Luahan Hati Seorang Isteri

Salam dan hai semua. Aku seorang isteri dan seorang ibu kepada seorang anak yang comel.

Aku cuma nak meluah. Sakit rasanya pendam sendirian since aku seorang yang simpan sendiri masalah. Sebelum ni ok dan sentiasa rasa akan ok tapi rupanya makan diri.

Aku tak bekerja hampir 2 tahun sebab jaga anak warded icu. Punca diserang sawan ketika di rumah pengasuh. Luluh hati bila suami call cerita keadaan anak.

Lagi hancur hati bila dengar rupanya anak hampir meninggal (dah takde nafas masa tiba di klinik berhampiran) tapi Allah bagi kami peluang kedua.

Alhamdulillah anak sekarang sihat walafiat kecuali mata sedikit juling/lazy eyes disebabkan pendarahan dalam kepala tempoh hari.

Since aku fully jaga dia sampai sekarang, anak aku tersangatlah clingy. Pendek kata tiada perkataan rehat dalam hidup aku. Even tengah solat pun dia akan merengek. Kalau mood ok, dia akan duduk sebelah.

Aku ok, sayang sangat anak tapi kadang2 hati memberontak. Penat sebab aku seorang yang aktif, tak boleh duduk dekat rumah untuk jangka masa lama. Kena keluar ambil angin.

Tapi tu lah aku tak berani nak keluar berdua dengan anak. Ramai orang gila sekarang. Suami tak suka berjalan.

Suami kerja. Boleh dikatakan gaji sekarang memang cukup cukup makan. Tak boleh nak makan luar, tak boleh nak order, even nak berjalan pun sentiasa kena cek balance.

Aku cemburu tengok orang keluar berjalan cari makanan sedap sedap. Aku? Stress ke penat ke tak boleh buat semua tu. Hadap je lah si kecik sorang tu.

Jangan cakap “sepatutnya kau bersyukur ada anak buat hilang stress, orang lain ramai lagi tak dapat benda tu”.

Ye, first thing first is aku bersyukur sangat. Tapi tulah, dugaan orang lain lain ye tak? Sakit hati betul dengar ayat tu.

Suami aku suka bagi ayat “bersyukur k awak boleh jaga anak depan mata”.

Mula2 saya boleh terima tapi bila banyak kali, rasa macam menyampah. Anak clingy dengan aku tapi dia takde rasa nak pujuk anak duk dengan dia. Tolonglah bagi bini kau rehat. Balik kerja, main dengan anak kejap then hadap game dekat pc.

Kadang2 bila dia stress, dia akan marah kitorang. Marah bukan fizikal tapi sekadar mulut sahaja. Bila aku tegur/ lawan balik, dia seolah-olah tersedar then diam.

Tapi yang paling aku tak suka dia suka buat alasan. Cakap stress, penat, etc.

Even hari cuti, anak atau aku kejut awal sikit (tidur balik lepas subuh) kadang dia mengungkit katanya kami kacau tidur dia.

Aku kejut bukan saja saja tapi sebab nak masak. Anak aku jenis kalau mak dia takde dekat sebelah auto sedar ye. Nangis g cari aku dekat dapur ha. Macamana nak masak kalau macamtu? Nak dukung? Berat oii.

Masak satu hal. Dulu awal kahwin boleh je cakap dekat aku nak masak itu ini. Sekarang? Aku craving masakan dia tapi dia macam mengelak tak nak masak. Lagi rela makan maggi dari masak ye. Pastu tak kan aku nak suap anak aku megi?

Rumah tayah cakap lah memang sepah. Ada budak kecik memang sepah. Awal awal aku stress tengok rumah sepah. Kemas then sepah balik. Suami aku cakap biasaalah sepah mainan tu. Biar je.

So aku macam cool down biar je lah anak aku sepah. Kemas malam malam. Kemas n sapu tu pun aku jugak. Suami aku susah ye nak volunteer tolong. Kena suruh satu satu baru buat.

Tak tahu lah dia memang jenis senduk atau sengaja. Memang aku sakit hati. Rumah kena sapu hari hari sebab rambut gugur, habuk etc. tapi tu lah penat weh hari2 aku je buat. Dia takde rasa nak tolong aku ke?

Kalau sakit jangan harap lah nak rehat macam orang sakit rehat. Tetiba dia pun rasa tak sihat lah, tak sedap badanlah padahal balik kerja elok je, main game elok je.

Aku nak demam pun rasa tak best. Kena tunggu aku mati dulu kot baru boleh jaga anak tanpa aku.

Aku kadang2 fikir apa dosa aku sampai kena hadap benda ni. Nak mengadu takde mak ayah dah. Rindu mak ayah aku. Ada masalah boleh nak share atau meluah. Adik beradik masing2 ada keluarga sendiri. Aku takde tempat nak meluah.

Kadang tengok muka anak, mengalir air mata. Hari2 minta maaf dekat dia sebab tak dapat nak beli toys macam orang lain.

Kadang yang lagi aku sedih dan terasa hati, bila aku bagi tahu suami nak beli apa apa, first dia tanya aku balik duit dalam bank ada berapa? Aku tahu tak banyak tapi aku nak beli barang keperluan je. Aku takde duit.

Sorry panjang pulak meluah. Banyak lagi aku nak meluah tapi cukuplah. Lega rasanya boleh tulis panjang2.

Doakan aku dapat kerja tau. Tengah usaha cari kerja sekarang. Mana ada kosong bidang entry level semiconductor, boleh drop dekat komen, hehe.

Thank you sudi luang masa. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Aamiin.

– Bintangputih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *