat aku ditamatkan kontrak jadi aku kena kahwin kat pejabat agama, and dah lari dari plan asal yang mana nikah dan sanding pada tarikh sama.
So plan nak guna baju sewa untuk nikah sanding tepaksa dibatalkan. Kena guna untuk sanding saja and baju nikah kena beli asing.
Aku tanya dia baju tu awak belikan ke. Dia cakap suh aku beli sebab dia dah takde duit.
Aku cakap la aku pon dah start kering sebab aku ta expect aku akan kahwin secepat ni,
Memandangkan dulu aku pernah berbincang untuk kahwin tahun hadapan sebab aku takda saving (berhenti keje and terpaksa survive guna saving sementara dapat kerja baru).
Masa aku kenal dia tu aku br dpt keje baru. So aku takleh nak ikat duit aku memandangkan aku anak sulung, aku kena support family aku.
Aku dah terangkan tapi dia cakap takpe teruskan jela. Aku pon okay jela. So majlis tu topap2 kena guna duit aku jugak.
Aku terus terang kat dia, dia tetibe macam marah aku sebab dia saja keluar duit, aku ta keluar, sedangkan duit dewan semua aku guna duit aku sebab nak tolong dia.
Kat situ aku rasa macam dah red flag sangat dah.
Dari segi layanan pula, memula kenal dia okay saja, sembang banyak, ketawa happy2.. Lepas dah nak ke kahwin dia jarang text aku, kol, alasan nak jarakkan sikit sebab nanti dah kahwin tak manis katanya.
Aku pon okay la. Tapi bila aku text dia, dia marah2 aku. Aku terasa gila. Lepas tu aku ignore dia. Bila dia tau aku ignore dia, tehegeh2 mesej aku. Aku buat tak tahu saja. Sebab makin tawar hati. Entah lah.
Satu lagi, memang nampak keturunan dia pon sama level kedekut dengan dia, homestay nak dua buah tapi dia suruh bakal suami aku tanggung, bukan sehari. Tapi dua hari.
Total ja hampir 1k. Aku jadi marahlah sebab melampau, dah kitaorang nak banyak pakai duit, family dia langsung ta supportive malah membebankan sedangkan sedara family aku sangat bertimbang rasa langsung tak bebankan aku.
Lupa pulak na story, lepas majlis akad nikah tu kena buat makan2 sikit antara family, aku ada minta dia duit, means sorang separuh,tetibe dia cakap bukan urusan dia supposely family aku patut baya semua.
Aku cakap lah, family kau ramai kot, setakat bape kerat boleh la abah aku baya ni 20+ orang yang datang, kesian abah aku.
Pasal kadi pon dia suruh aku bayar. Aku cakap okay sorang separuh. Malu kalau aku cerita ni kat family aku. Diorang semua taktau cerita ni. Aku hanya pendam + sedih.
Lagi berapa minggu saja majlis tu nak mula tapi hati aku dah tawar. Sekarang ni dia tengah marah aku sebab aku suh dia beli baju nikah sendiri.
Aku just buat hati kering saja. Malas nak layan. Aku nak stop tapi aku fikir air muka abah aku yang dah edarkan kad semua, persiapan pon dah 70%. Tah lah…
Sorry lah aku banyak meluah. Aku tak nak burukkan pasangan aku kat family aku tapi aku rasa bebal dengan perangai dia. Mungkin salah aku.
– Cikbulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit