Assalamualaikum. Saya cikgu Z umur 23. Masuk ni nak dekat sebulan la saya mulakan kerjaya (tak tahu la career ke apa) sebagai guru Tadika/Taska.
Sebelum ni saya kerja tempat lain lepas habis diploma. Saya amik keputusan untuk kerja kat sini sebab saya tak suka budak2 jadi saya nak biasakan diri untuk suka dorang, sebab in future pun akan ada anak sendiri kan..
Since dia ada sediakan hostel dan dekat dengan tadika, saya pun try la untuk belajar pengalaman baru. Ikutkan memang nak stay lama untuk bekerja dalam bidang pendidikan ni. Sebab saya pegang dengan prinsip ilmu yang kita ajarkan dan diamalkan akan dapat ganjaran berpanjangan.
Contohnya bila ajar ABC dekat budak2 ni, sampai bila2 pun kita akan guna betul tak. Saya suka sangat bab mendidik tu..
Tapi masalah yang saya nak luahkan.. Pengetua kat sini ikut suka dia nak tukar2 jadual, kejap jaga taska (2 & 3 tahun), kejap jaga tadika (ni ada 4, 5 atau 6 tahun).
Waktu kerja sangat panjang. Masuk pukul 6.45 pagi, balik pukul 6.30 petang, itupun kalau parents amik awal. Kalau tak, kami cikgu2 ni kena stay la tunggu dorang amik anak.
Saya terkejut ingatkan tugas kami kat sini mengajar je. Rupanya kena mengasuh pulak. Buat susu, mop lanta setiap kali lepas makan (budak2 makan bersepah2), cebok, mandikan..
Nak fikir sediakan bahan2 buat aktiviti lagi.. Tu tak masuk lagi dengan budak2 yang merengek tanpa sebab. Aduh, pening nak layan.
Gaji RM1100 tu pun sebab ada diploma, kalau SPM RM1000. Entah la rasa berbaloi ke tidak dengan apa saya buat ni..
Saya mula sayangkan budak2 sekarang, Alhamdulillah. Tapi tu la, waktu untuk rehat tu boleh kira berapa jam. Letih, sangat letih..
Saya tahu mungkin ramai akan suggest untuk masuk tadika swasta yang lain, yang gajinya pun boleh tahan lagi tinggi. Tapi sebab tadika ni pun cikgu2 bertukar bersilih ganti, amik je la sapa2 takda pengalaman (termasuk saya).
Sampai saya fikir nak kerja ni sementara je, untuk kumpul duit sambung degree lepas ni. Memang niat saya nak tuntut ilmu banyak2, tapi nak sambung pun kena berhutang lagi.. Haihh..
Sesiapa boleh bagi cadangan atau komen positif? Saya nantikan diruangan komen ya. Terima kasih semua.
– Cikgu Baru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit