Luahan Buat Para Pendidik

Salam buat semua. Hari ini saya terlintas nak meluah apa yang saya rasa, lalui and lihat. Mungkin berbelit sebab saya tak pandai bercerita.

Saya harap ni luahan pertama dan terakhir. Maaf kalau bahasa bercampur. Saya kurang reti kalau menulis ni.

Saya harap kalau ada cikgu yang membuat ape yang saya cerita di dalam ni berubah dan mengajar dengan ikhlas dan tidak pilih kasih. Mana yang mengajar dengan ikhlas saya ucap terima kasih cikgu… Maaf kalau kata-kata saya buat ada cikgu terasa.

Disini saya cerita pengalaman saya sebagai pelajar. Saya bukan pelajar kurang pandai atau terlebih pandai. Saya pelajar medium. 

Saya nak cerita pasal perangai cikgu di kampung saya. Saya tak pasti la tempat lain ada buat ke tak.

Di sekolah saya ada class budak pandai and ada class yang budak kurang pandai. Cikgu sekolah saya ni lebih fokus dekat budak pandai tapi kurang perhatian dekat pelajar kurang pandai.

Saya ada kawan yang datang dari class akhir menangis mengadu dekat saya yang cikgu dia datang class tapi tidak mengajar and suruh diorang buat keje sendiri.

Pelajar tu menangis cakap dia nak belajar dia takut spm dah dekat tapi dia tak belajar apa-apa. Kami as kawan just mampu ajar setakat mana kami mampu and faham. Jawab la kami spm setakat mana kami mampu.

Sampai sekarang walaupun masing-masing sudah jadi mak ayah. And kami berjumpa cerita zaman sekolah. Pasti kami akan ungkit pasal cikgu pilih kasih tak ajar budak yang kurang pandai ni.

Kadang-kadang terlintas macam mana kalau kawan saya yang nak belajar ni tak maafkan cikgu yang tak ajar dia orang. Apa jadi kat cikgu tu nanti? Halal ke gaji cikgu tu? Humm.. Dibayar gaji tapi tidak mengajar.

Masa cikgu yang ada patut mengajar budak class akhir tapi fokus dekat benda lain. Pelajar suruh buat hal sendiri.

Kalau ada yang tanya kenapa budak tu tak mengadu kat cikgu directly. Saya pun tak pasti. Tapi saya kenal budak tu as pemalu di dalam class dan tak banyak cakap. 90% budak kelas tu nak main, 10% nak belajar. 

Kisah kedua pada zaman saya belajar juga. Saya ada 1 budak paling pandai dekat batch saya. Banyak A… Tapi budak tu tak pernah terlibat mana kokurikulum.

Bila habis spm dia dapat A kokurikulum tapi budak yang class belakang dapat C. Walaupun active kokurikulum. Adakah itu adil??

Penat-penat active sukan, kokurikulum, kawad kaki, camping. Last-last dapat sedih rasanya.

Ada cikgu mengaku dekat kawan saya. Dia buat semua tu sebab kesian dekat kawan yang pandai tapi kokurikulum hancur… Dia tukar result sebab takut budak tu susah sambung ipta sebab kokorikulum tak memberangsangkan. Dan cikgu dah menyesal dia buat macam tu.

Kisah ketiga kisah adik saya. Pasal sekolah yang sama tapi beza tahun dengan saya. Waktu kejadian saya dan adik beradik yang lain focus sambung study ipta.

Jadi tak fokus sangat kat adik saya yang ni kalau mak ayah saya tak cerita. Adik saya oku pelajar duduk class pendidikan khas. Jenis susah nak tangkap kalau baca buku.

Waktu adik saya nak pmr. Cikgu yang terlibat pujuk adik saya. Dia cakap tak ambil pmr tidak apa-apa. Nanti boleh ambil spm (masa ni pmr masih wujud). 

Tapi beberapa tahun kemudian waktu nak ambil spm, cikgu cakap tak boleh ambil spm sebab tiada pmr. Wajib ada pmr baru boleh spm… (Adik saya tingkatan 1 hingga 5 sekolah yang sama) Saya dan adik-adik lain tahu pasal adik saya yang oku nie tak boleh ambil spm dah terlambat.

Masa tu dah nak spm tapi nama adik saya tiada. Saya tahu pun sebab tanya bila spm adik saya jawab dia tak boleh ambil spm sebab tiada pmr (pasal tak boleh ambil spm kalau takde pmr sampai sekarang tak tahu betul atau tak.) 

Nasi pun dah jadi bubur kami as kakak and abang just boleh nasihat. Habiskan tingkatan 5. Nanti kita usahakan macam mana nak sambung belajar. 

Rezeki adik saya oku tu sekarang dah sambung diploma bahagian kemahiran di kolej kemahiran Rezeki sambung diploma sebab dia ada sambung sijil di giat mara. Giat mara terima sebab adik saya ada card oku and tamat tingkatan 5 tanpa spm. 

Kisah terakhir. Pasal adik bongsu saya.

Dia belajar sekolah yang sama cerita dekat saya. Cikgu masih pilih kasih. Ajar dekat budak pandai tapi minta budak pandai ajar dekat kawan yang kurang pandai.

Bila adik saya minta cikgu ajar cikgu suruh tanya kawan yang pandai tu. Tapi kawan yang pandai tu tak nak ajar. Alasan dia pun tak reti.

Kalau ada tanya kenapa tak report saya ingat cikgu dah berubah. Waktu cikgu buat macam tu dekat saya zaman saya belajar, saya tak kisah sebab saya jenis suka belajar sendiri dan hafal.

Saya tak sangka lepas 10 tahun cikgu masih dengan step ajar budak pandai and harapkan budak pandai ajarkan budak lain.

Lagipun saya sibuk uruskan keluarga. Saya pun jarang balik kampung. Nak harapkan mak ayah saya, dia orang tak belajar tinggi jadi dia orang memang percaya 100% cakap cikgu. 

Bagi mak ayah saya cikgu lagi faham pasal pendidikan dari dia orang. Kisah adik bongsu saya tahu pun sebab adik saya ada datang dekat saya minta ajarkan dia dan saya tanya kenapa dia tak boleh buat dan baru saya tahu apa jadi kat saya masih jadi kat adik saya.

(Waktu nie dia repeat paper yang exam spm yang bagi kami tak memuaskan. Kami takut result spm yang rendah tu ganggu adik saya nak sambung degree if ada rezeki suatu hari nanti)

Jangan ada yang kecam cikgu tu. Saya rasa cikgu tu tak sedar. Dia ingat murid yang pandai boleh bantu dia ajarkan budak yang kurang pandai.

Tak semua cikgu perangai macam saya cerita… Ada beberapa cikgu yang baik sangat semangat mengajar murid. Sanggup tanya satu-satu anak murid apa tak faham. Saya harap cikgu tak ada memanipulasi murid macam adik oku saya terkena.

Kalau adik saya tak ada card oku mungkin adik saya tak boleh kerja dan sambung belajar yang dia minat dan terpaksa kerja kampung.

Rezeki kami sebab kami ada pengalaman dan info dari orang berpengalaman cerita tak ada spm boleh ambil sijil yang penting ada semangat belajar.

Maafkan saya jika saya buat mana-mana pihak terasa. Saya nak cikgu yang buat macam kisah saya cerita ni berubah tu je.

Rezeki family saya dapat sambung dan boleh belajar dari adik beradik lain sebab kami ada info dan kenalan. Kalau orang susah lain yang terkena macam mana masa depan mereka?

Mereka kekurang info dan maklumat step to step nak improve diri. Kesian mereka. Macam mana mereka nak ubah masa depan?

– Insan Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *