Luahan Hati Seorang Anak

Assalammualaikum kepada para pembaca,

Uswa bercerita kerana Uswa tak tahu nak cerita kepada siapa dah, tapi harap apa yang disampai ini mungkin menjadi satu pengajaran dan pembelajaran kepada pembaca.

Uswa anak perempuan yang ketiga dan membesar dalam keluarga yang sentiasa mendahulukan tentang keluarga, dari segi pembelajaran, makan minum, duit dsb. Tetapi apabila tentang agama, itu kekurangannya.

Uswa bersyukur sebab apa yang mengalakkan Uswa mendahulukan agama adalah kerana Uswa belajar di sekolah rendah agama sehingga lah sekarang.

Walau dimana mana pun tempat yang Uswa pergi, Allah akan jentikkan hati Uswa untuk menuntut ilmu agama walaupun hanya tengok media sosial.

Uswa sedih dengan keadaan keluarga Uswa, kerana ada yang tidak menjaga 5 waktu. Mahu satu hari satu waktu, tidaklah dikerjakan.

Uswa tak berputus asa, menasihati mereka, membuat ayat bacaan yang mudah untuk mereka berlatih membaca dan menghafal.

Sehingga lah satu masa Uswa letih, Uswa hampa dengan hasil yang Uswa buat untuk mereka, mereka hanyalah beria pada permulaan, akhirnya benda yang Uswa sediakan hanya menjadi perhiasan untuk dilihat dan ditinggalkan.

Uswa sedih dengan keadaan mereka, dan setiap hari Uswa menjadi saksi untuk kerja harian mereka lakukan tanpa berfikir mengenai tanggungjawab sebagai hamba tuhan.

Sampai satu hari Uswa benci nak tengok muka mereka, apabila mereka membaca doa makan pun, Uswa rasa benci kerana menyangka mereka hanya bertopengkan manusia untuk mensyukuri nikmat yang sementara tapi kau akan lupa.

Yang menambahkan putus asa Uswa untuk menolong mereka apabila mereka mengejar dunia iaitu DUIT. Apabila mereka tiada duit, semua benda menjadi serba kekurangan dan orang lain yang dimarah. Sehingga kan Uswa juga menjadi mangsa.

Uswa pernah aje marah, tapi tidak kesampaian. Kerana fikiran untuk menjaga hubungan kekeluargaan dan hormat terhadap orang yang lebih tua, Uswa menangis dan hanya mengadu kepada yang Maha Mendengar.

Ya Allah, aku bukanlah makhluk yang diciptakan yang mampu mengubah hidup seseorang. Dengan keadaan yang aku lalui, aku akui sukar menjalani hidup ini sehinggakan berputus asa untuk membantu mereka yang aku sayangi.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menjalani kehidupan ini dan jauhilah aku dari membenci keluarga ku.

Aku tak sanggup melihat mereka dengan keadaan begini dan bantu ku Ya Allah, dan bantu mereka untuk segera sedar dan segera bertaubat kepada mu, Ya Allah sebelum tiba nya ajal atau sebelum terbit matahari di belah barat.

Pada mulanya Uswa berputus asa disebabkan hasil kerja Uswa dibuang begitu sahaja oleh mereka. Tapi sebenarnya sehingga sekarang Uswa tidak mengalah dan teruskan berdoa untuk mereka sehingga hujung ajal Uswa.

Uswa pernah membenci, sebenarnya bukanlah pada diri mereka tetapi pada sifat mereka. Kerana sifat mereka telah dipengaruhi oleh syaitan yang berjaya menjadikan mereka sebegitu.

Wahai para pembaca, Uswa memohon agar para pembaca membantu keadaan keluarga Uswa dengan mendoakan agar ahli keluarga Uswa dan individu didunia ini yang mengalami keadaan yang sama diberi peluang untuk segera bertaubat dan menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai hamba Allah sebelum ajal tiba.

Terima kasih kerana membaca. Semoga Uswa terus bersabar dengan ujian ini.

-Berdasarkan cerita kawan yang diluahkan kepada saya

– Uswatun Hasanah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *