Luahan Hati Seorang Ibu

Aku terbaca 1 confesion bertajuk ibubapa aku materialistic.

Dari situ aku tahu pemikiran orang single. Nak kawin cepat. Rasa terbeban dengan permintaan mak bapak.

Ini penilaian aku peribadi, bukan mewakili secara am ya. Jangan hentam aku, okay..

Membaca confesion itu membuat aku jadi terfikir…

Aku dah tua, ada anak perempuan 3 orang. Dengan adanya confesion itu, setidaknya memberi aku input macam mana pemikiran anak muda. Anak perempuan khususnya.

Maklumlah… aku dah tua, dah lupa macam mana cara berfikir orang2 muda ini.

Aku jadi merenung dan mengandaikan anak2 aku kelak akan cop aku materialistic macam tt tulis itu.

Aku takut dibenci atau dikata dekat belakang oleh anak2ku, sebab hidup aku sepenuhnya aku habiskan untuk rumah tangga dan anak2 aku.

Sedaya upaya aku dan suami berusaha membina keluarga harmoni dan bahagia. Boleh discuss face to face tanpa ada syak wasangka.

Keluarga aku kecil sahaja. 5 beranak.

Anak2ku adalah hartaku dan harta suamiku yang paling berharga.

Keluarga lain belah aku atau mentua, hidup masing2. Aku dan suami dari keluarga yang tak suka campur urusan saudara, hidup masing2 dan saling hormat.

Jangan risau, kami semua tak pernah bergaduh. Maybe kerana prinsip hidup yang tak nak campur terlalu jauh urusan masing2 dan sayang dengan berpadah2 itulah yang buatkan kami semua memang tak pernah gaduh atau ada drama mengata dekat belakang.

Ok berbalik pada kisah confesion tadi.

Itu pemikiran anak muda kan…

Mungkin aku dulu masa masih muda sama pemikiran seperti itu. Nak kawin cepat. Tak letak hantaran tinggi sebab yang utama adalah kesungguhan pasangan nak menikahi aku.

Pendek kata, aku percaya mula2 susah2 dahulu sama2 nanti bolehlah senang sama2. Menua bersama. Oh…indahnya dunia.

Tetapi, tahukah kamu wahai anak… dunia tak seindah itu. If kamu dapat takdir yang macam itu, alhamdulillah sujud syukur kami sebagi mak bapak ini.

Rasa kami sebagai mak bapak ini dah boleh mati dengan tenang. Tak kesah bila izrail nak cabut nyawa kami bila2 masa sahaja.

Tetapi Yang banyak kami tengok, justeru kesengsaraan. Pasangan yang mula2 hidup susah bersama, if dah naik senang lelaki kebanyakannya akan buat perangai. Mulai berani buat hal.

Kami takutkan itu terjadi kepadamu, wahai anak perempuan…

Belum lagi kes2 yang semakin berleluasa dimana lelaki lupa tanggung jawab dalam hal nafkah, sebab tengok istrinya mempunyai pendapatan juga.

Wahai anak perempuan, tahukah kamu bahwa masa kamu kecil kamu telah kami tatang kamu bagai minyak yang penuh.

Hati kami terhiris perih bila melihatmu menggalas tanggung jawab menafkahi rumahtanggamu, kerana nafkah rumah tangga adalah mutlak ditangan suami nak….

Sangat mendukakan hati kami apabila Kes2 kekerasan dalam rumah tangga yang semakin banyak melibatkan pasangan muda. Istri tetap bertahan dalam rumah tangga sebegitu kerana beberapa sebab.

Kerana dah ramai anak dan istri tak mempunyai pendapatan sendiri.

Kerana istri dari keluarga susah sehingga tak ada tempat bergantung selain suami, dan takut mak bapak akan terbebani. Kerana masih sayang (ini yang betul2 buat kami sebagai orang tua sangat meluat nak…).

Sumpah demi pemilik nyawa ini nak…kami takut itu akan menimpamu juga.

Siang malam dalam doa kami adalah supaya kamu tidak salah dalam memilih pasangan, hidup bahagia bersama pasanganmu dan terhindar dari hal2 sebegini.

Kami sebagai orang tua berdoa dalam senyap nak. Tanpa sepengetahuanmu.

Kami terlihat cerewet dalam menilai calon pasanganmu dan menetapkan nilai hantaran…bukan sebab saja2 nak menyusahkan kamu nak…

Kami hanya ingin memastikan bahwa kamu akan jatuh pada lelaki yang tepat. Lelaki yang menyayangimu melebihi kamu menyayanginya.

Lelaki yang akan tetap menggenggam eret tanganmu sampai ajal yang memisahkan. Lelaki yang bertanggung jawab padamu dunia akhirat.

Lelaki yang benar2 menyayangimu sepertimana ayahmu menyayangimu sedari kecil…

Apabila kamu dah besar, telah selamat kami besarkan dan didik sampai habis belajar di U dan mulai memasuki dunia kerja, kamu tahu apa yang kami inginkan nak?

Kami ingin kamu stabilkan dulu kerjayamu. Fokus pada kewanganmu.

Ambil masamu untuk dirimu sendiri untuk menerokai dunia dan melakukan hal2 seronok yang kamu idamkan semasa kecil yang kami tak dapat tunaikan kerana kekangan kewangan.

Kami tak ingin kamu cepat2 berumah tangga, bukan kerana kami mengongkongmu nak… Tetapi sebab kami terlalu menyayangimu.

Kami sebagai orang tua masak betul asam garam dunia rumah tangga. Begitu kamu memasuki alam rumah tangga, kaki kamu tak dapat berbalik kebelakang.

Nak tak nak, macam manapun kepayahanmu, kamu kena teruskan. Menggalas tanggung jawab sebagai istri.

Bahkan sebagai ibu jika kamu dah beranak pinak. Bukan mudah nak. Tanggung jawabmu akan semakin besar dan banyak. Masa untuk dirimu sendiri akan semakin berkurang.

Seboleh2nya kami sebagai orang tua mahukan kamu merasa alam singlemu sebahagia mungkin terlebih dahulu sebelum kamu memasuki alam double (berumah tangga).

Bab kewangan pula…

Terkadang kami ini bukan materialistic nak…

Mungkin ada diantara kami para orang tua ini yang tidak dikarunia kelapangan dan limpahan rezeki masa membesarkanmu.

Sehingga kami kena susah payah selama membesarkanmu untuk memberikan keselesaan hidup padamu.

Sehingga masa kami dah tua macam ini, dimana kamu telah berjaya maka kami memang mengharap bantuan kewangan darimu untuk kami boleh meneruskan kehidupan kami diusia senja kami ini.

Kos sara hidup yang semakin meningkat diusia kami yang semakin menuju penghujung, terkadang membuat kami tak mempunyai pilihan selain mengharap ehsan kamu, anak…

If tubuh badan kami masih muda dan kuat, sama masa kamu masih kecil2 dahulu tentunya kami akan dengan senang hati dan bebas mencari nafkah sendiri nak. Tanpa membebankanmu. Tanpa mengharap wang darimu.

Tubuh badan kami semakin tua, rapuh dan lemah…

Adakalanya masa2 ini bahasa kami kasar dan tak menepati cita rasamu. Mengguris hatimu, sehingga kamu sebagai anak beranggapan kami para orang tua ini materialistic, tak memahamimu, terlalu mengongkong, pilih kasih, dan sebagainya…

Percayalah nak bahwa tak semua dari kami para orang tua adalah benar2 seperti itu.

Faktor usia dan kepenatan kami dalam tubuh yang semakin menua ini yang terkadang membuat silap dalam pemilihan ayat dan silap dalam bersikap.

Disisa2 usia ini, Kami hanya ingin kamu sebagai anak2 kami boleh melewati hidup bersama pasangan yang tepat dengan bahagia.

Hidup aman damai.

Jika kamu terluka, maka Kelukaan yang kamu alami, sesungguhnya sangat menghancurkan hati kami. Menghiris hati kami.

Meluluhlantakkan hati kami. Kesedihan yang tak terperi.

Kami akan tetap tersenyum didepanmu, sebab kami tak nak kamu semakin bersedih. Kami nak kamu merasa selamat dan nyaman dalam pelukan kami, walau tangan kami telahpun berkedut dimakan usia.

Akhir kata… Kami sebagai orang tua sangat menyayangimu nak…

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *