Luahan Hati Seorang Anak Sulung

Assalamualaikum pembaca-pembaca semua..

Tujuan saya menghantar entri kat sini bukanlah hendak membuka pekung di dada tetapi saya sudah tak tahu nak bercerita dengan siapa.. sebab kalau nak cerita dengan orang yang dikenali takut mereka judge saya dan keluarga.

Saya merupakan anak sulung dari sekian keluarga. Biasalaa menjadi anak sulung memang berat tanggungjawabnya kan.

Saya happy je dengan life Saya. Hubungan kekeluargaan kami agak utuh. Cuma saya terkilan dengan sikap acuh tak acuh ayah serta adik-beradik saya mengenai ibadat solat.

Dari kecil saya memang nak ada suasana solat berjemaah. Bila tengok drama saya cemburu bila scene satu keluarga ni solat bersama-sama.

Sepanjang hidup di muka bumi ini, hanya 3-4 Kali dapat situasi ni. Bila saya tengok ayah saya angkat wuduk, saya excited tapi perkara ini berlaku seketika. Selepas itu, ayah saya tidak lagi menunaikan rukun Islam yang ke-2 itu sampai sekarang.

Pernah sekali saya tegur tetapi saya ditempelak dengan jawapan “ayah ni jahil sangat ke”.

Bab puasa pula ayah saya tak boleh nak buat sebab menghidapi diabetes. Itu saya faham sebab pernah sekali dia buat, dia mengalami hypo di tempat kerja.

Tetapi saya terkilan bab ibadat solat, ayah saya tak pernah buat selama saya dewasa ini. Ayah saya sentiasa je tengok ceramah. Bila ibu tanya, dia akan jawab nanti ayah da pencen, ayah nak pergi masjid tiap Kali solat fardhu.

Sikap acuh tak acuh ini, diikuti oleh adik-adik saya yang lain. Sudah puas saya nasihat dan bebel tapi masih di takuk yang sama.

Mereka balas tu ayah tak solat boleh pula. Mula-mula tu buat lepas tu tak. Solat semua nak kena ingat kalau tak, tak solat.

Bila masing-masing dah besar, mereka kata saya berlagak baik. Sumpah, tak pernah nak rasa diri ni baik. Saya yang solat ni pun, tak tahu sama ada solat saya ini diterima atau tidak. Kadang-kala, saya menangis supaya dibuka pintu hidayah mereka.

Perkara ini membuatkan saya khuatir untuk bernikah. Saya takut untuk membina keluarga sendiri kerana untuk membimbing adik2 sendiri pun saya gagal apatah lagi, kalau ada keluarga.

Saya selalu berdoa agar saya dipertemukan dengan seseorang yang dapat membimbing keluarga saya. Lelaki yang kuat amal ibadatnya, yang dapat menasihati ahi keluarga saya, yang boleh menerima keluarga saya.

Tetapi kadang-kala timbul perasaan segan kalau lelaki itu tahu situasi ini. Apa persepsi dia kalau tahu pasal hal ini.

Saya bukanlah seorang yang baik. Hanya seorang pendosa yang masih bertatih dalam mencari keredhaan Allah.

Saya hanya mahu keluarga saya menunaikan solat itu sahaja. Apa patut saya lakukan untuk buat mereka sedar bahawa solat itu sangat-sangat penting.

Puas saya menasihati tentang apa yang akan jadi kalau tak solat. Berdosa kan saya kalau terus membiarkan mereka alpa dengan dunia yang hanya sementara ini? Saya buntu.

– Gadis kecik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *