Assalamualaikum. Nama aku Sara, bukan nama sebenar.
Kisah ini aku kongsikan bukan lah untuk mengaibkan sesiapa hanyalah sekadar perkongsian dan luahan yang sekian lama menapak di kepala sejak kecik lagi.
Aku anak sulung dari 4 orang adik beradik. Awalnya aku buat tak endah dengan cara percakapan nenek pada kami adik beradik.
Nak kata kami semua ni pandai tidak juga nak kata terlalu bo*** pun tidak juga. Nak dikata terlalu pemalas pun tidak juga.
Boleh dikata apa saja yang ada pada kami berempat ada saja yang tidak kena di mata nenek dan akan menjadi bualan dia pada anak-anaknya yang lain (adik-beradik ibuku).
Semasa kecil kami pernah tinggal bersama-sama nenek disebabkan oleh ibu bekerja di sebuah kilang dan sudah tentunya akan bertukar-tukar shift.
Kami adik beradik happy sangat bila ibu balik dari kerja. Itu pada aku benda normal lah pada budak2 macam kami.
Tapi pandangan nenek pada kami ni lain, dia beranggapan kami semua nak mengadu pasal nenek pada ibu. Sedetik pun kami tak pernah bercerita apa-apa pun pasal nenek.
Selang beberapa bulan lahirlah sepupu aku which is anak kakak kepada ibu.
Ouh ya, kami adik beradik semua perempuan. Dan cucu yang baru lahir tu adalah cucu lelaki.
Nenek sayang sangat pada cucu dia ni sampaikan kalau tidak dibelikan apa yang dia nak, dia akan demam dan duduk di tempat tu sampai lah dia dapat apa yang mahu.
Beberapa tahun lepas sepupu kami dilahirkan, kami decide untuk pindah ke tempat lain. Dan masa tu juga nenek dah tak duduk dengan kami.
Dan Alhamdulillahhh semuanya dalam keadaan baik dalam beberapa tahun.
Perancangan dan dugaan Allah memang kita tidak dapat tolak. Kami diuji dengan ekonomi keluarga kami agak teruk ketika itu asbab orang tua kami terkena buatan orang.
Aku dan adik beradik yang masih kecil pada waktu tu hanya mampu menangis dan meminta tolong dengan nenek dan saudara mara yang lain untuk datang tengok2kan kami.
Nenek datang pada kami untuk lawat keadaan ibu dan ayah.
Tak lama selepas itu, kesihatan ibu beransur pulih dan pada kali itu kami diuji lagi dengan kesihatan ayah yang sama dugaannya dengan ibu.
Nenek rasa tak sanggup untuk tetap tinggal bersama kami pada ketika itu dan decide untuk balik semula ke kampungnya tanpa memberitahu kami semua.
Aku melihat nenek dari jendela sambil membawa beg bajunya dan pergi begitu saja. Bila ibu call nenek hanya cakap, “aku tak nak duduk dengan kamu semua, kamu semua ni gila”..
Allah saja yang tahu perasaan seorang anak bila ibu nya sendiri mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh mulut seorang ibu.
Tiga tahun berturut-turut kami diuji dengan kesihatan ibu ayah yang semakin merosot dan ekonomi keluarga kami agak teruk ketika itu.
Aku sebagai sulung tidak dapat berbuat apa2 kerana masih kecil pada ketika tu.
Selang 5 tahun kemudian kami berpindah ke negeri orang. Dan pada ketika itu kami sementara tinggal bersama makcik dan nenek sementara mencari rumah yang lain.
Aku fikirkan tiada lagi yang akan dengki dan tiada lagi yang akan busuk hati dek. Rupanya aku silap.
Kehadiran kami di rumah tu buatkan kami dikutuk dicerita di sana sini. Kami jadi bualan nenek dengan anak2 nya lain.
Sikap nenek yang begitu buatkan kami adik beradik kuat dan belajar bersungguh sungguh sehingga dapat keputusan yang cemerlang. Nenek selalu membanding bandingkan kami dengan cucu lelaki nya.
Setiap kali berjumpa dengan jiran2 ibarat kami semua ni tiada apa yang nak dibanggakan. Hanya yang dipuji dan disanjung adalah cucu lelakinya seorang saja.
Kami hiraukan benda tu semua dan buat tak tau saja. Mungkin sebab dah lali dengan perangai nenek yang selalu mebandingkan cucu perempuan dengan cucu lelaki.
Terkadang apa yang keluar dari mulut kita ini adalah satu doa ataupun akan terpalik juga pada kita satu hari nanti.
Dan betul, Allah tu maha adil, Allah beri semua yang nenek pernah cakap benda buruk pada kami terpalit pada cucu lelaki ya.
Tapi nenek masih tak serik and masih sayang sangat pada cucu lelaki nya tu walaupun dia tiada apa.
Setiap perkara baik yang kami beri tak pernah menjadi bualan nenek melainkan dia hanya bercerita pasal cucu lelakinya saja.
Tak cukup dengan membandingkan cucu, anak sendiri juga pun nak dibanding bandingkan.. mungin ada masalah hati rasanya.
Sebagai orang yang lebih tua aku rasa dia yang patut beri nasihat pada kita..
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit