Salam warga IIUM Confession. Aku menulis untuk meluahkan kekecewaan hati. Bukan untuk mengkritik suami atau keluarga suami.
Aku tak mampu untuk berkomunikasi secara berhadapan disebabkan sikap suami yang tak mampu berfikiran rasional dan cepat melenting jika aku bangkitkan isu ni.
Aku seorang isteri yang bekerja kilang. Berumur 30an. Aku baru bekerja semula setahun ni selepas hilang pekerjaan disebabkan pkp. Itupun dengan jumlah gaji yang cukup cukup makan.
Aku mencari redha, aku terpaksa ikat perut, kutip syiling sebab perbelanjaan keluarga asyik terkurang kerana suami melebihkan pemberian kepada keluarga dia.
Aku tak mampu membangkang sebab akan terjadi konflik. Suami aku berpendapat yang pemberian kepada ibu bapa patut diberi priority.
Isu aku ialah, bila bab pembayaran bil, komitmen, hutang, kami berkongsi. Tapi priority pemberian nafkah aku diketepikan.
Masa Aidilfitri lepas, hanya ibu bapa dia yang diberi duit raya, dan ibu bapa aku dia ketepikan. Perbelanjaan raya, guna duit bonus aku yang simpan.
Nasib aku bekerja, jadi dapat lah aku beri duit raya kepada parents sendiri.
Disebabkan dia beri duit raya dalam jumlah yang banyak, perbelanjaan bulan tu, aku yang terpaksa cover.
Kami tiada simpanan kerana aku kehilangan kerja selama 2 tahun dan hutang credit card.
Hutang credit card melambung sebab suami guna credit card untuk membeli barang untuk keluarga dia.
Hutang credit card pun, bila aku ada duit lebih aku akan tolong clearkan. Tapi tetap tak dihargai.
Aku makan hati, aku kecewa. Aku takut bercerai sebab takut malukan keluarga. Aku memendam rasa.
Masa mereka senang, kami tak dipandang, masa kami susah, my mother in law pernah tanya duit gaji belanja apa sampai pokai teruk (time tu gaji sikit, baru kahwin).
Tak pernah pun cuba bantu, padahal family aku yang banyak memberi. Aku buntu, aku sedih.
Aku sebenarnya tak redha bila suami tak adil. Tapi aku mencari redha. Patutkah aku exit this marriage?
– Seorang perempuan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit