Luahan Daripada Jiwa Yang Terpendam

Cinta, suatu anugerah dan perasaan yang terindahkan. Ini ialah perkongsian dari seorang lelaki yang menunggu api cintanya terpadam mati.

N seorang gadis yang sangat baik, putih dan cantik berasal dari negeri selatan.

Pertama kali aku kenal N sewaktu bulan puasa, masa tu aku tak pernah terfikir pun N akan bawa impak yang sangat besar dalam hidup aku.

Nak dijadikan cerita, kami mula rapat, sangat rapat. N sentiasa ada untuk aku, sebut je bila dan di mana N akan datang untuk dengar setiap keluhan hati aku.

Aku bukanlah lelaki kaya, boleh dikatakan tak ubah bagai “binatang jalan dari kumpulan terbuang”, disisih dari keluarga sendiri, hidup keseorangan sejak kecil, tidak ada arah untuk aku berpijak melainkan berpaksi pada takdir untuk terus bernafas dan bergerak .

N menjadi tempat untuk aku bercerita, nak dijadikan cerita suatu hari aku ambil keputusan nak luahkan pada N soal perasaan aku.. Aku nak ada seseorang yang ada dengan aku.. Dan aku percaya N adalah wanita terbaik untuk aku.

25.11.16

Dihadapan Surau, aku kata pada N aku nak dia, aku nak hidup dengan dia. Aku ada hati pada dia.

N terima, waktu tu aku rasa gembira sangat gembira. Dan cuti sem pun bermula, aku bekerja sepanjang cuti

Aku nak berubah, aku nak ada kehidupan yang baik, sapu sampah, pasang pelamin, buat design, pelayan makanan semua aku buat.

Tidak ada keinginan yang lebih baik melainkan keinginan seorang lelaki untuk menghalalkan seseorang wanita yang dia cinta.

Setiap detik, Amarah N, apa yang N suka, apa yang N benci aku jadikan Nota, aku taip setiap malam dan aku simpan, dengan harapan bila suatu hari aku halakan N aku nak jadikan Novel sebagai hantaran.

****** Cuti Sem Tamat ******

Aku kembali ke universiti, aku jumpa N, seperti biasa kadang gaduh kadang bermesra.

Bila N sendiri aku datang bercerita, selalu juga aku ambil telefon dia, kalau dia minta balik aku suruh dia Up tangan angkat sumpah “bahawasanya saya N tidak akan kuat tidur”… Masa tu memang bahagia…

Design aku laku, rezeki aku sangat murah, dari poster aku belajar buat website sampaikan ada rezeki yang boleh sewa kedai sendiri.

Tapi tak semua yang indah itu kekal lama.

Entah kenapa tiba tiba aku rasa ragu r, aku semakin pelik bila N kadang2 sangat tidak suka aku sentuh telefon dia.

Suatu hari, aku terpandang post di Facebook N, ada seorang lelaki “like” post dia, bila aku bukak profile lelaki tu.

Ada gambar N.

Ada nama N di setiap postnya. Aku rasa sangat sakit, aku berani kan diri untuk bertanya siapa dia, dan adakah dia kenal N.

Dia jawab “ya, dah lama dan kami akan berkahwin nanti”.

2 benda yang buat aku sakit:

1-Kenapa N tipu aku.

2-Aku perampas.

Dan roda pun berputar, orang sekeliling yang tahu kisah aku mula menghukum aku.

Disebabkan rezeki aku murah, aku nampak sebagai orang kaya padahal aku hanya ada aku, ibu bapa ku orang kampung yang tidak punya apa2 harta..

N dilihat mengejar harta berbanding keikhlasan hati, lelaki itu pula dia tahu dan salahkan aku.

“owh, dia kan dah ada harta, ada barang mahal patut la N suka”

“kesian kan lelaki tu, tak patut N buat macam tu”

“kau kan dah ada duit banyak sekarang, pergi la cari orang lain”.

Aku berusaha dari A – Z untuk halakan seseorang, untuk aku sediakan kehidupan gadis yang aku sayang, tapi takdir menukarkan aku sebagai seorang lelaki kejam yang merampas kebahagiaan.

Dan lebih sakit, bila lelaki tu cakap, mak N nak lelaki itu yang menjadi suami N, hati aku hancur sehancurnya.

Dari situ aku berjuang sendiri, sehingga aku dipression dan disahkan menghidap anxiety.

Perniagaan yang aku usahakan aku tutup semuanya, semangat aku mati, aku marah N aku suruh dia pergi.

Aku lahir dari keluarga yang bercerai berai, aku hidup di asrama, kemudian menumpang keluarga saudara sehingga umur aku 16 tahun, bila aku tingkatan 5, aku memilih hidup sendiri.

Ibu bapa aku bercerai sebab tidak ada restu keluarga, dari situ aku tahu restu sangat penting.

Bagaimana untuk aku halalkan seseorang yang tidak ada restu untuk aku??

Aku pernah hidup dalam keadaan yang sangat teruk, bayangkan raya sendiri, mak bawak diri ke Perlis ayah pula ke kedah.

Aku pula sendirian di perak, dari kecil dibuli, di hentak aku tanggung sendiri. Aku bersumpah yang bila aku ada keluarga aku akan pastikan anak anak aku bahagia tak hidup macam aku.

Aku akan pastikan, sebelum berkahwin aku sediakan semuanya untuk isteri dan keluarga bakal isteri

Yang paling penting aku wajib dapatkan restu dari ibu dan bapa N, kalau perlu aku sanggup buat rumah tepi rumah N.

Aku nak N bahagia, anak anak kami bahagia nanti.

Belajar memasak, belajar baiki telefon dan komputer, design, sehinggalah aku dapat sambung belajar ke universiti semua sendiri.

Jadi macam mana aku nak terima cinta, macam mana aku nak hidup sebagai perampas yang merampas seorang wanita dari lelaki yang dipilih oleh keluarga wanita tu sendiri?

Dan aku memilih untuk pergi, cuma pesanan terakhir aku pada N, andai suatu hari.. Andai takdir temukan kita kembali aku nak jadi seorang yang terbaik untuk dia dan keluarganya.. Dan keluarga kecil kami.

Kini dah 2 tahun berlalu, N dah bertunang dengan lelaki tu, khabarnya akan berkahwin tahun ini.

Tolong doakan kebahagiaan N dan lelaki itu ya, dan lelaki itu sangat baik.

Maaf kalau penulisan ini panjang, hanya luahan dari Jiwa yang terpendam.

– Lelaki Tanpa Hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *