Luahan Hati Boss

Aku baca tentang Confession of a boss dan tertarik untuk share.

Aku juga bos. Dan kalau Miss Boss gred 48 ketua kepada 40 org staf, aku pula gred 44 berumur 30 tahun, sudah berkahwin punya 2 cahaya mata. Aku bos kepada 70 orang staf. Dan bezanya di sini, aku lelaki dan hampir kesemua staf aku lelaki. Kami bekerja di sektor kerajaan.

Jadi bos sememangnya berat. Staf selalu kata tentang bos yg bergaji besar, untung dan cemburukan kami. Sedangkan mereka lupa, pangkat datang dengan tanggungjawab. Aku sebenarnya kecewa bekerja di tempat sekarang kerana terlalu banyak amanah yg diabaikan. Sebagai ketua, aku bertanggungjawab menegur dan menentukan amanah itu dilaksana malangnya susah untuk staf untuk faham.

Sebagai contoh, lewat thumb print dan lewat datang kerja. Pelbagai alasan diberikan dan sebagai bos, apabila ditegur (secara baik) staf akan tetap tarik muka dan mula bercerita di kedai kopi betapa buruknya bos. Kesalahan sendiri dia tak sedar. Di depan bos, semuanya ok. Takda masalah. Budaya mengipas, mengampu sebenarnya berlaku. Walaupun aku tak melayan golongan ini, tapi kadang termakan juga tanpa kita sedar. Aku ingatkan dia ikhlas tetapi ada udang disebalik batu. Sejak itu, aku dah boleh kenal perangai masing-masing dan cuba mengelak untuk dikipas.

Isu LNPT. Dalan sektor kerajaan, markah prestasi tahunan memang dinilai setiap tahun. Dan kebanyakan staf aku expect yg dia mesti diberi markah tinggi supaya senang untuk dinaikkan pangkat, kenaikan gaji tahunan biasa, peluang berkursus di luar negara dan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Malangnya, diri sendiri selalu pattern MC (MC setiap jumaat atau isnin), THTC (tidak hadir tanpa cuti) dan gagal siapkan tugasan pada masa yang diberikan. Patutkah bos memberi markah tinggi seterusnya melayakkan dia menerima APC? Kadang timbul isu, ini periuk nasik dan kita sama-sama kerja kerajaan makan gaji, tak patut kalau bos beri markah rendah kepada staf. Jadinya, bos kena bagi markah tinggi hanya kerana nak jaga periuk nasi staf sedangkan dia memang tak layak dan disiplin mengecewakan. Macam mana kami nak jawab dihadapan Allah nanti? Sedangkan kami sendiri dinilai oleh bos atas yang lebih tegas. Kadang aku sendiri menutup keburukan staf dan cover mereka yang bermasalah kerana tak mahu isu berpanjangan dan diambil tindakan tatatertib.

Sorry to say, walaupun bukan semua tetapi aku rasa ramai pekerja kerajaan ni rasa dia menongkat langit. Tak boleh ditegur dan dibuang kerja. Hak dia untuk kerja sampai pencen, datang lewat dan suka hati nak datang kerja atau buat tugasan. Sedangkan ramai lagi bakat diluar sana yang bagus tetapi tak berpeluang. Kalau cakap pasal rezeki, memanglah itu rezeki masing-masing tetapi ini soal amanah.

Kalau tak amanah dengan kerja, hujung bulan mengadu gaji tak cukup, naik turun Bank Rakyat, pujuk rayu bos minta tandatangan walaupun gaji dah cecah komitmen 60%, end up bos yang kena panggil dengan tatatertib sebab meluluskan juga permohonan. Bila dihantar nama staf ke AKPK untuk kaunseling dan dibantu, mulalah dikata belakang macam-macam sedangkan bos niat untuk membantu golongan bermasalah kewangan macam tu. Lelaki kalau mengumpat mengalahkan perempuan. Takan bos nak keluarkan duit poket sendiri untuk bantu staf isi minyak motor, bayar yuran sekolah dan beli susu anak. Dengan alasan, bos kena lah jaga kebajikan staf. Bos kan bos. Gaji bos besar. Habis tu, mana pergi gaji korang?

Dan itulah punca staf lewat datang kerja sebab buat kerja luar, THTC, mengantuk dan ada yang ambil bahan terlarang. Yang lebih menyedihkan, staf deal dengan vendor luar untuk dapatkan duit kopi. Dan masalah ini sangat serius.

Aku sedar, sebagai bos aku juga bukanlah menongkat langit tetapi hanya berpegang pada amanah. Itupun susah untuk staf bawahan faham.kalau masing-masing mainkan peranan, jalankan amanah kan senang.

Kesimpulannya, apa yang aku confess hari ni sebenarnya tak membantu aku untuk selesai kan pun masalah aku sebagai bos di tempat kerja sekarang. Sekadar luahan. Aku ada lagi 30 tahun untuk bekerja sekiranya umur panjang. Tapi aku harap semua orang yang membaca mengambil iktibar bahawa setiap orang yang bekerja tu ada amanah masing-masing. Tak perlu pertikai kerja orang lain, kita laksana tugas kita. Tak kira sektor kerajaan ataupun swasta. Kakitangan kerajaan apatah lagi memgang amanah rakyat Malaysia. Macam mana nak hadap soalan dikubur nanti kalau kita sendiri tak amanah dengan kerja.

Seorang pegawai tatatertib pernah tanya soalan kepada aku. Apakah maksud integriti?

Dan soalan yang dia sendiri jawab, integriti adalah perlakuan dimana kita buat sesuatu tu dengan amanah tak kira di depan atau di belakang orang. Samada orang tahu atau tidak. Kalau kaitkan dengan situasi sebagai seorang Islam, kita ada sikap integriti dengan Allah sebab kita tahu, Allah nampak apa yang kita buat walaupun orang lain tidak.

Bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seolah kita akan mati esok.

Kerja adalah satu bentuk ibadat.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Mr Boss

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *