Luahan Hati Graduate Master

Salam 1 Malaysia. Aku dah lama graduate master, beberapa tahun yang lepas.. dah kerja macam-macam kerja, dari kerja yang gaji 400 sebulan sampailah 900 sebulan. Maklumlah keje di kampung apalah sangat.

Dah cuba apply banyak kerja swasta dalam bidang sendiri, banyak juga yang panggil interview.. tapi bila mereka tahu aku ada master, mereka cakap aku layak kerja yang lebih helok.. disebabkan aku overqualified, maka aku tak diterima bekerja.. macam gampang kan alasan?

Nak kata interview tak bagus, interviewer so far semua puji aku bagus.. aku speak english masa interview dan sangat well prepared… tapi hanya disebabkan overqualified, aku tak diterima.. padahal gaji aku dah letak level diploma je.. bawah 2k aku demand, tapi still tak laku..

Dulu pun aku pernah kena situasi camni.. Dulu pernah dapat interview maktab untuk program pelajar cemerlang ke luar negara.. tapi masa interview, interviewer cakap aku terlalu excellent untuk jadi cikgu, alasannya sebab spm aku straight As dan masa group debate tu aku perform.. dia suruh aku apply medic.. masalahnya aku tak minat medic.. sudahnya yang lulus interview tu ramai yang spm 6A 7A je..

Aku jadi stress.. jadi tak pandai, susah.. jadi terlebih pandai pun susah.. sebab majikan takut nak hire kita..

Aku bukannya takde work experience langsung.. aku banyak buat kerja part time sambil belajar.. dari zaman diploma lagi aku dah start buat part time job kat fast food restaurant & lain lain kerja sampailah master.. macam-macam kerja aku pernah buat.. resume aku tu penuh pengalaman kerja.. cuma sayangnya semuanya part time, takde full time.

Kenapa aku sambung study sampai master? Yes sebab aku memang minat belajar. Aku suka meneroka ilmu dan aku jenis yang ketagih untuk study.

Kau bayangkan sistem filing untuk hard copy & soft copy nota2 study aku dari zaman diploma sampai master semua tersusun rapi dengan sistematiknya.

Aku dah susun by chapter dalam bentuk mind map yang aku sendiri buat supaya mudah faham. Aku rasa nota-nota tu semua aku dah boleh bukukan dan store dalam library sendiri. Bagi aku tu semua adalah masterpiece aku, so biarlah aku simpan untuk anak cucu cicit aku.

Walaupun aku pemegang ijazah sarjana blablabla (rahsia nanti kantoi sape aku haha) tapi aku rasa macam dah ada banyak degree. Ok sori puji diri sendiri haha tapi just nak gitau, betapa aku suka explore ilmu bidang lain. Aku punya tamak nak belajar sampai aku teringin nak ada banyak master dalam pelbagai bidang sebab kan aku dah cakap, aku suka explore new knowledge.

Aku banyak belajar bahasa asing di youtube, aku join online class di Alison courses., aku dokumenkan ilmu bidang lain yang aku belajar through google, oh yeah it’s not just google tapi google scholars k (siap dengan reference & scientific papers yang aku refer).. to sum up, aku rasa macam aku dah ada more than 10 degrees.

Aku boleh buat kerja2 engineering, sebab aku pernah kerja jadi drafter guna autocad.. aku lukis plan machine kilang.. tapi aku bukan dak engineering..

Aku boleh jadi graphic designer..aku banyak buat part time ambik upah design logo, posters.. and sikit2 buat illustration guna AI & drawing software.. tapi aku bukan lulusan graphic design pun.

Aku ada buat kerja2 secretary dan pernah kerja sebagai secretary di sebuah company guna lulusan spm je.. tapi pengalaman yang aku dapat, selevel dengan dak2 degree in secretary.. Aku tak perlu ambik professional exam icsa pun sebab that experience & knowledge aku dah grab dan explore sendiri..

Aku boleh jadi technician jugak dan berpengalaman baiki handphone & laptop rosak.. dan aku tak perlu belajar bahagian IT dan technician untuk pandai ni sebab aku explore sendiri semua.

Aku takde degree in art tapi aku tahu seni2 batik dan pernah join art exhibition.. aku pun minat melukis dan ada hasilkan karya sendiri.. but my art more into abstract drawing la.

Aku tak belajar music but aku pandai main beberapa instrumen.. not that professional tapi bolehlah..

Aku bukanlah degree in pharmacy tapi aku tau nama scientific ubat ubatan dan nama brand dia semua.. sebab aku pernah kerja jadi pembantu farmasi.. aku suka bertanya jadi aku banyak belajar tentang farmasi dari certified pharmacyst.

Dan aku tau jugak medical terms sebab ex aku dulu medical doctor hehe so dia banyak share pasal life dia dan apa yang dia belajar. So yeahh.. tau la sikit2.. kalau doktor bersembang sesama doktor tu aku boleh faham term2 korang.

Tapi adakah pengalaman aku tu semua dan knowledge aku tu semua memberi kelebihan kepada aku? TIDAK kawan-kawan. Aku ingat kelebihan aku boleh beri advantage untuk aku tapi sayangnya tiada berguna sebab aku overqualified for everything.

Dulu yes aku belajar tinggi sebab sukakan ilmu tapi bila dah kerja pun susah nak dapat, kerja pun cikai-cikai je sekarang.. banyak part time dari full time.. full time pun kerja fast food restaurant je (kerja yang senang dapat).

Memikirkan bebanan kerja dengan gaji yang tak seberapa (gaji pun lebih kurang je dengan budak2 spm).. dengan hutang PTPTN dari diploma sampai master yang menggunung, kau rasa adakah aku sekarang masih ada niat untuk sambung phd? Tidak kawan2.

Disebabkan isu duit, aku rasa menyesal sambung belajar tinggi2. Disebabkan duit, aku menyesal tak terus kerja lepas spm dulu.

Kawan2 aku yang tak sambung belajar lepas spm semua dah ada kerja yang stabil. Semua dah berkerjaya dan ada family sendiri. Aku? Masih cuba untuk survive. Duit gaji pun cukup makan je hidup di bandar besar. Hutang ptptn pun boleh buat aku sakit kepala memikirkannya. Sekarang aku hidup just untuk cari duit je.

Dulu yes aku belajar bukan untuk kerja. Tapi realitinya memang semua benda kena fikir untuk duit. Semua benda perlukan duit. Tambah pula sekarang aku sesak. Kalau tak cukup duit, mulalah nak meminjam sana sini.

Aku dah apply macam2 kerja, dari swasta ke gov. Gov tu takyah cakap lah. Asyik tak melepasi syarat je. Memanjang tak melepasi syarat. Kerja bidang aku sendiri pun tak melepasi syarat padahal pointer aku first class. Mungkin dia nak lulusan phd kot baru melepasi syarat. Sudahnya aku sendiri pun taktahu kerja apa yang aku boleh berharap dari SPA.

Ada satu je pernah melepasi syarat, kerja PTD tapi yang bodohnya PTD ni ialah masa online exam tiba2 aku tak boleh login sebab server dia hang. Pastu bila request nak repeat exam (sebab dia ada exam ulangan untuk yang takleh login) tapi yang b0dohnya orang yang takleh login tak dapat repeat tapi yang boleh jawab exam pulak ramai yang dapat repeat.

B0doh gila kan sistem exam SPA ni? Memang aku memanjang je rasa nak maki SPA. Sistem tak pernah improve. Memang mintak maki. Pergi mampuslah PTD yang baru2 ni dak2 repeat exam je ramai. Dua kali ambik exam yang sama pastu dia ambik markah tertinggi. Kau rasa? Kesian geng macam aku ni, langsung takde peluang nak jawab exam online tu gara2 server b0doh.

Ada master pun tak guna. Mintak SPA guna result diploma pun still semua tak melepasi syarat padahal result aku bagus. Apa yang SPA nak sebenarnya? Entah aku tak fahamlah.

Apply lecturer pun sudahnya tetap tak panggil2. Tambah2 pulak lecturer sekarang semua nak phd graduate je. Yang swasta pun sama.. Sudahnya dia hire kroni2 dia jugak jadi lecturer. Anak sedara dia, dua pupu dia, jiran dia.. memanglah aku yang takde connection dengan sesape ni takkan dapat keje kan.

Sekarang ni aku fikir pasal gaji je. Aku nak kejar gaji tinggi. Dapat 2k ke atas pun kira cukup bagus dah. Sekarang still bawah 2k. Duduk KL bawah 2K dengan lulusan master kau rasa aku mampu ke bayar hutang ptptn yang menggunung tu tiap bulan? Aku cuma nak survive. Tak kaya tak senang pun takpe janji aku survive..

Sekarang ni no money no talk. Aku dah tua umur dah 30 tahun next year. Aku dah banyak sia-siakan usia aku untuk belajar padahal belajar tu tak memanfaatkan aku pun. Kawan2 aku yang ada phd pun ramai menganggur sampai sekarang. Sudahnya diorang pun kerja fast food restaurant macam aku. Ada yang jadi grab rider, food panda rider..

Oh ye kalau pergi order Kfc ke mcd ke pizza hut ke, jangan pandang rendah kat cashier2 tu ye. Ada antara diorang tu phd graduates tau cuma diorang rahsiakan phd diorang sebab tak laku. Kalau ada abang rider grab food hantar makanan kat korang tu, bagi la tips sikit. Diorang tu mungkin lulusan phd yang takde keje..

Let’s be real. Belajar tinggi2 pun tak guna if degree kau tak de demand. Universiti sekarang makes money dude. Diorang nak meramaikan student to improve their ranking, but they dont even care if your degree is laku or tak after graduate. Yang penting is how many graduates they can produce each year.

Let’s be real again. Lecturer semua mulut manis. Nanti after degree boleh kerja itu ini. Tapi realitinya kerja zaman sekarang terlalu terhad dan mostly hire staff guna kabel. Takde kabel susah mau survive. Aku bercakap dari realiti dan pengalaman k.

Kabel atau nama lainnya : NETWORKING. HR akan hire kroni-kroni dia dulu dari orang asing yang dia sendiri tak kenal sape, datang dari ceruk mana, entah elok ke tidak. One more kau kena pandai MANDARIN. Kerja aku banyak nak kena pandai mandarin, almost 90% nak pandai mandarin.

That’s why aku belajar bahasa. Sebab aku tahu betapa pentingnya mandarin. Walaupun kerja kat fastfood pun still kena pandai mandarin sebab aku dah banyak dapat customer cina tak reti cakap melayu and english. Only mandarin…

Yeah aku dah bosan dan muak dengan orang yang cakap BELUM REZEKI.. yeah aku tahu itu semua kuasa Allah.. Tapi kalau kerja yang kau patut dapat kena sailang dengan orang lain yang rampas kerja kau guna kabel.. kau rasa?

Let’s be real again. Kita boleh rancang macam-macam, since belajar kita dah berangan nak jadi itu ini but let’s be real.. only 40% of your dreams will come true.. the rest will only be dreams forever..

At the end kita kena terima hakikat yang hidup tak selalu indah.. dalam dunia ni ada yang sentiasa bernasib baik, ada yang sentiasa bernasib malang…ada yang kejap ups kejap down.. ada yang semakin improve life dia dan ada yang totally change 360 after accident happen in their life..

Let’s be real again. Allah uji kita ikut kemampuan kita. Allah beri sesuatu bersebab. Allah uji untuk tambah iman kita. Now I’m fighting with my fate and try to correct my destiny.. aku tahu Allah dah aturkan jalan cerita kita dari alam rahim lagi tapi aku percaya I have the power to make it better.

Last but not least. Tolong suggest aku kerja kosong kat company korang jika ada. I desperately need a stable job right now. Aku pun nak kahwin nak ada family. Rasa loser nye bila umur 30 masih belum ada stable job dan belum settle down. Thanks in advance kepada korang yang offer kerja. Tolong komen kerja2 yang korang boleh jadi kabel aku ya haha. Jangan offer kerja yang tah pape pulak. Skim MLM boleh gi mampos.

Tolong bagi komen murni sahaja. Abam meluahkan perasaan masa tengah stress pasal duit, itu pasal ayat beremosi sikit. Ni pun tengah fikir mana nak cekau duit untuk makan esok lusa tulat sebab duit tengah pokai. Lainlah kalau kau nak hulur duit kat abam. Boleh abam selit nombor akaun bank abam kat komen.. Sekian.

– Mahmud Mangkat Dijulang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sgt paham apa yg awak lalui… I am a PhD holder, jobless… Puas mintak kerja sana sini.. Skrg umur dah cecah 40..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *