Sebenarnya, dah lama aku nak luah perkara ini secara mendalam tapi memandangkan orang sekeliling aku sibuk dengan kerja masing-masing jadi aku luahkan perkara ini kepada salah seorang sahabat yang senasib dengan aku.
Tapi aku faham, dia bukanlah seorang yang sentiasa boleh dengar semua masalah aku. Dia juga manusia sama dengan orang lain semestinya ada kerja-kerja yang lain hendak dibuat.
Aku mengambil keputusan untuk pendam sahaja sehinggalah aku terjumpa blog ini di mana aku pernah luah masalah aku tempoh hari. Sekurang-kurangnya, aku tahu ada orang yang sudi membaca luahan ini.
Selepas kami pindah dari Sabah, aku dan mak aku mengambil keputusan untuk menetap di kampung mak aku memandangkan mak aku ada tanah.
Bukan sahaja kami berdua di situ, keluarga mak saudara (adik bongsu mak aku) juga menetap di situ tapi berlainan rumah (kiranya kami ni berjiran, rumah sebelah menyebelah).
Sudah enam tahun kami menetap di kampung. Semuanya keadaan normal walaupun banyak ujian allah turunkan namun itu sudah menjadi kebiasaan dan lumrah pada setiap manusia.
Mungkin pendapat, fikiran aku amat kontra dengan orang lain namun aku tetap dengan pendirian aku. Terpulanglah kepada pembaca-pembaca yang ingin memberi pendapat yang lain.
Pada akhir tahun 2020, kami mendapat tahu bahawa rumah jiran belakang rumah sedang membuat pembaikian rumah.
Kami semua tak tahu siapa yang buat rumah tersebut sebab penghuni rumah tu tak pernah nak tunjuk muka atau lebih tepat dia kurang bersosial dengan orang-orang kampung. Sebab apa, saya tak tahu.
Lama-lama, baru saya tahu, penghuni rumah tu ada seorang adik dia yang nak renovate rumah. Siap bina stor dan garaj lagi. Aku pun tak ambil peduli sangat.
Keluarga mak aku ada tanah seekar. Suku daripada tu, rumah aku dan rumah makcik aku. Selebihnya tanah itu terbiar, hutan semak samun sehinggalah ada seorang pakcik tua ni dia mesin rumput sehingga masuk ke kawasan tanah kami.
Dia bersihkan semua – mesin rumput, tebang pokok, bakar daun-daun kering. Keluarga mak aku mula naik segan dengan dia masa nak ucap terima kasih semua tu. Pakcik tu cakap dia ikhlas buat semua ni.
Dan dari situlah keluarga mak aku makin rapat dengan pakcik tu. Mak aku selalu buat minum petang – kuih muih, air kopi. Tak petang, buat jamuan makan tengah hari, makan malam siap ada buat barbeque ayam, kambing bagai.
Nak tahu tak, semua kos bahan mentah nak dimasak semua pakcik tu belanja. Dia langsung tak nak ambil duit daripada kami. Katanya dia ikhlas semuanya tu.
Disebabkan dia buat kebaikan, mak aku bagi makanan. Kalau mak aku bungkuskan makanan, esoknya pakcik itu bawa bekas kosong serta bagi ayam/ daging/ ikan yang dia beli. Mak aku selalu pesan jangan bagi apa-apa dia tetap nak bagi juga.
Ya, aku mengaku dia terlalu baik hati. Dia bawa aku ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut, belanja kami makan, beli barang dapur. Memang susah nak jumpa orang macam ni. Ya, kami bersyukur.
Ada satu malam, semasa kami buat aktiviti panggang ayam dan kambing dia minta nombor telefon aku. Aku pun bagilah nombor sebab dia kata senang kalau aku nak apa-apa, aku boleh whatsapp dia.
Esok paginya, pepagi buta dia mesej aku dia kata nak pergi pekan ada urusan, sementara itu bolehlah dia nak beli barang kalau aku atau mak aku ada pesanan.
Sejak daripada tu, dia selalu mesej aku sehingga aku rimas. Dia ganggu aku untuk buat kerja. Aku pelajar. Banyak assignment, tutorial, test, quiz nak kena buat.
Paling membuatkan aku rimas, dia selalu mesej aku malam – 9 malam ke atas. Masa tu jugaklah aku busy nak study buat assignment bagai.
Kadang-kadang kalau tak ada tugasan, aku tengok drama korea. Aku berasa tak senang sekali kalau setiap malam dia mesej aku. Dia tanya – aku buat apa, belajar kat mana, ambil jurusan apa.
Mula-mula je aku beria balas mesej dia, tapi bila dia buat aku rasa rimas aku macam nak tak nak layan dia.
Pernah ada satu hari di mana, mak aku suruh aku pergi dengan pakcik tu ke pekan nak bayar bil astro, bil air dan bil elektrik memandangkan pak saudara aku kerja.
Kemudian, mak saudara aku minta tolong untuk ambil anak dia (sepupu aku) di sekolah tengah hari tu. Sehari sebelum tu, pakcik tu ada datang rumah aku sebab aku mesej dia untuk ambil lauk.
Dia tengok aku sibuk buat kerja so dia tanya buat apa? Aku jawablah buat assignment. Dia tanya lagi – assignment tentang apa? Aku jawab – pasal pelabuhan antarabangsa.
Tup-tup, malam yang aku nak beritahu minta tolong aku ambil sepupu aku sekali, dia kata dia nak tengok assignment aku. Aku like – what?
Aku mula cari alasan lain aku cakap banyak bahan ni. Iyalah, assignment aku ni ada lukis-lukis lagi. Lepastu dia cakap nak tengok draf je. Last-last aku ambil assignment aku dalam laptop aku send kat dalam phone.
Sementara nak tunggu sepupu keluar dari sekolah, dia tengok assignment aku. Entah apa-apa je. Aku dengan lagaknya aku cakap tak cukup lagi ni (padahal page dah banyak). Bla bla bla bla… Pakcik tu cakap nasib baik bagi tengok kalau tak kena gigit leher. What the hell.
Kemudian, kami bergerak ke tempat lain lepas sepupu aku dah sampai. Kami bertiga singgah ke pekan kecil sebab mak aku ada pesan nak beli barang sikit. Sepupu aku pula dia nak ke kedai gambar.
Lepas settle semua, pakcik tu cadangkan pergi ke supermarket besar berbanding ke kedai runcit. Siap boleh kata yang kedai runcit yang aku selalu pergi tu mahal. Lah, aku yang nak beli
Dia bawa lah aku dan sepupu aku pergi supermarket beli barang, barang yang mak aku pesan tu tak banyak dalam 5 jenis je. Pakcik tu dia siap ambil beras 15 kilo, susu 3 kotak, vitagen 3 pack. Boleh dikatakan troli tu penuh.
Macam-macam dia ambil. Dah berbuih mulut aku ‘gaduh mulut’ dengan dia. Dia kata ‘tak apa, ambil ja’. Kalau boleh dia nak beli satu supermarket. Nampak tak kat situ dia beli barang terlalu ‘over’. Macamlah isi rumah aku ni ada 20 orang.
Tengoklah, last-last ada yang basi sebab apa? Sebab tak sempat nak makan/ minum. Buang terus. Tak ke rasa membazir? Perut aku ni bukanlah tong sampah milik majlis pebandaran nak isi semua makanan.
Sejak daripada tu, aku mula tak suka dia. Ya, aku tahu semua tu rezeki tapi aku tak suka bila dia endahkan apa yang kami cakap.
Bila aku cakap tak payah beli itu ini, dia tetap nak beli juga atas guna alasan aku nk anak yatim piatu. Ya aku tahu, tapi tak perlulah nak beli barang banyak sangat. Dah banyak kali mak aku larang tak payah beli barang sebab kami masih mampu nak beli barang. Dia tetap tak nak dengar.
Start dari situ jugaklah, aku mula naik rimas. Sejak dari situ jugaklah dia kerap beli barang untuk kami. Aku tak tahu nak cakap apa dah supaya dia faham. Kami sampai naik malu. Bukan apa, aku takut nanti orang kampung syak apa-apa pula. Yang menanggung malu, kami semua.
Pakcik tu sebenarnya dah pencen pun, dah ada bini, anak-anak, bercucu pula tu. Sepatutnya dia dah pencen duduklah dengan bini, pergi bercuti bersama ke. Ini tidak, duduk di sini dengan abang buat apa?
Abang dia sihat walafiat je selama ni. Lepas renovate tu, boleh je dia balik duduk dengan bini kat kl. Masa aku buat perangai tu, mak aku ada buat mee kari. Semua ada masa tu. Cuma aku seorang je tak join sebab malas nak hadap muka dia.
Malam tu, dia mesej tanya aku kenapa aku tak join makan mee kari petang tadi. Dia cakap lagi dia perasan aku ni dah tak seceria macam dulu. Gaduh dengan boyfriend ke?
Aduh, memandai je dia siap kata aku ada boyfriend. Hati aku dah mula panas.
Aku balas – aku memang jenis macam ni tak suka bergaul dengan orang lain kalau tak ada perkara nak bersembang. Lagipun aku masa tu tengah revision sebelum exam. Memang aku tak join lah. Apa? Kalau aku tak join, mee kari korang tu basi ke?
Macam biasa dia masih mesej aku malam-malam. Aku terpaksa tipu yang aku sibuk study lah, meeting dengan member lah. Sampai satu tahap bila aku betul-betul benci, aku tak layan dah. Semua mesej dia aku tak layan. Aku bagi bluetick.
Tak lama selepas itu, dia dah stop berhenti mesej aku. Aku lega sikit. Kalau mak aku buat makan-makan kat luar rumah (ada garaj, ada meja, kerusi) mesti nak jemput dia sekali.
Kalau dia datang, aku tak join makan. Aku makan kat dalam rumah. Aku nak elak untuk jumpa dia. Pernah sekali aku langsung tak senyum kat dia. Aku buat muka tak puas hati.
Dia pun tak berani nak tegur aku. Kalau dia datang, aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Meluat aku tengok muka dia. Setiap kali aku tengok muka dia, hati aku membengkak sampailah ke hari ini.
Aku tak suka cara dia, dia jenis orang yang tak dengar cakap. Once bila aku kata ‘no’, dia tetap tak nak dengar. Hak untuk bersuara tu tak berfungsi. Sekarang ni pun, aku maintain kan perangai aku ni. Aku harap sangat dia balik KL.
Dulu, aku berdoa dekat ALLAH, supaya jauhilah aku daripada orang-orang yang aku tak suka, ALHAMDULILLAH, lepas aku berdoa kat ALLAH, ALLAH makbulkan doa aku. Aku tak kerap jumpa dia dan dia pun tak mesej aku lagi.
Buat masa sekarang, dia masih datang ke rumah aku lagi kalau dia beli barang. Aku pilih untuk diamkan diri dan elak bertembung dengan dia. Kalau bertembung pun, aku tak nak bercakap.
Setakat ini sahajalah luahan hati aku. Aku tahu apa yang aku cerita ni, tak semua orang berfikiran yang sama. Aku cuma luah apa yang aku rasa. Anda semua boleh komen untuk beri pendapat dan insyaAllah saya akan baca.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit