Luahan Hati Anak Sulung II

Untuk part I, (https://iiumc.com/luahan-anak-sulung-tentang-abah/).

Hai semua pembaca, terima kasih kerana sudi menunggu luahan aku part ke 2.. Macam lah ada yang tunggu kan?

Apa pun seperti yang dijanjikan dalam luahan yang pertama, kalau ia disiarkan akan aku cerita dengan lebih lanjut tentang konflik yang berlaku diantara aku dengan insan yang bergelar abah.

Sebelum aku cerita dengan lebih mendalam, aku ingin meminta maaf jika karya penulisan aku pada penkongsian yang pertama sedikit membosankan, almaklum lah kali pertama menulis.

Tanpa banyak nasi basi meh la kita mulakan cerita kita, pada luahan pertama aku ada bagi sedikit hint tentang kifarah bukan. Yaa kifarah yang aku terpaksa tanggung sepanjang hidup aku ekoran perbuatan abah aku sendiri.

Jujur sewaktu aku taip tentang ini mata aku bergenang mengingatkan kembali peristiwa hitam yang berlaku pada waktu itu.

Seingat aku kejadian berlaku sewaktu umur aku dalam linkungan 11 tahun. Ia berlaku dalam rumah keluarga aku sendiri dan disaat aku baru sahaja pulang dari kelas mengaji.

Pada waktu itu umi aku sibuk melayan pelanggan di kedai kami, aku berada di ruang tamu rumah. Untuk pengetahuan kedai umi aku sekali dengan rumah, kedai dekat bahagian bawah manakala rumah di bahagian atas.

Aku tengah berehat dekat ruang tamu semasa aku didatangi kawan baik abah aku, aku namakan dia Pakcik N.

Pakcik N dalam linkungan 60 tahun dan wajah dia berkerutu, dia ni agak terkenal kalau berubat orang secara tradisional.

Walaupun wajah dia begitu dan agak uzur aku tidak takut kepada dia kerana dia suka bagi aku nasihat bersandarkan ayat alquran.

Aku yang sedang leka bermain Barbie doll dihampiri Pakcik N, dia menawarkan untuk berubat dan berkongsi sedikit ilmu tentang menjaga diri bagi kaum perempuan.

Pada awalnya aku tidak berminat tapi aku tak ingat macam mana aku boleh terpancing dengan ajakan dia.

Yang aku ingat Pakcik N mula memegang d*d* aku dan meminta untuk aku membuka baju dalam yang aku pakai.

Aku walaupun berumur 11 tahun tapi tubuh aku agak berisi dan figura aku menonjol seperti remaja yang sudah bersekolah tingkatan walau pun masa itu aku baru darjah 5.

Dia juga mula memegang bahagian intim aku, aku mula merasa tidak selesa lalu menangis, kerana terkejut dengan reaksi yang aku berikan Pakcik N menghentikan perbuatannya.

Pada waktu kejadian aku masih ingat lagi aku memakai baju kurung berwarna ungu muda dan sehingga sekarang aku agak trauma untuk memakai baju dengan warna tersebut.

Berbalik kepada peristiwa tadi, selepas aku menangis, Pakcik N mula memujuk aku dan beredar meninggalkan aku sendiri di ruang tamu.

Umi dengan tiba-tiba muncul dan cuba menenangkan aku, aku mula menceritakan perbuatan Pakcik N ke atas aku, umi terdiam dan memeluk aku.

Umi memberitahu abah tentang kejadian yang terjadi, akan tetapi reaksi abah sangat bersahaja, dia dengan muka bengisnya mengatakan aku sekadar mereka-reka cerita dan aku hanya lapar perhatian sahaja.

Sejak kejadian itu, umi tidak akan membenarkan Pakcik N mendekati aku, jika dia melihat si tua tak guna itu muncul, dia akan cepat-cepat menyuruh aku untuk masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Aku pernah ceritakan di bahagian I yang aku mempunyai sepupu, dia banyak menolong aku sewaktu aku mula menjejakkan kaki di ibu kota.

Oleh kerana itu hubungan kami menjadi akrab dan tidak ubah seperti adik beradik kandung. Dipercepatkan kisah, sepupu aku meluahkan perkara yang amat menghancurkan hatiku sebagai seorang anak.

Sepupu ku mengatakan dia pernah dicabul oleh abah aku sendiri ketika usia dia 10 tahun.

Betapa remuknya hati dan jiwa aku disaat mengetahui kenyataan yang pahit ini bahwa abah aku sendiri merupakan pemangsa yang merosakkan insan tidak berdosa.

Aku berkali-kali meminta maaf dengan sepupu ku diatas dosa abah ku berbelas tahun yang dulu. Patut lah bila abah ku cuba untuk bercakap dengan sepupu ku aku melihat seakan dia tidak nyaman dengan keadaan itu.

Dan patutlah abah aku buat tidak endah sahaja bila umi memberitahu aku dicabul, rupanya dia pernah mencabul anak saudaranya sendiri.

Ya Tuhan aku terpaksa menanggung akibat dari dosa abah aku sendiri.

Kenapa aku yang harus merasakan sakitnya sedangkan abah masih boleh bersenang lenang di kampong. Tidakkah dia merasa bersalah dengan perbuatan hinanya itu?

Sudah lah aku dibayangi kejadian hitam itu ditambah lagi rasa bersalah terhadap sepupu ku diatas perbuatan terkutuk yang abah lakukan.

Aku anak seorang pemangsa akhirnya menjadi mangsa. Sampai sekarang aku tak mampu memaafkan perbuatan Abah dan Pakcik N dan aku pasti rasa benci ini akan aku bawa sampai aku mati.

Aku merahsiakan perbuatan abah dari pengetahuan umi kerana permintaan sepupu ku sendiri. Jika umi tahu aku tidak dapat bayangkan betapa hancurnya hati seorang wanita dan ibu.

Sebelum aku lupa Pakcik N sudah menghembuskan nafas terakhirnya ketika aku di tahun ke 2 di universiti.

Aku harap dia mendapat balasan di alam sana dan juga abah aku harap kau juga mendapat balasan diatas dosa kau kepada umi, anak saudara kau dan aku.

Aku takkan maafkan kau abah dan jika kelak kalau kau mati nanti aku bersumpah aku takkan mengeluarkan air mata setitik pun. Kau tidak tahu bagaimana seksanya menanggung trauma sepanjang hidup.

Kepada lelaki diluar sana jika kau ada niat atau cubaan mengambil kesempatan, ingatlah kau akan ada anak perempuan dan segala perbuatan jijik kau akan dibalas keatas anak kau pula.

Buktinya kisah aku ini nyata walau ia sekadar penulisan moga mampu dijadikan teladan buat semua di luar sana.

Rasanya cukup setakat ini aku menulis di sini, takdir memang pahit tetapi ia harus tetap dijalani sehingga sang pencipta menjemput pulang.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan dari perempuan yang tidak pernah kalian kenal ini, doakan aku supaya mampu berdamai dengan takdir hidup.

“ia bagaikan bayang-bayang yang setia mengekori ke mana sahaja aku pergi”

Salam sayang,

– Aili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *