Luahan Hati Isteri

Assalamualaikum. Terima kasih jika luahan ini diterbitkan. Maaf jika apa yang ditaip ini agak bercelaru, harap semua dapat faham luahan ini.

Sedikit pengenalan, saya dikenali sebagai JJ (JeyJey), seorang isteri yang berkerjaya, usia perkahwinan menjejaki tahun ke-7. Berusia awal 30-an. Menjaga kehormatan diri, mementingkan kesopanan dan kesusilaan, ada background agama yang baik, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan serta BMI normal.

Sebelum itu, disebabkan ini luahan dari hati, mohon maaf jika ada yang kurang selesa bila saya membahasakan diri sebagai ‘aku’.

Di usia ini, hidupku boleh dikatakan serba-serbi cukup walaupun sederhana dan aku ini orangnya agak simple. Aku berkahwin dengan pilihan hati.

Sejak berkenalan sampai sekarang perangai suami sama saja, tak pernah berubah. Pokoknya sebelum kahwin pun bercinta dan kami sambung bercinta lepas kahwin juga.

Suami juga seorang yang menjaga diri, jaga ikhtilat, rutin ke masjid setiap hari, faham agama, membimbing aku dengan baik, bersukan, positif.

Kami jarang berahsia, bila-bila masa pun boleh akses handphone masing-masing, kalau dia buat hal pun, di tempat kerjanya ada banyak mata-mata aku. Tapi setakat sekarang rekod dia baik.

Berkenaan keperluan, suami sediakan lengkap semampu dia. Aku ni dari keluarga yang susah, apa-apa aku dah terbiasa usahakan sendiri, jarang sangat aku meminta-minta,

Yelah aku kan kerja ada duit sendiri, kalau tak cukup aku akan top-up sendiri, walaupun dia akan ganti balik selalunya aku halalkan je. Hubungan dengan keluarga mertua juga baik, setakat sekarang Alhamdulillah baik-baik sahaja.

Bagi aku, sejak kahwin ni, memang betul-betul dapat peneman hidup. Semua benda kami buat sama-sama, makan, tidur, ada waktu solat sama-sama, sama-sama lipat kain, sama-sama sidai kain, dan lain-lain, memang kalau di rumah ja mesti berkepit jelah kerjanya. Masih berdating macam mula-mula kahwin.

Selain itu, kami sering jugak berbincang dan wujudkan komunikasi dua hala. Dia pulak memang jenis yang selalu bantu dalam buat kerja rumah serta ringan tulang. Disebabkan aku mendapat princess treatment, dan hasilnya aku juga merajakannya.

Alhamdulillah atas nikmat bahagia ini. Tapi ujian aku apa? Mesti semua dapat teka. Ya! Ujian aku ialah zuriat.

Nak dikatakan rezeki tu, orang-orang sekeliling aku semua jenis yang menjaga hati penuh common sense lah, jarang dengar soalan tentang zuriat, kalau ada pun kebanyakan yang mendoakan. Tiada pun yang nak menjatuhkan atau perli-perli. Mertua pun begitu. Alhamdulillah.

Cerita tentang ikhtiar itu, aku pernah pergi berurut, perubatan Islam, jumpa doktor. Bahkan sejak aku mula-mula datang haid, hingga sekarang haid aku teratur, kalau lewat pun 2 @ 3 hari sahaja. Alhamdulillah aku sihat. Suami pun sihat. Side in-law lebih ramai anak buah berbanding side aku.

Aku rasa kalau aku cerita yang seterusnya ini, macam mengaibkan tapi aku anggap mungkin dari sini akan ada yang boleh tinggalkan komen-komen yang memberi solusi.

Sebenarnya zuriat itu bukan ujiannya. Tapi ia adalah soal kelambu. Malunya nak cerita. Jujurnya, aku pernah melalui hal yang mengerikan di masa kecil dan ia memberi efek ketika kami bersama. Aku datang dari circle orang-orang beragama yang tidak terbuka untuk berbicara soal kelambu.

Jadi aku masuk ke alam perkahwinan dengan 0 pengetahuan tentang itu, bukan setakat itu malah diiring trauma masa kecil pula. Setelah berbulan-bulan mencuba, akhirnya dengan izin suami, aku cuba meminta tips dari kawan-kawan yang dipercayai.

Alhamdulillah ada peningkatan, seiring masa berlalu, aku mampu mengatasi rasa trauma itu. Aku juga meluaskan pembacaan aku tentang hal-hal kelambu melalui internet. Dan suami mula memberi feedback positif akan apa yang aku ‘beri’.

Kini aku mula merasakan manisnya semakin kurang, mungkin inilah seiringnya berlalu waktu. Sejak pertama kali bersama hingga sekarang, aku belum pernah merasa apa itu ‘kemuncak’. Aku sudah banyak kali membaca tentang ‘kemuncak’, dan aku yakin aku belum pernah merasainya.

Awalnya kawan aku kata, tak semua orang diciptakan dengan wujud rasa kemuncak itu. Tak semua orang dapat merasainya, jadi ini perkara normal. Aku pernah berbincang dengan suami soal kemuncak dan suami juga mengatakan hal yang sama.

Sejak itu, aku fikir perbuatan ‘bersama’ ialah perbuatan yang isteri perlu penuhi bahagian suami sahaja, bukan tentang memenuhi bahagian kedua-duanya. Like mengandung, itukan tugas isteri. Jadi aku fikir bersama juga adalah tugas isteri.

Lama-lama, aku mula rasa tak adilnya, aku berusaha, suami enjoy, tapi kedua-duanya kena mandi wajib. Faham tak apa yang aku nak sampaikan ni, nak luahkan lebih-lebih aku malu. Jadi apa benefit-nya untuk aku. Kan?

Perkara ini aku suarakan lagi, sejak itu aku nampak dia berusaha tunaikan permintaan aku, tapi tetap tak berjaya. Bukan dia tak pandai, dia berusaha keras tapi aku pun tak faham dengan diri aku kenapa aku tak sampai-sampai pun.

Setiap kali bersama, dia akan mengutamakan aku dahulu, bertanyakan pendapat aku, memperlakukan aku dengan lembut, bila aku nampak dia mula banyak mengeluarkan tenaga sebab lama sangat, aku mula rasa kasihan dan dengan terpaksa aku pun memulakan part aku, aku paling takut dia mula turn off di tengah jalan dan aku malu dengan diri aku, mungkin aku ni nafsu kuda.

Banyak cara juga kami sama-sama berusaha menghangatkan lagi malam kami, macam-macam cara aku cuba godanya, padanya dia tergoda dan aku sentiasa menarik di matanya, bila di depannya aku sentiasa menjaga penampilan aku, bersolek serta mengenakan pakaian yang bagus. Tapi entahlah kenapa aku tetap tiada hasilnya.

Setelah bertahun-tahun melayari alam rumah tangga, aku mula menipunya dengan membuat kemuncak palsu, supaya suami rasa seronok untuk melakukannya. Aku terpaksa jika tidak, mungkin dia langsung tidak mahu lagi untuk bersama.

Jujurnya sejak berkahwin, hanya aku sahaja yang selalu mengajaknya. Jika harapkan dia, 1 bulan sekali sahaja pun pernah.

Aku pernah berputus asa untuk mengajaknya, sudahlah aku ini jenis yang haid teratur, jadi dalam 1 bulan hanya ada 3 minggu sahaja masa yang aku subur, selalunya 1 bulan dapat bersama 2 kali sahaja. Paling banyak 4 kali, ini pun jarang-jarang sangat.

Bila minta, dia sering tolak, hanya hujung minggu sahaja yang mampu dia beri kerana alasan letih bekerja, ada masa hujung minggu juga dia tolak.

Lama-lama aku mula merasakan aku hanya susahkan dia, aku berusaha faham situasi dia. Aku mula melupakan keinginan aku. Level ini pun sudah stuck, apatah lagi soal zuriat. Lalu perbuatan bersama itu dijadikan hanya untuk mendapatkan zuriat sahaja bukan untuk memenuhi keperluan batin.

Selalunya orang kata perempuan sering inginkan belaian kasih sayang, lelaki pula ingin keperluan nafsunya dipenuhi. Sekarang sudah terbalik nampaknya.

Walaupun aku mula menerima hakikat penciptaan diri aku yang begini, aku terima yang hidup ini bukan tentang memenuhi kehendak aku seorang sahaja. Namun adakalanya, hati terdetik ingin merasakannya juga walau sekali bersama dengannya.

Maaf jika luahan ini panjang dan kurang difahami. Aku mengalu-alukan komen-komen yang membina. Aku tiada tempat untuk bercerita akan hal-hal ini. Mungkin di sini amat sesuai kerana di sini tiada yang kenal aku. Terima kasih atas kesudian memberi solusi.

– JJ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Baik rujuk klinik bahagian seksual.
    Lg 1 perkahwinan bkn sex semata2….

    Ko kena bersyukur dia x curang..layan ko mcm princess..berugama…

    Kdg x semua manusia diciptakan sempurna..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *