Assalammualaikum WBT. Pertama sekali aku nak kenalkan diri, Nadhirah- 23 tahun- Utara Semenanjung. Itu nama sebenar aku, sebab aku tak kisah orang tahu aku. Memang aku harapkan ada ahli keluarga aku yang terbaca confession ni. Aku tahu ayah dan adik aku suka baca kat sini. Hari ni aku nak tulis pasal kisah hidup aku sebagai anak sulung. Harap kisah aku ni boleh menjadi iktibar kepada semua yang membaca terutamanya yang sudah bergelar ibu atau bapa. Aku jugak nak berkongsi apa yang ditanggung seorang diri oleh aku selama ni. Mungkin ada antara kalian yang rasa apa aku rasa sekarang. At least aku tahu aku tak keseorangan. Betul tak?
Korang setuju tak kalau aku cakap ibu bapa yang tak menjarakkan umur antara anak-anak dan gagal memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak yang lebih berusia adalah ibu bapa yang menganiaya anak itu? Korang setuju tak kalau aku cakap ibu bapa yang beranak ramai-ramai tapi tak tahu jaga adalah ibu bapa yang menganiaya anak itu? Aku tahu tak semua macam tu. Ada yang pandai membahagi kasih. Tapi ada jugak yang tak pandai sampai anak rasa terabai. Bagi aku, misal kata kau dah ada anak pada tahun 2018, sepatutnya pada tahun 2019 tu cuba la elak untuk mengandung lagi. Mudarat tu bukan pada ibu sahaja, tapi juga kepada anak yang bakal lahir tu. Kesian anak yang lahir tahun 2018 tu, tak sempat merasa kasih sayang secukupnya.
Jarak antara kelahiran ni penting untuk diambil kira so that penumpuan dapat diberikan dengan sebaiknya terhadap pembesaran anak yang sedia ada. Tu belum lagi aku cakap hal kebajikan anak-anak ni lagi. Memang betul anak tu rezeki dari Tuhan. Tapi kalau dah beranak ramai-ramai tapi jaga ala kadar, apa gunanya? Tak rasa berdosa ke? Ingat anak-anak yang dilahirkan tu tak ada hati perasaan ke? Ingat anak kucing ke? Kenapa taknak merancang? Salah ke? Kalau salah, sila betulkan aku. Aku tak pasti pasal ni. Tak silap aku dari segi medikal pun tak disarankan mengandung tiap tahun sekali. Tak elok untuk rahim. Tapi apa pun, aku sebagai anak sulung yang tak cukup kasih sayang ni tetap nak cakap benda ni tak patut. Tak patut. FULLSTOP :’(
Disebabkan ni jugak, aku dah jadi seorang anak sulung yang tak guna. Aku tak mampu jadi seperti anak-anak sulung yang lain. Hati aku memberontak. Memberontak, memberontak, dan memberontak. Aku cemburu dengan anak orang lain. Kenapa aku ditakdirkan untuk jadi anak sulung kepada 6 orang adik-beradik? Adik bawah aku cuma setahun beza. Aku tak suka dengan beban yang sepatutnya seorang sulung galas. Aku taknak. Semua ni tak adil bagi aku. Dari kecik aku dahagakan kasih sayang, bila dah besar ni kenapa aku masih perlu berkorban untuk adik-adik? Kenapa? Mana ruang bahagia untuk aku? Aku tak mintak dilahirkan sebagai anak sulung. Aku tak layak untuk dimanja ke? Aku tak pernah rasa dimanja. Aku sempat bermanja dengan mak ayah aku sampai umur aku setahun je. Lepas tu adik aku lahir.
Masa aku kecik, aku selalu buli adik aku senyap-senyap sebab aku iri hati dengan dia. Mak ayah aku selalu layan dia lebih dari aku. Dulu aku pernah berdoa supaya Allah ambil nyawa salah sorang adik aku sebab aku dah tak sanggup menanggung peritnya diabaikan dan dikulikan. Yes, into that level. Tapi sekarang Alhamdulillah aku tak ada la fikir macam tu lagi, sebab aku dah mula belajar menerima dorang dan aku tetap sayang dorang walau macam mana pun. Masa dorang kecik, aku yang kena jaga dorang bila mak ayah aku kerja. Ayah aku cuma jaga dorang sekejap sementara tunggu aku balik sekolah. Start aku darjah 3, aku kena buat macam-macam benda yang sepatutnya dibuat oleh orang dewasa. Pada umur aku yang setahun jagung tu, aku kena handle 5 orang budak yang nakal-nakal. Tiap masa bergaduh dan menangis. Stress masa tu tak payah ceritalah. Aku boleh cakap waktu tu aku matang sebelum usia. Kalau budak-budak lain balik sekolah terus tidur, aku pulak balik sekolah terus singsing lengan kerah tenaga.
Aku yang mandikan dan basuhkan berak adik aku, aku yang bagi makan adik aku, aku yang kemas rumah yang sentiasa macam tongkang pecah. Berkali-kali aku kena kemas dalam masa sehari. Aku jugaklah yang kena angkat dua bakul besar baju basah yang terdiri daripada baju-baju 8 orang manusia kat rumah tu. Yang biasa sidai baju banyak-banyak tu tahulah berat nak angkat dia macam mana. Bila baju dah kering, aku jugaklah yang kena pastikan baju-baju tu semua siap berlipat sebelum mak aku balik. Aku tak masak sebab mak aku dah siap-siap masak sebelum dia pergi kerja. Tinggal nak bagi dorang makan je la. Kalau aku tak berjaya siapkan walau satu kerja, contohnya tak sempat lipat kain, aku akan kena maki dengan mak aku. Bila aku kena maki, aku akan melawan balik. Sebab aku tak puas hati. Tapi bila aku menjawab, dia panggil aku anak derhaka.
Dan kadang-kadang tu sampai berhari-hari dia tak tegur aku. Just imagine.. aku yang dengan penat balik sekolah tak habis, dah kena kerah tenaga buat itu ini, last-last mak aku nak marah-marah aku hanya sebab aku tak sempat buat SATU task. Bagitahu aku budak 9 tahun mana boleh tahan kalau berada kat tempat aku? Aku kalau boleh nak duduk dekat sekolah je waktu tu. Aku rasa kat situ je aku boleh rehat-rehat sikit. Bila balik rumah, aku tak dan nak rehat langsung pun. So setiap kali sejam atau dua jam sebelum waktu sekolah tamat, confirm aku akan gelisah dan tak sedap hati. Benda tu macam satu nightmare bagi aku. Apa yang aku nak tekankan kat sini, aku dah makan hati since aku kecik lagi. Oh ya, aku kena buat semua ni since aku Darjah 3 sampailah Darjah 6. Tingkatan 1 dan ke atas aku dah pandai beralasan dan memberontak bila aku rasa tak adil.
Bila dah meningkat dewasa ni, aku tak tahu pelbagai benda. Sebab apa? Aku tak di-expose dengan macam-macam perkara. Aku kena belajar semuanya sendiri. Aku macam tak ada tulang belakang yang menyokong aku. Aku rasa terpaksa kenal dunia ni tanpa bantuan sesiapa. Mak ayah aku ada anak yang ramai sampai aku sebagai sulung ni disisihkan. Dorang lupa yang aku juga memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar di saat aku ingin menginjak ke alam dewasa yang penuh pancaroba ni. Aku juga manusia yang perlu diberi perhatian dan pertolongan. Hanya disebabkan title “sulung”, aku dibiar terkapai-kapai seorang diri. Dorang expect aku boleh buat semuanya tanpa sebarang tunjuk ajar dan pantauan. Itu yang aku alami pada usia 23 tahun ni.
Korang tahu apa aku rasa sekarang? Aku rasa gelaran sulung ni macam satu hukuman bagi aku. Aku rasa gelaran ni beban bagi aku. Sebab gelaran ni jugak aku jadi macam sekarang. Manusia yang tak ada confidence. Aku rasa aku useless. Hari-hari aku rasa jijik dengan diri sendiri. Aku tak pandai buat semua benda. Aku tak pandai masak. Aku tak pandai bawa kereta. Aku tak pandai bergaul. Tak macam adik-adik aku yang lain. Kenapa aku jadi tak ada confidence untuk buat kerja-kerja ni? Sebab setiap kali aku buat, aku akan kena condemn. Aku akan dibandingkan dengan adik-adik bawah aku. Sampai aku rasa teruk teramat sangat. Dan lastly aku ambil keputusan untuk tak nak buat dah. Padahal aku rasa apa aku buat tu kadang-kadang hanyalah kesalahan biasa yang dilakukan orang lain jugak. Cuma bila ianya berlaku dalam keluarga aku, benda tu dijadikan sebagai satu masalah. Dorang akan ungkit pada hari-hari lain. Bukan habis kat situ je semata-mata. Dorang akan jadikan benda tu sebagai bahan lawak. Aku seolah-olah tak diberikan ruang untuk menjalani “learning process”.
Dorang expect aku ni kena perfect dengan sendirinya dan tahu serba-serbi semua benda hanya sebab aku SULUNG. Aku manusia, aku pun kena belajar. Kenapa korang tak bagi aku ruang untuk belajar? Kenapa korang condemn aku sampai aku rasa tak guna? Aku dah tak ada confidence diri dah sekarang. Aku tak mampu buat apa-apa sebab kelemahan diri aku yang disebabkan oleh sikap korang ni. Aku nak kerja, tapi aku takut. Aku rasa aku teruk sampai tahap aku tak boleh buat apa-apa kerja. Aku teringin sangat nak kerja macam kawan-kawan aku yang lain, pegang duit sendiri. Sampaikan aku dah bertekad, kalau Tuhan bagi aku rezeki kerja yang sesuai dengan aku satu hari nanti, aku bersumpah nak buat yang terbaik dan kerja rajin-rajin. Kerja sebagai pelayan kedai makan pun aku tak kisah. Asalkan ada orang boleh ajar aku. Tapi orang macam aku ni layak ke bekerja? Aku ada Diploma, tapi kemahiran hidup aku sangat gagal. Aku tak pasti la sama ada kemahiran hidup aku memang sangat gagal atau benda ni sekadar perasaan aku yang disebabkan oleh kata-kata negatif dari keluarga aku ni tadi. Macam aku cakap, dorang buat confidence diri aku berada kat tahap paling rendah.
Aku boleh je buat kerja-kerja rumah macam kemas rumah, basuh pinggan, lipat baju, apa semua tu. Aku suka buat kerja-kerja rumah. Dah macam hobi aku. Tapi skill memasak aku memang kurang. Masak benda-benda basic aku tahu la. Step-step memasak tu aku boleh fikir logik la. Contohnya bahan mana nak kena masuk dulu dalam kuali, bahan mana nak kena tumis dulu. Cuma ilmu tentang resepi-resepi je yang aku tak berapa mahir. Tapi aku percaya dan yakin, kalau aku diajar masak, confirm aku boleh buat. Bukan nak bangga diri, tapi itu yang aku rasa. Sebab aku kenal diri aku. Aku ada minat untuk memasak, tapi tak ada siapa boleh ajar aku. Kadang-kadang bila aku cuba masak sesuatu mengikut resepi Google atau ikut resepi kawan aku contohnya, family aku akan cakap tak sedap. Padahal bagi aku rasanya dah ok dah.
Bukan takat cakap tak sedap, tapi dorang akan complain macam-macam sampai aku rasa teruk. Sumpah masakan aku tu tak teruk mana. Cuma citarasa dorang tak kena dengan masakan aku tu. Tak mencapai standard yang dorang nak. Kalau aku tak suka ikan goreng yang terlalu garing, dorang suka ikan goreng yang garing. Bila aku goreng ikan tapi tak garing, dorang akan kutuk aku, sakitkan hati aku dengan cakap aku tak pandai masak. Padahal garing atau tak garing tu bukannya satu kesalahan right? Itu pilihan masing-masing. Kutuk kalau sekali dua tak apa, tapi berkali-kali dan dorang buat benda tu macam satu perbincangan serius sepanjang makan. Dapat tak apa aku cuba sampaikan? Ok aku bagi contoh lain. Aku suka makan nasi goreng yang ada sayur, tapi bila aku letak sayur dorang terus cop benda tu sebagai tak sedap. Akhirnya masakan aku tu terbengkalai.
Dan dorang akan ungkit nasi goreng aku tu tak sedap hanya sebab sayur tu pada hari-hari lain juga. Boleh jadi bertahun-tahun dorang akan ungkit benda yang sama. Dorang tak nak terima yang citarasa manusia ni berbeza-beza. Yang dorang tahu, kalau kena dengan tekak dorang barulah sedap. Kalau beli makanan kat kedai-kedai pun, selalu dorang cakap makanan tu tak sedap rasa sampah. Padahal bila aku rasa okey je. Haa, dah faham belum apa aku cuba cakapkan ni? Tak sama tau belajar masak dengan orang dengan belajar masak melalui Google. So kalau korang ada mak yang sudi ajar korang memasak dengan ikhlas tanpa jemu, korang patut bersyukur. Tu salah satu nikmat yang Allah bagi dalam tak sedar. Kalau mak aku ajar aku, mesti dia asyik merendah-rendahkan aku depan adik-adik aku, selalu cakap aku tak boleh harap, bakal suami aku nanti rugi dapat isteri macam aku dan macam-macam lagi (padahal aku baru nak belajar dan dia jugak punca aku jadi macam ni).
Kadang-kadang tu bila aku buat salah sikit, dijeritnya aku sampai satu rumah boleh dengar suara dia, macam aku buat salah besar. Of course lah aku akan malu dengan seisi rumah lepas kena herdik macam tu. Tahu la anak sendiri, tapi aku sebagai anak pun ada maruah jugak tau. Jatuh la air muka aku dengan adik-adik aku. Terus semangat aku jatuh merudum. Mampu menangis dalam hati je la masa kena marah tu. Nanti-nanti masuk dalam bilik baru aku boleh menangis puas-puas. Kalau nangis depan-depan kena perli lagi, baik tak payah kan. Bila aku kena macam tu, aku jadi takut nak belajar masak, walaupun dalam hati aku teringin nak masak-masak, tolong mak aku apa semua. Jujur la aku cakap, kalau aku diberikan peluang untuk mintak satu benda yang pasti dimakbulkan, aku nak mintak untuk jadi pandai masak macam-macam benda.
Kalau Tuhan nak bagi aku bakal mak mertua yang tak kisah ajar aku memasak satu hari nanti pun aku akan bersyukur sangat. Aku janji aku akan gunakan ilmu memasak tu sebaiknya. Insyaa Allah, amin. Aku nak memasak, tapi tak ada siapa yang boleh ajar aku. Nak pergi kelas memasak pulak, duit tak ada. Aku kan tak kerja dan sekarang aku tengah tunggu masa untuk sambung Degree. Mak aku tak nak belikan barang-barang untuk aku belajar masak, sebab bagi dia kalau masakan aku tak jadi akan membazir. Lagi satu, kalau pergi kelas memasak pun, biasanya dorang akan ajar masakan-masakan barat atau bakar-bakar cake semua tu kan? Yang tu aku okey je kalau diberi peluang untuk belajar. Tapi aku nak jugak kebolehan memasak masakan Melayu. Senang cakap lauk-lauk yang kita biasa makan kat rumah dengan keluarga tu la. Bukan aku tak nak belajar masak kat rumah, tapi aku tak sanggup kena kecam. Mental aku tak kuat bila diejek, dimaki, dimalukan. Tambah-tambah lagi aku ada depression. Aku risau bertambah teruk.
Pada luarannya, aku nampak macam ceria dan kuat. Hakikatnya, aku lemah. Pahit getir seorang sulung jarang-jarang la kita dengar. Masyarakat kita ni obses dengan gelaran. Yang bongsu je yang diberi muka, yang disayang-sayang, yang dimanja-manja. Yang sulung ni tahu-tahu dah kena perfect, tahu-tahu dah kena matang. Stress tahu tak? Sulung ni pun manusia jugak. Sama macam si bongsu dan anak-anak lain. Kami ada perasaan jugak. Kami nak disayangi jugak. Kami perlu jugak belajar bila nak buat sesuatu benda. Walaupun kami sulung, kami tak dikurniakan dengan otak yang bijak azali sejak dalam rahim ibu lagi. Kami sama macam anak-anak lain yang memerlukan proses pembelajaran. Tolong faham. Maaf kalau korang rasa confession aku ni terlalu beremosi. Memang aku tengah emosi. Aku penat dengan mentaliti yang macam ni terhadap golongan sulung. Menyusahkan.
Mak ayah, kalau rasa tak mampu bagi kasih sayang yang adil dekat anak-anak yang ramai, tolonglah buat family planning. Buat anak tu biarlah berpada-pada, sesuai dengan kemampuan dan keupayaan. Bukannya buat anak ramai-ramai, tapi bela anak tu asal boleh sahaja. Merana anak-anak yang diabaikan tu. Bila korang tak mampu bagi makan pakai yang cukup, kasih sayang yang cukup, korang dah berlaku zalim sebenarnya dekat anak tu. Sedikit sebanyak, mental dorang mesti terganggu punya. Kesan dia boleh dilihat bila anak-anak tu dah besar nanti. Macam aku sekarang. Aku tak ada keyakinan diri disebabkan ni. Ingatlah, anak-anak itu AMANAH.
Antara kata-kata Doktor Rusyainie Ramli yang aku nak petik kat sini, kita sebagai manusia kena berikhtiar dengan ilmu yang betul dalam merancang keluarga. Jangan jadi makhluk yang tak guna akal fikiran, tenggelam dalam mitos yang mengarut dan merapu, tetapi masih bernafsu, lantas melahirkan seorang khalifah Allah yang kita sendiri tidak bersedia untuk menerima tanggungjawabnya. Setiap kali aku rasa down pasal ni, mesti aku teringat bait-bait kata doktor ni. Aku setuju apa dia cakapkan tu. Sangat setuju. Bagi aku, tak salah nak anak ramai-ramai, asalkan mampu galas tanggungjawab sebaiknya.
But then again, kun fayakun. Jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Kita manusia yang diberikan akal fikiran, rancanglah sebaiknya. Assalamualaikum WBT.
– Nadhirah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit