Luahan Gen Z III

Untuk part I, (https://iiumc.com/luahan-gen-z/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/luahan-gen-z-ii/).

Salam semua. Mirul Honda GenZ here again.

Kali ni final episode betul-betul ya, janji. Panjang sikit kali ni, harap korang dapat baca sampai habis untuk faham cerita sebenar.

Ramai yang triggered, meluat dan ada jugak yang buat teori konspirasi sendiri pasal aku. Chill lah, korang bukan FBI pun.

Tapi power jugak aku tengok level emosi netizen kita semua jenis reaksi keluar. Macam-macam jenis ada. Yang defensive, yang rasa diri tu mentor kehidupan, semua kena ikut cara dia, terpaling abang2 dan kakak2 dan macam-macam lagi.

Okay, straight to the point. Dua episod “confession” sebelum ni sebenarnya bukan kisah benar pun. Semua tu aku reka sendiri. Bukan sebab nak perli sesiapa, bukan nak cari gaduh, tapi sebab aku nak tengok satu benda… macam mana orang react bila ego dia terusik.

Dan yeah, result dia memang tak mengecewakan. Ada yang terus triggered sebab rasa “eh apa benda budak ni bajet bagus sangat.” Ada yang terus rasa nak betulkan aku, nak “educate” aku kononnya dengan cara paling humble. Tapi dalam masa sama sempat juga flex sikit achievement sendiri dan perlu dicontohi. Cute kan.

Baiklah, izinkan saya perkenalkan diri sebenar saya. Saya berasal dari Johor, dan saya merupakan pelajar tahun 2 Science in Psychology di sebuah universiti di Ireland.

Posting yang saya buat sebelum ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada methodology tugasan saya yang bertajuk “Public Emotional and Behavioural Response Toward Perceived Superiority on Social Media.”

Kajian ini dijalankan untuk meneliti corak emosi dan tingkah laku individu apabila berhadapan dengan individu yang menunjukkan sikap provokatif, berlebihan dalam kebanggaan diri, atau memperlihatkan rasa “menang”.

Platform ini dipilih sebagai wakil komuniti pengguna media sosial dari Malaysia. Dalam masa yang sama, saya turut menjalankan pemerhatian terhadap kumpulan netizen dari beberapa negara lain bagi membandingkan perbezaan budaya serta ekspresi emosi terhadap situasi yang serupa.

Berdasarkan pemerhatian saya, reaksi daripada netizen Malaysia agak kuat dan intens. Ada yang marah, ada yang keliru, dan juga yang terhibur. Tak kurang juga, terdapat juga individu yang cukup peka dan hampir “kantoi” kan eksperimen saya ni.

Antara fokus utama dalam kajian ini adalah untuk meneliti corak tindak balas individu yang cenderung merasa terancam secara psikologi, terutamanya apabila imej diri mereka terasa tercabar walaupun tidak wujud sebarang provokasi secara langsung.

Individu begini lazimnya akan rasa tercabar hanya apabila ada orang lain yang seakan-akan lebih darinya atau perhation orang sekeliling tertumpu pada kelebihan orang selain dirinya. Konteks psikologi, tindak balas ini sering dikaitkan dengan trait Narcissistic Personality Disorder (NPD) dan Superiority Complex.

Secara jujur, sebelum saya memuat naik posting yang pertama lagi, saya telah mengenal pasti beberapa individu yang berpotensi untuk memberikan respons yang signifikan. Daripada kelompok ini, terdapat seorang individu yang paling menonjol, lalu menjadi tumpuan utama dalam pemerhatian saya.

Apabila saya meneliti semula komen-komen terdahulu yang ditinggalkan oleh individu ini dalam beberapa posting pengguna lain, saya melihat satu pola yang konsisten.

Wujud kesinambungan naratif yang secara berterusan cuba ditegakkan walaupun naratif tersebut tidak dituntut atau tidak berkait secara langsung dengan konteks perbincangan asal.

Tindak balas yang diberikan juga sering kali tampil menonjol, baik dari segi intensiti mahupun konsistensinya, dan ia sangat selari dengan ciri-ciri utama yang menjadi fokus kajian ini.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya kemudiannya membentuk watak dan senario tertentu dalam siri posting “Mirul”, dengan niat untuk mencetuskan reaksi spontan daripada audiens secara umum.

Dan secara spesifik, watak ‘Mirul’ ini memberi fokus khusus terhadap persona yang dikatakan menonjol tadi bagi membolehkan pemerhatian yang lebih mendalam dijalankan khususnya berkaitan bagaimana mekanisme pertahanan ego dibentuk dan dipertahankan dalam interaksi di ruang maya.

Namun begitu, pada satu ketika, saya menyedari bahawa individu tersebut telah memadam salah satu komennya sendiri, komen yang menonjolkan “pencapaian” dapat menjelajah dunia. Mungkin dah tersedar bahawa interaksinya sedang diperhatikan.

Sekiranya tindakan saya ini memberi kesan yang tidak menyenangkan, saya ingin memohon maaf secara terbuka. Niat saya hanyalah untuk memahami, belajar, dan melihat fenomena ini dari sudut yang lebih mendalam. Tiada niat untuk memperlekeh atau mempermainkan sesiapa… Sorry ma’am.. truely sorry.

Kajian ini bukan bertujuan untuk mempermainkan sesiapa atau menguji kesabaran individu, tetapi untuk memahami aspek emosi dan pertahanan diri manusia dalam konteks sosial digital.

Saya amat menghargai setiap komen dan pandangan dan masa yang diluangkan oleh semua pembaca. Semoga tiada yang simpan dalam hati.

Sebagai penutup, saya berharap ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Dunia media sosial sangat luas dan beraneka warna; hati2 dalam posting supaya tak memudaratkan diri dari apa saja aspek pun.

Dan untuk mereka yang mungkin selalu berasa perlu nampak lebih baik, lebih pandai, atau lebih “humble” daripada orang lain mungkin sudah tiba masanya untuk muhasabah diri.

Kebanyakan kes superiority complex itu terselindung di sebalik senyuman paling “rendah diri.” Atau lebih dikenali dengan “humble brag”

Sekiranya seseorang itu benar-benar hebat, dia tidak perlu membuktikannya kepada sesiapa pun dan tak perlu merasa org lain rendah. Seperti yang ramai nasihat kepada watak “Mirul” juga.

Mari kita renungkan. Nasihat untuk diri saya juga.

Sesungguhnya tak ada yg hebat di dunia ini kecuali Allah SWT.

Riak itu nampak, ujub itu tersembunyi sama ada sedar atau tidak. Tapi kedua2nya berdosa.

Sabda Rasulullah saw:

“Tiga perkara yang membinasakan: kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan ujub seseorang terhadap dirinya sendiri.”

(Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, no. 7313)

Akhir sekali, saya dengan rendah hati memohon maaf sedalam dalamnya. Mohon halalkan apa yang saya belajar dari tuan2 dan puan2 semua. Semua data dan respon akan saya urus secara anonymous, tanpa sebarang pendedahan terhadap identiti sebenar mana-mana individu atau page ini sendiri.

Terima kasih atas kefahaman, kesabaran, dan keikhlasan semua dalam menerima penjelasan saya. Doakan agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan semoga kita semua terus berada dalam ketenangan dan kebijaksanaan dalam berinteraksi di alam maya.

Penafian: Admin page ini tak terlibat dan tahu menahu tentang eksperimen ini hinggalah saya dedahkan dalam posting yang kali ini. Thanks admin. Harap dapat siarkan.

Bye. Jangan rindu “Mirul” ya.

– Sutera (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *