Luahan Dari Aku

Hai. Nama aku Mya (bukan nama sebenar), berusia 38 tahun. Seorang penjawat awam di medical line.

Aku terdetik menulis luahan disini dengan harapan “spesies” yang suka gunakan alasan agama, nabi dan seangkatan dengannya ni tolong sedarkan diri sebelum tulis sesuatu.

Memandangkan sekarang juga netizen sedang panas dengan kisah artis beristeri dua senyap-senyap, abaikan perasaan isteri pertama tu.

Latar belakang hidup aku sebelum ni tidak lah begitu baik berbanding sekarang setelah aku berkahwin dan punya anak-anak. Untuk pengetahuan aku dah hampir 10 tahun berkahwin.

Sebelum masuk bidang medical, aku seorang yang agak sosial. Bertukar ganti boyfriend, hidup aku bebas. Clubbing, merokok, merempit.

Cuma arak saja aku tak pernah sentuh. Ditambah pula dengan rupa aku yang tak berapa nampak kemelayuan, orang kerap sangka aku ni Sarawakian atau cina.

Pada awal aku masuk ke medical line, tabiat sosial aku agak sukar untuk ditinggalkan. Masuk study pun still sama bebasnya aku diluar waktu kuliah.

Jadi ada la beberapa orang Ex aku yang still aku ‘bersahabat’ di socmed hingga kini. Tapi hanya sekadar kawan saja.

Kesilapan yang pernah kami lalui hanya sekadar pengalaman hidup dan telah aku jadikan pengajaran serta tidak mungkin akan ku ulang lagi.

Kebanyakan masing-masing telah berkeluarga dan usia kami juga telah meningkat.

Aku seperti kebiasaan hanya sekadar memerhati kehidupan mereka-mereka itu. Tiada sebarang niat lain. Aku juga agak sibuk dengan kerjaya dan mengurus keluarga kecilku.

Namun begitu, baru-baru ini aku agak ‘panas’ dengan seorang Ex aku ni yang lantang menyokong perbuatan poligami tanpa pengetahuan isteri pertama yang sedang tular sekarang.

Habis dikaitkannya dengan sunnah nabi, laknat dari Allah dan sebagainya. Beliau meletakkan status itu di facebooknya.

Aku terasa marah tapi tak tahu nak meluah. Aku tak suka up status di socmed untuk perkara-perkara remeh. Sejak berkeluarga aku lebih memilih untuk menjaga privasi keluarga dan kerjaya.

Berbalik kepada Ex aku tadi. Aku mengenang semasa zaman jahil kami dulu. Aku pernah termengandung anak beliau semasa kami masih dibangku kuliah.

Oleh kerana terikat dengan pengajian dan sebahagian syarat-syarat ketat di kolej, aku terpaksa menggugurkan kandungan tersebut.

Hubungan kami putus selepas beliau tidak lagi mempedulikan aku setelah aku gugurkan janin tersebut.

Sedikit sebanyak aku rasa bersalah dan menyesal namun tidak berdendam. Mungkin pada waktu itu kami terlalu menurut nafsu dan tidak matang. Bertahun-tahun aku kecewa dengan apa yang terjadi.

Jadi apabila beliau lantang up status tentang poligami tersebut di socmed, aku rasa geram.

Isterinya di dalam pantang anak pertama pun beliau curi-curi keluar malam dengan aku. Bagi aku, tak perlu lantang sangat dan libatkan hukum bagai jika kau sendiri pun sama saja.

Nafsu tak kenal jenis orang. Kalau sudah namanya lelaki, bila melibatkan nafsu isteri sendiri pun boleh lupa sekejap. Benda nikmat memang susah nak tolak. Jangan nak ikut sunnah nabi sangat kalau perangai sendiri macam b***.

Aku sendiri pernah beberapa kali jadi pelakor rumahtangga orang pada usia awal 20an dulu. Bukan pilihan aku, kebanyakannya aku kena tipu.

Yang ada isteri sedang sarat mengandung, sanggup bawa anak sulung sebagai umpan simpati. Katanya dalam proses perceraian, isteri curang.

Anak usia 2 tahun belum tahu bercerita pun tentang ibunya di rumah. Rupanya ada misi lain. Sedang merancang nak kikis duit gaji aku setiap bulan. Nasib baik kantoi dulu. Aku dah nyaris tersayang suami orang.

Kemudian, ada yang mengaku rumahtangga tak bahagia. Isteri kuat marah. Tak cantik. Padahal 3 dah anak kau dia lahirkan. Katanya isterinya merestui hubungan kami.

Kerana dah mabuk kepayang waktu itu, aku belakangkan keluarga hingga tak balik berbulan-bulan ke kampung.

Malah sanggup berterus terang dengan arwah bapaku tentang niatku nak jadi isteri kedua. Betapa marahnya arwah bapa masa itu.

Segalanya berakhir bila aku sendiri nekad curi nombor telefon isterinya dan aku telefon untuk bercakap tentang hubungan kami pada si isteri.

Keesokannya dia marah-marah aku sebab balik rumah kena lempar periuk belanga dengan si isteri.

Aku nekad tukar nombor telefon dan berpindah jauh dari lelaki miang tak sedar diri tu. Kalau tidak habis bulan bintang planet marikh dia janjikan pada aku.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi kes aku terjebak dengan suami orang ni. Mengaku bujang, isteri dalam pantang curi keluar minum dengan kita, tipu isteri.

Mereka tabur duit dan beri hadiah romantik serta bawa kita membeli belah. Ayat jangan kata la, manis dari madu. Aku belum mandi dan gosok gigi pun dipuji cantik dan wangi.

Nasiblah segalanya dah berakhir, aku sedang gigih jaga keluarga aku yang serba sederhana ini. Biarlah tak mewah. Dapat suami pun bukan jenis suka keluar dengan kawan-kawan. Banyak masa dihabiskan dengan keluarga.

Untuk Ex aku tu, kalau pun kau sokong sangat poligami dan berhasrat nak extend keluarga kau tu suatu hari kelak, tak perlulah libatkan dengan agama. Jagalah bidadarimu itu dah berkorban nyawa lahirkan 5 zuriatmu.

Sunnah tetap sunnah tetapi niat tak menghalalkan cara. Semoga penghujung kehidupan kita akan berakhir dengan kebaikan.

– Mya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *