Assalamualaikum. Aku Along. Kalau korang tertanya-tanya, Along yang mana, aku Along yang tulis entry ‘Surat Untuk Mama’ dulu.
Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/surat-buat-mama/).
Pertamanya, aku ucapkan terima kasih atas komen-komen kalian di entry aku yang lalu. Terima kasih atas nasihat, pandangan dan juga perhatian kalian. Aku hargai.
Cumanya, aku menulis ni, sebab aku nak luahkan je. Since dekat sini, orang tak tahu siapa aku, dan takkan judge aku apa-apa.
Luahan aku ini, bukan berniat apa-apa. Tapi, aku nak korang, mana-mana yang bergelar ibu atau ayah, tolonglah, jangan bebankan anak-anak korang dengan ugutan masuk neraka, terlaknat Allah Ta’ala, dan juga redha Allah takkan sesekali menjengah bila kau derhaka.
Sebab, aku lelah…
Aku sampai persoalkan, my whole life existence akibat tujahan-tujahan kata-kata begini
Betul. Aku belum berkahwin. Aku belum mempunyai anak. Di usia 33 tahun, malah, aku belum pernah bercinta. Jadi, aku tidak tahu kesusahan ibu melahirkan anak dan membesarkan anak.
Aku tak salahkan sesiapa pun. Mungkin sikap aku sendiri yang seringkali menolak huluran salam persahabatan atau perkenalan. Aku kerap jadi watak jahat dalam mana-mana ikatan persahabatan yang aku bina. Samada dengan lelaki atau perempuan.
Semua ni atas sebab, aku rasa aku ni serba berdosa. Aku ni bakal masuk neraka. Di dahi aku dah tercop penuh jelas nama anak derhaka.
Aku dah pikul gelaran anak derhaka tu dari usia aku 9 tahun. Jadi, aku rasa aku bertanggungjawab untuk tidak menjadi ped0man dan tauladan buruk buat kawan-kawan sekeliling aku.
Mama aku, bukanlah orang jahat. Dia penyayang orangnya. Cuma, sifat kasih dan sayang dia bukan untuk aku. Kenapa aku kata begitu?
Aku tak tahulah samada ini semua hanya perasaan aku, atau aku melebih-lebih deria sensitifnya bilamana datang isu dengan mama aku.
Tapi, aku dah lama perasan segalanya berbeza, layanan, cara bercakap dan segalanya berbeza buat aku berbanding adik-adik aku.
Aku anak sulung dari 4 adik beradik. Dulu, masa aku baru-baru masuk asrama, bila orang tahu aku anak sulung, perempuan, semua macam, ‘Wah!!! Untungnya, mesti manja!’ Dan bila mereka cakap macam tu, aku hanya mampu tersenyum kelat.
Mama aku tidak mendera aku secara fizikal. Tapi, dia mendera aku secara mental. Body shaming, face shaming, mengejek, mencela, menghina malah membandingkan aku dengan anak-anak rakan-rakannya.
Anak acik tu pandai kemas rumah. Anak acik tu pandai masak. Anak acik tu pandai menjahit. Anak acik tu pandai memandu, berdikari. Anak acik tu pandai mengait. Anak acik itu begini begitu.
Sampai aku berkerut kening. Sebab, rakan-rakan dia seringkali mengeluarkan ayat ‘Untung akak, anak pandai belajar, pandai mengaji, boleh ajar orang mengaji, sejuk kubur…’
Tapi, disambut dengan cemang cemik.
Sepanjang lebih 80 hari PKP baru-baru ini, aku memang terperuk di Perak. Aku balik kampung sebelum perintah PKP dilaksanakan. Atas rasa tanggungjawab sebagai anak, sebab aku tak balik Raya Cina haritu. Yelah, korang yang dah baca Surat Buat Mama mesti faham kenapa.
Sudahnya, aku stuck di sini. Lebih 80 hari. Dan, sepanjang 80 hari tu, aku banyak makan hati.
Ada saja ayat dia yang buat luka dalam hati bertambah-tambah.
Tapi, aku tak boleh kenang bila dia asyik berkata ‘Kau tengoklah hidup kau, tak senang macam anak-anak orang. Sebab apa? Sebab aku tak redha dengan kau.
Kau ingat, kau boleh terbang bebas senang-senang macam burung tanpa redha aku? Kau tengoklah, hidup kau susah begini, kerja tak menentu, semua sebab redha aku tak de!’
Apa perasaan korang ye bila mak sendiri cakap macam tu? Bukan sekali dua. Tapi berkali-kali hampir seminggu lamanya diulang-ulang ayat yang sama.
Memberi bayangan kepada aku, yang betapalah hina dan gelap gelita jalan hidup aku di depan nanti, sebab selama ini tiada redha dari mama aku. Tiada!
Hati yang dah memang luka, aku rasa macam kena curah dengan garam, macam kena lumur dengan cuka. Tapi, aku diam, aku simpan air mata.
Pagi-pagi raya, waktu salam Hari Raya, aku tak boleh nak cakap apa-apa. Aku boleh dengar je ayat yang dia lafazkan dekat adik bongsu aku. Tapi, pada aku? Sedikit pun dia tak cakap nak maafkan aku, atau mahu redhakan aku.
Dengan adik bongsu aku, bukan main. Anak syurga mama, moga bawa mama masuk syurga blablablablabla….
Aku pulak? Aku tak boleh cakap, gaisss. Aku kelu. Hati aku dah jadi keping-keping.
Hari-hari aku tertanya-tanya, kenapa begitu payah aku nak dapat redha mama aku ye?
Sebab aku tak pandai kemas rumah macam anak acik S ke? Sebab aku tak pandai masak macam anak acik M?
Entahlah…
Aku sampai terasa, duduk di rumah seolah duduk di atas bara. Aku kena sentiasa alert, takut sangat kalau aku buat salah.
Masa mula-mula PKP dilaksanakan, aku masih WFH, tapi, itu pon jadi isu padanya. Bagi mama, aku hanya menipu bekerja.
Bilamana aku baru membuka laptop aku untuk bekerja, maka bermulalah episod dia bersuara dengan nyaring. Kata-kata perlian, sindiran yang pedih mula kedengaran, sampai aku tak mampu nak fokus dengan kerja aku.
Sudahnya, aku memang biarkan kerja aku tergendala. Aku dah tak hiraukan kerja aku.
Malah, sehingga kini, aku sorokkan fakta dari mama yang aku diberi cuti tanpa gaji oleh majikan aku. Yelah, aku ni hidup tanpa redha dari mana, jadi, ini balasan yang setimpal buat anak yang hidup tanpa redha ibu.
Kemuncak semua ni, beberapa hari lepas. Aku diserang sakit bahu hingga tangan kiri aku sakit kalau nak bergerak. Maka, hampir seminggu aku menangung sakit.
Dan 4 hari lepas, barulah aku diurut oleh tukang urut. Namun, mungkin kesan urutan itu baru nak melembutkan urat-urat yang bersimpul, hampir 2 hari aku tidak menyempurnakan tugas aku mengemas rumah dengan baik.
3 hari lepas, pagi-pagi aku dipekik-pekik, ditujah-tujah dengan kata-kata yang kurang enak didengar.
Lagi sekali neraka jadi hukuman aku. Gelaran anak derhaka berjaya yang aku sandang kini bertambah trofinya.
Semuanya sebab? Sebab aku tak mengemas rumah mengikut spesifikasi kemahuannya.
Katanya, “Tak guna baca Quran, berzikir, solat sunat bagai, kalau syurga yang pada aku, kau tak kejar, kau tak jaga”.
Secara jujur…
Jujurnya, aku dah putus harap mengejar syurga dari mama mahupun abah aku. Aku dah lelah mengejar syurga itu.
Selepas aku memahami bahawa hidup aku selama ini tanpa redha orang tua, aku dah tak kuasa nak kejar syurga tu.
Aku masih melaksanakan tanggungjawab aku sebagai anak, cuba sebaik mungkin menyenangkan mana yang payah dan susah.
Tapi, untuk mengharap balasan pahala dan syurga, aku dah tak berharap dah.
Kerana itu sejak habis Ramadhan, aku banyakkan zikir, banyakkan amalan aku, mula istiqamah kembali membaca Ma’thurat dan amal-amal lain.
Kalaupun nak gapai syurga tertinggi Firdaus tu, aku tak mampu, asbab redha mak aku tiada, tidak mengapalah. Asalkan aku tak masuk neraka.
Tapi, masih… Aku terasa-rasa yang neraka memang telah ditempah khas buat aku. Yelah, aku kan anak derhaka, kalau merujuk pada kata-kata mak aku, kan?
Sekarang ni, dah 3 hari mama buat silent treatment dengan aku. Dan, bila mama mula buat silent treatment dengan aku, habis satu rumah tak nak bercakap dengan aku, which I am used to it. Hahaha…
Aku dah biasa sampai dah lali. Tu belum pakej satu rumah maki aku jugak bila mama mula maki dan hina aku dengan kata-kata nista.
Dan, baru-baru ni, ketika berdua berkereta hampir sejam lebih, mama justifikasikan cara didikan dia yang buruk, kasar dan penuh kata makian itu akibat keturunan kami yang ada darah pahlawan.
I was like… My ass…
Aku jelak sebenarnya. Setiap kali dia maki hamun aku, dia cerca dan hina aku dengan kata-kata yang aku tak boleh nak terima dan langsung tak mampu nak hadam, bila nanti-nanti suasana tenang ke, dia dah boleh nak pandang muka aku, dia mulalah buat justifikasi mengarut.
Kekunun, dia sayang aku, tapi, memang itu cara dia. Macam mana dia dibesarkan, dia hanya menerapkan nilai yang sama kepada aku.
*Sigh*
Kalau betul itu cara didikannya, kenapa berbeza?
Adik-adik yang lain pon terima je kata-kata maki dan cercaan tu, tapi…
Tapi, dengan diorang, ada je masa boleh memeluk, mengucup pipi dan dahi, mengucap terima kasih, baring di riba dan segala kemanjaan yang lain.
Kenapa bila aku mahukan perkara yang sama, aku masih dibalas dengan makian dan kata-kata aku mengada, gedik dan gatal? Malah, kalau aku cuba bermanja, dengan membetulkan tudungnya, memeluk bahunya, aku ditepis-tepis. Rimas, panas, jadi alasan.
Aku tak faham!
Ye, aku memang rasa aku miskin dengan kasih sayang. Dan, mama aku begitu cemburukan aku bila aku melebihkan rakan-rakan dan mana-mana makcik-makcik yang mengenali aku dan memanjakan aku.
Katanya, aku tak sedar diri dan tak kenang budi.
Entahlah.
Aku muak, aku jelak.
Malah, aku dah putus asa nak cuba raih syurga yang ada pada dia.
Dan aku sangat yakin, Allah itu tidak kejam.
Takkanlah, aku yang dikurnia ibu yang tidak menyimpan rasa mahu memanjakan aku hingga aku rasa kering dan kontang dengan kasih sayang dan kemanjaan bakal tercampak ke neraka sewenangnya dan segala amal aku tersangkut di langit begitu sahaja.
Kan?
Yang Benar,
– Along (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit