Luahan Hati

Assalamualaikum semua. Sebenarnya aku teringin nak buat satu luahan hati. Tapi tak tahu nak luah kat siapa. So submit kat IIUM confession je sebab nak tahu apa pendapat kalian.

Sejak tadika, aku seorang yang bercita-cita besar, iaitu menjadi seorang doktor. Jadi, aku pun belajar bersungguh-sungguh. Masa aku darjah 5, aku sedar yang jadi doktor ni tak sesuai untuk aku, sebab aku tak penyayang. Dan aku bercita-cita untuk jadi saintis pula. Sebab aku memang suka sangat dengan sains. Masa tu kawan-kawan kebanyakan dah ‘couple’. Aku pula fikir couple tu buang masa dan tambah lagi masalah dalam hidup aku. Aku nak fokus pada UPSR dan nak dapatkan 5A dan Mumtaz PSRA. Bagi aku PSRA memang susah gila sampaikan aku rasa Arab PMR jauh lagi senang dari PSRA. Masa darjah 6 is “no main-main” untuk aku sebab aku nak 5A dan Mumtaz dan masuk SBP. Alhamdulillah, aku dapat 5A dan jayyidjiddan. (Walaupun aku tak puas hati tak dapat Mumtaz pada masa tu).

Waktu sekolah menengah pula, aku masuk SMK yang ada kelas arab. Aku fokus untuk PMR, alhamdulillah dapat 9A. Dapat masuk SBP. Memang struggle dan otak always fikir nak straight A +. Alhamdulillah, walaupun tak dapat straight A +, aku dapat straight A. Masa ni pun aku tak pernah terjebak dalam couple.

Masuk U, aku aktif dalam aktiviti pelajar, dan beberapa kali menjadi pengarah program termasuk program ke luar negara (ASEAN). Mana ada masa nak fikir pasal lelaki. Tau nak join program dan study je.

Now, kawan-kawan ramai dah kahwin, aku pula tiada langsung pengalaman kawan dengan lelaki. Kawan-kawan aku kata aku terlampau garang, sebab tu tak ada lelaki nak kawan dengan aku. Huhu. Oh, dan aku perlu sertakan di sini, aku rendah diri dengan rupa aku yang kurang menarik. Dah lah tak cantik, garang pula, siapa yang nak?

Ayah aku pula dah tak sabar nak aku kahwin. Asyik tanya je. Nenek aku pun. Tapi tak nak pula carikan calon. Mak aku je paham situasi aku. Mungkin sebab pernah mengalaminya?

Aku rasa, aku terlalu muda untuk berfikir pasal kahwin. Tapi, seperti mencari kerja, kalau nak kerja, kena ada pengalaman, tapi macam mana nak ada pengalaman kalau tak dapat kerja. Macam mana nak ada kawan lelaki, kalau tak pernah ada pengalaman kawan dengan lelaki. Begitulah apa yang aku fikirkan. Mungkin bagi kalian yang lebih berpengalaman lagi tahu? Tolong bantu saya…

Lagi 1, kalau orang lain berangan nak jadi princess masa kecik-kecik, aku pulak masa kecik-kecik dah fikiran asyik nak belajar je. Dah besar ni pula nak jadi princess. Kalau dulu cita-cita aku nak jadi doktor, saintis, sekarang, cita-cita aku nak jadi princess. Walaupun aku tahu susah jadi princess, sebab ada protokol dan seumpama dengannya, aku tak kisah. Ya aku tahu, macam budak kecik kan? Hehe

Terima kasih kerana sudi baca luahan aku yang selama ini terbuku di dada…

P/s : aku masih dalam pencarian kerja tetap…

– princess wannabe

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *