Luahan Hati Aku

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Bersyukur sekiranya admin dapat siarkan luahan hati insan kerdil ini.

Sebelum itu, aku ingin meminta rasa belas kasih agar luahan hati ini tidak mendapat kecaman yang teruk, aku cuma ingin melihat pandangan dan pendapat pembaca semua, dan kalau boleh sedikit sokongan dan nasihat membina daripada pembaca budiman semua.

Hati ini tidak kuat. Sebab apa aku buat luahan hati ini kerana selain Allah swt, aku tidak mampu untuk menceritakan apa yang aku rasa kepada orang lain kerana takut dan risau pandangan orang lain terhadap diriku. Disini aku boleh jadi sebagai anonymous.

Aku perkenalkan diriku. Namaku Ahmad, obviously bukan nama sebenar. Aku seorang lelaki, badan biasa2 sahaja. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk memegang jawatan P&P, mempunyai pendidikan di peringkat master, seorang lelaki yang bujang.

Aku bukan ingin “angkat bakul sendiri”, tapi kawan2, keluarga or kenalan aku bagitau aku seorang yang baik, sopan dalam tutur kata, seorang supervisor yang okay dan aku bukanlah seorang lelaki yang suka merokok.

Aku juga jenis yang suka duduk di rumah dan kalau tiada sebarang urusan atau orang ajak untuk keluar, aku lebih suka duduk menghabiskan masa aku dirumah.

Walaupun aku kelihatan nampak positif dari luar, mempunyai wawasan dan cita2 tinggi, tapi tiada siapa yang tahu apa yang terbuku di hati aku melainkan hanya Tuhan yang satu.

Aku seorang yang sensitive!!!

Ya, aku seorang yang sensitif. Sensitif contoh sekiranya kawan aku lambat ajak aku untuk keluar bermain badminton atau bersukan lain, ajak aku disaat2 akhir setelah selesai ajak semua orang, aku yang pada awalnya ingin turut bermain bertukar niat untuk tidak ingin turut serta.

Aku merasa sedih disebabkan aku orang terakhir untuk diajak bersama dan dengan muka yang berpura-pura senyum, aku tolak pelawaan mereka walaupun hakikatnya hati aku merasa sedih.

Aku juga mudah rasa sedih dan sensitif apabila melihat rakan aku, yang sebelum ini selalu ajak aku untuk lepak bersama, sudah kurang untuk mengajak aku keluar lepak sejak kemunculan beberapa staf yang baru.

Aku merasa sensitif dan cemburu melihat mereka keluar lepak, bermain badminton, manakala aku pula tidak diajak.

Ya, mungkin sesetengah orang merasakan dan berpendapat apa yang aku rasa dan alami ini sangatlah remeh, tapi macam yang aku cakap, aku seorang yang sensitif dan aku perasaan aku seorang yang memerlukan perhatian daripada seorang yang aku rapat.

Pun begitu, aku masih bersyukur kerana Allah masih beri aku kekuatan untuk melawan perasaan sensitif, sedih ini dan aku sedar bahawa orang tidak akan ambil peduli apa yang aku rasa. Aku cuba pujuk diri sendiri…

Namun…

Aku ada satu lagi masalah yang membuatkan hatiku terus tercarik2 dan terus dilukai iaitu aku merasakan aku mempunyai perasaan “tertarik” kepada kaum sejenis !!!

Allahu Akhbar, ampunkan dosa hambamu ini.

Untuk pengetahuan pembaca semua, walaupun aku mempunyai perasaan tertarik a.k.a g*y (benci aku nak sebut perkataan itu), tapi aku tidak pernah melakukan perbuatan yang terkutuk itu, melakukan perbuatan songsang itu.

Cuma hati aku sahaja tertarik kepada kaum sejenisku terutamanya mereka yang berbadan fit, dan tampak handsome di mataku.

Ya Allah, ampuni lah dosa2 ku. Aku tidak ingin mempunyai perasaan ini, aku tidak ingin merasa tertarik kepada kaum sejenis ku yang “good-looking”, tapi aku tak boleh menipu hatiku bahawa aku tertarik dengan mereka.

Oleh sebab itu, aku merasa sangat stress dan ada waktu aku menangis dalam solatku untuk hilangkan perasaan ini. Aku merasa sangat cemburu melihat kawan2 lelaki aku yang lain straight, dan tidak mempunyai perasaan “tertarik” dengan kaum sejenisku.

Hati aku tidak kuat..

Setiap kali aku bertemu dengan kaum sejenisku yang “good looking”, hatiku merasa meronta2.

Tapi, aku sedar apa yang aku rasakan ini sangat lah salah dan aku juga sendiri benci kepada perasaan ini. Hati aku bagaikan terguris, jiwa aku sangatlah tidak tenteram. Aku benci perasaan ini.

Pun begitu, aku masih bersyukur kepada Allah kerana aku cuma merasakan sedemikian bukanlah setiap masa, cuma berlaku apabila aku bertemu orang baru sahaja.

Ya Allah bantu lah hambamu ini yang mempunyai hati ini..

Kawan2 dan keluarga sering bertanya kepada ku bila aku ingin berkahwin.
Hmmm…

Sebenarnya, aku juga punya impian dan angan2 untuk berkahwin, aku ingin sangat merasai ni’mat punya isteri yang baik, anak2 yang soleh dan solehah, keluarga yang Bahagia, dan aku bercadang untuk berkahwin apabila umur aku sudah mencapai 30 tahun.

Walaubagaimanapun, aku merasa sangat takut, risau dan lemah.

Kerna aku tahu aku ada masalah “tertarik” kepada kaum sejenis, aku risau aku tidak mampu mencintai isteri aku sepenuhnya.

Ya, aku tidak pernah mempunyai girlfriends sepanjang aku hidup. Aku takut aku tak mampu mencurahkan kasih sayang aku kepada isteri aku, aku takut kalau aku masih mempunyai perasaan ini apabila sudah berumah tangga kelak.

Tapi macam yang aku cakap, aku juga ingin berkahwin dengan seorang Wanita, aku juga ingin mempunyai keluarga aku sendiri. Aku yakin suatu hari nanti ada pasangan di luar sana yang sesuai dengan aku.

Aku cuba sedaya upaya untuk melawan perasaan “tertarik” kepada kaum sejenis dan cuba sedaya upaya ku untuk menghilangkan perasaan ini daripda diriku.

Jadi sekarang, aku cuba sedaya upaya untuk tidak bergaul dengan lelaki2 yang lain, aku limitkan pergaulan aku dengan mereka (walaupun hakikatnya bila aku lakukan perbuatan ini, aku trigger jadi sensitif dan sedih).

Aku cuma mampu berdoa semoga suatu hari nanti, aku jadi kurang sensitif, aku tidak mempunyai perasaan suka/tertarik kepada kaum sejenis aku lagi.

Moga ada sinar di hujung sana…

– Ahmad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *