Assalammualaikum semua. Terima kasih jika confession aku disiarkan. Aku cuma nak meluahkan hati aku yang sesak dengan masalah yang tak pernah lari dari hidup aku.
Hidup aku bagaikan toxic. Kawan kawan yang toksik, yang mana suka tikam belakang aku dan jadikan aku pilihan terakhir diorang untuk berkawan.
Jika tiada kawan lain, barulah aku dicari. Kalau tak, memang sampai kesudah aku macam tunggul kayu. Sampaikan aku pernah dikutuk belakang oleh kawan baik aku sendiri. Yang aku percaya dari kecik.
Dia kutuk aku anak orang miskin, nak makan pun minta ihsan orang. Demi Allah, benda tu fitnah. Ya, aku anak orang susah aku mengaku tu. Tapi Alhamdulilah mak aku berkeja walaupun sebagai pencuci tandas. Cukup buat aku besar sampai sekarang..
Bukan itu je, family aku jugak boleh dikatakan toxic. Dari bapa yang pemalas penganggur dan jugak penagih. Ditambah abang yang pengotor pemalas nak kerja.
Mak aku sakit, alhamdullilah masih ada mak yang boleh dengar keluhan aku. Tapi mak sakit, takde kudrat nak buat kerja rumah sangat.
Akulah yang buat kerja rumah. Akulah yang basuh baju, kutip baju busuk dorang, sapu rumah, lap habuk. Dari A sampai Z aku yang buat sampaikan aku anggap benda tu beban.
Sikap dorang buat aku jadi tak ikhlas nak tolong keluarga sendiri hingga terdetik kat hati aku yang aku macam bela keluarga babi.
Ayah aku pemalas, hanya harapkan duit epf mak je. Bayangkan, RM5++ sebulan tu yang dikatakan cukup. Kepala hotak dia, RM5++ 2 hari kat tangan dia dah habis. Aku dah cukup sabar dengan semua ni. Aku cuma kesian dekat mak, dia takde langsung nafkah dari ayah.
Padahal itu semua duit titik peluh mak. Dia yang banyak sara aku dari bapak aku. Sedangkan bapak aku ketua keluarga tapi mak aku yang berkorban banyak sangat dari aku.
Dengan duit aku barulah mak merasa baju baru, tudung yang mak tak pernah dapat dari ayah. Dari kecik mak hanya pakai baju lama baju orang bagi.
Dulu mak pernah berjanji kat aku, yang dia nak berpisah dengan ayah selepas aku habis UPSR. Tapi hingga sekarang mak tak tunaikan janji dia.
Alasan mak, nak bercerai susah, banyak pakai duit, kena naik turun mahkamah. Asal aku cakap pasal ni, kami akan gaduh. Aku benci dengan hidup aku. Aku penat. Aku penat sangat.
Aku berkorban banyak kat keluarga ni. Aku tak pergi sambung belajar untuk keluarga ni. Aku lenyapkan impian aku semua sebab keluarga ni.
Tapi keluarga ni layan aku macam sampah. Yang tahu hujung bulan minta aku duit. Mintak mintak. Sampaikan hari gaji aku, malam aku keluar je dari pintu tempat kerja tercongok bapak aku nak duit.
Aku rasa benci. Aku nak lari. Lari dengan mak aku tanpa ada apa apa hubungan dengan bapak aku. Aku nak hidup dengan mak. Aku malu ada bapak macam dia. Aku benci dia. Aku dendam dengan bapak aku sendiri. Pernah dia pijak kepala aku sebab aku nak pergi sekolah.
Aku nak ke sekolah sebab aku nak belajar, tapi dia tak bagi aku pegi sebab takde duit. Dia tak kasi aku ke sekolah sebab dia kata aku sekolah pon bodoh. Tapi aku bangkit aku ambik ayat dia jadikan semangat aku nak belajar. Malangnya, aku tak pergi sambung belajar sebab keluarga ni.
Ayah aku dah tua, demi Allah dari aku kecik sampai lah anak teruna boleh masuk minang ni, aku tak pernah nampak ayah solat. Tak pernah nampak ayah pegang al quran.
Bukak ceramah hari2 tapi dengan niat aku dgr. Ceramah yang dibukak jangan kedekut dengan ibu bapa, rezeki akan sempit. Kepala bana. habehtu nafkah mak aku?? Kau pukul mak aku?? Diri sendiri tak betul, nak betulkan orang.
Disebabkan masalah yang aku tanggung, aku ada masalah dengan diri sendiri. Dah banyak kali aku cuba bunuh diri. Tangan aku sekarang penuh dengan kesan torehan tangan.
Mesti korang akan kata yang aku tak cukup iman kan? Ya, aku dibesarkan dengan keluarga yang hina, maka terlahirlah aku yang jahil.
Sejak dua tahun lepas, aku cuba jadi hamba Allah yang beriman tapi tak istiqamah. Aku jadi tertanya tanya aku pertikaikan kenapa Allah buat aku macamni. Mana Allah saat aku perlukan dia. Astaghfirullahhalazim.
Alhamdullilah lepas beban aku meluah kat sini. Maafkan aku jika terpanjang sangat. Kat sini aku nak pesan dekat semua ibu bapa yang suka bergaduh depan anak.
Hentikanlah, jangan biar anak merana. Jujur kata, dorang akan ingat sampai ke besar. Anak anak ni rezeki. Ingat yang kita akan tua, kita akan sakit. Siapa nak jaga kalau bukan anak anak? Kita mati siapa nak uruskan kalau bukan anak anak?
Terima Kasih.
– Honey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit