Untuk part I, (https://iiumc.com/luahan-dari-dalam-hati/).
Assalamualaikum. Masih ingat kisah Luahan Dari Dalam Hati? Tentang seorang pakcik yang pembaca-pembaca heboh di bahagian komen ‘gigit leher’ dan ‘hati-hati, baik ada makna’ selepas membaca kisah tersebut.
Kali ini aku mahu buat bahagian kedua pula (Mana-mana readers yang masih belum baca Luahan Dari Dalam Hati bahagian pertama, disyorkan untuk baca tu dulu untuk fahamkan jalan cerita. Terima kasih). Selepas aku membaca semua komen yang ditinggalkan, aku mentafsir segala komen-komen yang anda berikan.
Terima kasih kerana fahami keadaan aku pada ketika itu. Terima kasih banyak-banyak kerana memberi pendapat dan idea kerana disebabkan idea-idea yang aku baca membuatkan aku hidup tenang sekarang. Alhamdulillah.
Selepas aku baca komen-komen anda semua, baru aku sedar rupanya aku ni agak lurus bendul juga. Hahaha. Kedua, aku lupa nak beritahu bahawa aku panggil pakcik tu ialah pakcik saja ye. Tak ada pakai I dan u, awak dan aku. Lambat lagi. Dengan kawan-kawan aku pun panggil kau dan aku, hang aku.
Okay, berbalik tujuan aku dalam kisah ini. Aku mula berubah dan mula menunjukkan perangai yang kontra yang tak pernah ada dalam diri aku sebelum ini. Dulu, aku bertoleransi dan mudah mengalah. Kali ini tidak pada pakcik tu.
Aku baca komen-komen anda mengenai “jangan layan pakcik tu sangat”, “hiraukan mesej daripada pakcik tu”, “elakkan minta pertolongan” semua tu, ibarat aku mulakan hidup baru untuk ‘lawan’.
Jadi aku mendapat beberapa idea yang boleh menjauhkan diri aku daripada pakcik tu. Apa yang aku buat ialah aku akan pergi ke rumah sebelah which is mean rumah sepupu aku. Disebabkan aku online learning, wifi (baru pasang) di rumah sana kuat dan mudah nak akses internet.
Aku minta izin dengan mak aku untuk duduk di rumah sana. Kecuali setiap azan aku akan pulang rumah aku kembali untuk solat dan makan terus.
Mak aku tak ada masalah untuk aku duduk di rumah aku sebab rumah keluarganya juga. Begitu juga dengan keluarga sepupu aku yang tiada masalah untuk aku menumpang rumah mereka. Nak tidur sana sekali pun pun tiada masalah.
Bila lekat dengan sepupu ni, banyaklah gosip keluar dan cerita. Jadi, aku share masalah aku mengenai pakcik tu kepada sepupu aku. Rupanya sepupu aku tu perasan juga pakcik tu kerap lawat rumah aku. Dia sendiri naik rimas tengok pakcik tu ulang-alik.
Jadi, sepupu aku mengesyorkan untuk beli bug recorder – sejenis alat saiz kecil untuk mendengar suara-suara di sekelilingnya. Disebabkan pakcik tu selalu berada di kawasan tempat belajar aku (meja makan), aku akan beli untuk pasang di situ. Ya, meja makan rumah aku ada pintu keluar juga, senang ada angin masuk.
Tapi tak sangka pula ada benda lain juga nak join. Aku beli tu sebab aku nak curi-curi dengar perbualan mak aku dengan pakcik tu. Kot-kot ada benda yang curiga ke apa. Bila pakcik tu datang, akulah nampak pemandangan yang tak best masa nak belajar. Nak tutup pintu, rimas pula.
Lepas aku dapat bug recorder tu, aku terus pasang di tempat yang tersembunyi. Di situlah port yang senang untuk dengar. Aku beritahu mak aku berkenaan hal ini. Ya, mak aku tanya kenapa pasang benda alah tu. Aku jawab beli untuk masa depan. Sekarang ni nak pasang sebab nak test saja.
Aku biarkan benda tu pasang dalam masa beberapa hari. Dan aku masih duduk di rumah sebelah memerhati pakcik tu datang ke mari membawa makanan untuk mak aku. Suka kau ek.
Kalau ikutkan hati, dah lama aku jadi watak antagonis dalam K-drama (Penthouse). Siapal kenal Joo Dan Tae dalam cerita tu, tau lah perwatakan dia macam mana. Nasib baik aku masih beriman dan boleh tahan sabar.
Kemudian, aku beli lagi tapi aku beli CCTV berbentuk penguin. Mata penguin tu kamera. Orang ingat ianya hanya patung biasa tapi CCTV. Aku letakkannya di atas meja makan menghala pintu tersebut. Aku melarang mak aku jangan sesekali ubah patung tu walaupun satu sentimeter. Aku boleh periksa rakaman tu melalui phone aku (bluetooth).
Seminggu aku biarkan benda tu berlaku, akhirnya aku periksa dua gajet tu. Aku terdengar rakaman suara bug recorder. Apa yang aku dapat tangkap dengar pakcik tu kerap bertanya kat mak aku “Mana anak makcik? Saya tak nampak pun” . Okay itu kali pertama aku dengar. Aku skip dan dengar lagi rakaman tu jika ada apa-apa suara yang ditangkap.
Rupanya ada! Setiap kali dia datang, dia mesti akan bertanya di mana keberadaan aku. Majoriti mak aku berkata, “dia ada dalam rumah sebelah sedang belajar”.
Secara keseluruhannya, aku teramat annoying dengan pakcik tu. Buat apa sibukkan diri untuk tercari-cari aku? Fuh nasib baiklah aku mengambil inisiatif untuk berada di rumah sebelah. Kalau tak, aku tak tahulah apa yang akan terjadi.
Dan aku tengok pula CCTV penguin tu. Ternyata boleh dikatakan setiap kali nak bagi salam, dia akan tengok dulu kat meja makan. Dari kamera tersebut, jelas dia mengintai di meja makan mungkin nak tengok samada aku berada di situ atau tidak. Fuh,seram! Aku beri tunjuk rakaman tu pada mak aku.
Mak aku juga terkilan jugak dengan tindakan pakcik tu. Aku beritahu inilah sebab kenapa aku tak berkenaan dengan pakcik tu. Mak aku cadang kepada aku duduk sahaja di rumah sebelah sahaja.
Malam baru balik. Aku tak pasti apa perasaan mak aku ketika itu. Mungkin dia berbelah bahagi. Dia hanya terfikir kebaikan oleh pakcik tu dan sebagai jiran. Sebagai nak jaga maruah, mak aku hanya perhatikan dulu.
Okay, fast forward. Macam biasalah, mak aku jemput pakcik tu untuk minum petang sekali. Keluarga sepupu aku pun turut serta. Disebabkan pakcik tu baru habis mesin rumput kawasan rumah kami, mak aku buat minum petang sebagai tanda terima kasih. Aku? Memang taklah nak join minum petang tu.
Tapi aku ada di kawasan halaman rumah sepupu aku. Sedang main dengan kucing. Waktu minum petang, aku terdengar yang pakcik tu boleh pula mencadangkan aku berkahwin dengan sepupu sendiri? Aku macam, otak aku jatuh nak kutip hilang. Pakcik tu kenal dengan sepupu aku waktu sepupu aku berada di sini.
Sepupu aku ni kerja kat Kuala Kangsar so boleh dikatakan selalu juga dia datang sini kalau dia cuti (sebelum pkp 3.0). Korang bayangkanlah, aku dan sepupu tu memang rapat dari kecik lagi. Tapi tak bermakna kami nak kahwin.
Sepupu aku tu umur macam baya-baya bapak saudara dan sepupu aku sendiri sedang mencari calon. Buat apa dia nak cari calon kalau aku ada depan mata dia. Sepupu aku pun tak nak dengan aku. Dia dah anggap aku ni adik.
Aku pernah dengar orang kata (kalau silap tolong betulkan), kalau sepupu kahwin dengan sepupu, nanti tak berkembang dari segi sosial. Aduh, pakcik tu siapa nak tentukan jodoh aku ni. Dia bukan sebahagian daripada keluarga aku pun. Mak aku sendiri pun tak pernah nak satukan aku dengan sepupu. Agak-agaklah weh. Mana hati aku tak panas. Aku diam dan sabar lagi.
Fast forward, memandangkan aku belajar online, jadi memang takkan balik lagi semula ke kolej. Jadi, pihak kolej menyediakan surat rentas negeri bagi sesiapa yang masih menyewa rumah sewa. Aku dan kawan-kawan serumahku bersepakat untuk pulang ke sana nak kemas dan angkut barang keluar daripada rumah sewa kitaorang.
Kebetulan paklong aku juga hendak ke negeri yang sama untuk urusan kerja. So, aku tumpang paklong ke sana. Kali ini, aku boleh bernafas dengan lega seketika kerana berjauhan daripada pakcik tu. Aku pesan pada mak jaga diri dan suruh sepupu teman mak aku tidur di rumah.
Lepas subuh, kami berdua gerak. Hah, aku rasa senang hati. Awal-awal pagi buta tak perlu tengok ‘pemandang yang tak indah’ tu. Aku bercadang untuk tidur rumah sewa dengan kawan-kawan selama dua hingga tiga malam.
Tak nak lama-lama walaupun sebenarnya nak. Takut pula nanti kerajaan buat keputusan lain pula. Memandangkan hari itu kerajaan memberi kelonggaran untuk rentas daerah dan rentas negeri bagi yang ada surat.
Aku share juga kepada kawan-kawan aku pasal hal ni. Mereka turut katakan pakcik tu scary lah apa. Jadi, mereka bagi macam-macam idea kepada aku. Pejam celik pejam celik, aku pun balik dengan paklong. Barang-barang dan hal rumah sewa dah settle. Kami sampai rumah tepat jam lima petang.
Tengok-tengok saja depan rumah, mak aku buat minum petang lagi. Haih, mak aku ni baik hati sungguh ye. Aku salam mak, pakcik dan makcik saudara aku di situ. Aku hiraukan kewujudan pakcik tu. Jeling pun tak.
Oh ya, Harith (bukan nama sebenar) turut ada. Dia ialah sepupu aku juga belah arwah abah aku. Aku terlupa Harith nak datang ke sini dan hari itu harinya dia sampai. Entah macam mana pula hati kering aku ni boleh cakap Harith ni boyfriend aku. Hahahaha.
Mak aku gelak sebab dia tahu perangai aku cuma main-main. Eloklah tu. Perfect timing aku umumkan Harith boyfriend and bakal tunang depan semua orang dan pakcik tu. Aku siap panggil Harith “sayang” lagi. Puas hati aku.
Fast forward, aku dan Harith buat plan buat-buat rapat bersama-sama macam belangkas. Memandangkan ahli keluarga ramai, mak dan mak saudara aku buat makan-makan waktu malam. Pakcik tu ada jugak ye. Tapi aku buat bodoh saja. Harith sebenarnya tahu masalah hal ni jadi dia on untuk lindung aku.
Ada satu masa, Harith mula sembang dengan pakcik tu. Dia tanya, “pakcik ni baik sampai bagi rezeki kat makngah saya”. Aku yang berada di meja berhampiran mereka berdua terus mencelah. “Mestilah baik,Harith. Hari-hari datang ke rumah ni. Lepas tu pakcik ni prihatin sangat kerap tanya aku kat mana bila aku tak ada kat meja makan.
Terima kasih lah pakcik sebab pedulikan saya. Pakcik jangan risau, saya berada di rumah sebelah saja. Sepupu saya yang ajak. Takkan nak tolak pulak kan.
Jawabku. Jawapan itu ikhlas dari hati ye. Mungkin kalau dengar macam perli tapi hakikatnya betul. Terkilan muka pakcik tu bila aku jawab. Mungkin kantoi la kut mengintai rumah orang.
Saya terdengar pakcik tu beritahu mak saya yang dia sedar saya memang tak suka dirinya dan pakcik tu cakap “mungkin saya tersilap cakap yang pasal gaduh boyfriend. Niat saya hanya bergurau” Dalam hati hanya Allah sahaja tahu perasaan saya tatkala tu. Bergurau ke namanya tu sampai menyakitkan hati orang lain.
Malam tu, pakcik tu mesej saya nak ucap terima kasih sebab ajak dia makan sekali. Seingat aku, dia dah ucap pun terima kasih kat mak aku dengan yang lain tapi masih nak chat aku? Aku pun balas “sama-sama”.
Kemudian dia hantar lagi “buat apa tu?”. Okay, sampai sini kegeraman saya dah naik. Waktu tu, saya tengah zoom dengan classmates saya berbincang berkenaan subjek-subjek sem depan. Saya tak taip tapi terus snap gambar zoom tu dan hantar kepada dia. Saya balas “ada apa ye pakcik mesej saya malam-malam ni?”
Pakcik tu boleh selamba badak balas “saja chat”. Deh. Dah tiba masanya saya nak keluarkan syarahan saya ni.
“Hmm, saya harap ‘saja-saja’ chat ni bolehlah saya dapat dekan untuk sem ni. Kalau pakcik boleh bantu saya untuk lulus semua subjek dalam sem ni tak apa. Memandangkan saya rasa sem ni macam tak dapat dekan, saya nak salahkan siapa ye yang selalu menganggu waktu-waktu saya study ni.
Apa kata pakcik saja tolong saya buat assignment dengan presentataion. Oh, bukan tolong. Buatkan terus untuk saya. Saya memang pantang betul kalau ada orang kacau saya study melainkan mak saya. Kalaulah orang lain baca chat ni, mesti orang anggap lain macam. Tolong ye, jangan ganggu saya.
Lepas ni saya takkan balas mesej-mesej yang tak penting. Saya cakap awal-awal ni, pakcik jangan terasa pula kalau saya tak balas chat pakcik sebab whatsapp saya full dengan groups. Mungkin mesej pakcik timbul kat kat bawah sekali sampai saya tak perasan pun” kataku.
Padahal yang sebenarnya, lepas malam tu saya terus block dan sampai sekarang dia tak tahu saya block dia sebab dia pernah tanya kat mak saya dia mesej saya tapi tak balas-balas. Mak saya yang dah tahu hal ni terus cakap anak saya busy belajar. HAHAHAH puas hati aku.
Fast forward, ada satu ketika pakcik tu datang rumah waktu pagi. Terus saya bagi syarahan depan pintu “Pakcik tak perlulah nak hantar makanan kepada kami dengan kerap. Apa pula kata jiran-jiran kat sini. Lagi-lagi pakcik kan lelaki. Apa pula kata mereka kalau tengok pakcik datang rumah mak saya.
Lagi afdhal pakcik beri rezeki kepada orang lebih memerlukan. Mak saya ada pencen masih mampu nak tanggung kami berdua. Allah dah bagi saya rezeki lebih. Bukan saya nak riak, saya takut kalau saya membazir. Jangan disebabkan saya ni anak yatim piatu dan mak saya ibu tunggal pakcik kerap bagi rezeki.
Pakcik silap. Orang-orang kampung pun dah tahu mak saya ibu tunggal tapi mereka tak adalah bagi makanan sekerap ini. Kalau pakcik rasa nak sedekah, saya cadangkan pakcik sedekah aje kat tabung masjid kampung ini. Pakcik pun nampak kan masjid perlukan kos untuk renovation.
Mana lah tu, rezeki pakcik bagi tu masjid boleh renovate. Kalau nak sedekah makanan, pakcik boleh bagi duit kat AJK masjid untuk duit makanan. Setiap kali habis solat dan kelas mengaji, orang-orang kampung bolehlah dapat merasa makanan free sementara boleh datang ke masjid. Lagi besar pahalanya tau.”
Mendengar jawapan aku, pakcik tu hanya mampu tersenyum dan pergi dari situ. Sebelum dia pergi, sempat aku minta maaf pada dia. Tak nak lah tanggung dosa lama-lama.
Pada hari berikutnya, aku bagi syarahan kepada pakcik tu lagi. Erm, best juga jadi ‘pensyarah’ tak berbayar ni.
“Pakcik, macam ni lah. Saya sebenarnya malas tau nak fikir hal jodoh ni. Saya ada goal saya sendiri. Kalau boleh saya nak belajar dan cari ilmu dulu sebelum nak mendirikan rumah tangga. Ya, saya tahu umur saya nak masuk 20 tapi tak bermakna dalam usia tu saya nak berkahwin.
Masih banyak lagi perkara yang perlu saya belajar. Kehidupan saya tak adalah sempurna mana pun. Macam mana saya nak kahwin kalau saya masih struggle untuk urus diri, masa, belajar saya? Pakcik pun banyak kali tengok saya hadap laptop selalu jadi pakcik rasa saya ada masa nak fikir semua tu?
Pakcik pernah kan beritahu yang pakcik pernah sambung belajar dalam bidang islam. Rasanya pakcik lebih arif la kut mana satu penting untuk dikejar. Ilmu atau jodoh. Ya, Harith tu memang boyfriend saya. Dia sendiri pernah pesan kat saya supaya cari ilmu dulu. Pakcik tak perlulah dah kot rasa nak tentukan jodoh saya.
Saya minta maaf banyak-banyak lah kalau apa yang saya cakap ni buat pakcik terasa tapi nak tak nak pakcik kena terima. Saya cakap ni benda betul dan logik. Saya dah malas nak cakap itu ini dengan pakcik. Saya ada banyak benda yang menyerabutkan kepala nak kena fikir.
Pakcik nampak saja saya duduk rumah goyang kaki, tapi pakcik tak pernah rasa apa yang saya lalui, pakcik jangan nak menyampuk. Nak hidup berjiran, jadi jiran betul-betul.”
Beberapa hari lepas aku jadi pensyarah pada pakcik tu, terus dia nak balik ke tempat asal untuk uruskan hal pencen dia tapi dia akan balik ke sini semula setelah selesai berurusan di sana.
Dia siap cakap lagi, dia akan balik sini dalam dua minggu .Dia pergi semasa kerajaan belum umumkan pkp 3.0. Bila kerajaan umum PKP, sampai sekarang dia tak balik sini lagi.
Allah Maha Mendengar dan Maha Adil. Setiap doa aku titipkan supaya jauh daripada pakcik dan minta perlindungan tu akhirnya termakbul. Selama ini doa tersebut tak pernah lekang daripada mulut aku. Sekarang Allah dengar luahan hati aku. Rasa syukur tu tak terhingga. Kini, aku boleh bernafas.
Hampir tiga bulan dia tak balik sini membuatkan aku rasa bebas. Apa-apa pun, aku turut mendoakan jika pakcik tu balik sini lagi, kurangkanlah datang ke rumah aku.
Secara kesuluruhan cerita ini, apa yang aku dapat bagitahu sejak aku balik dari rumah sewa, aku banyak bercakap dan ‘lawan’, dan buat bodoh bila dia datang. Aku akan bagi syarahan bila aku rasa nak bagi. Hati kena kering bila nak bagi syarahan tu. Susah betul nak jadi hati kering.
Tak apalah, untuk kebaikan. Aku bukannya nak biadap cuma aku nak mempertahankan dan lindungi diri. Ya, kalau baca balik syarahan aku tu nampak macam kasar tapi itulah sifat aku. Mak aku pernah pesan, tegur orang sekiranya tak nak naik lemak. Jadi, aku tegur pakcik tu supaya dia tak naik lemak.
Mak aku pula siap-siap bagitahu aku yang dia sendiri tak ingin nak kahwin lagi. Tak larat nak jaga pakai dan makan selain aku. Aku kenal mak aku macam mana. Once dia kata A, maka A jawablah. Saya sedar, saya ni kuat bebel jugak ye. Patutlah orang kena bebel dia lari. Hahaha.
So, setakat ini saja lah kisah yang aku nak share. Aku harap ‘kebebasan’ aku berkekalan sampai aku praktikal. Kalau ada rezeki, aku nak bawa mak aku tinggal sekali dengan aku. Dengan izin Allah. Tolong komen inshaAllah saya akan baca. Dan doakan saya hidup dalam kesejahteraan dan tanpa sebarang gangguan.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit