Luahan Hati Seorang Mentua

Assalamualaikum.. Maaf saya tak pandai sangat menulis, orang dah berusia.

Saya M, berusia 65 tahun, baru pencen setelah lebih 30 tahun berkhidmat sebagai pegawai Kerajaan.

Saya sering terbaca di confession MIL selalu menjadi ‘pemangsa’ kepada menantu lebih lebih lagi menantu Perempuan.

Tapi sedar tak sedar MIL pun banyak sangat nak luahkan tapi apatah daya kami ini kalua luahkan nanti orang akan cakap nak hancur rumah tangga anak anak.

Menantu boleh mengadu macam macam cerita di FB, IG, Tiktok dan lain lagi platform medsos tetapi MIL ini hanya boleh butakan mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut sahaja.

Saya nak cerita perihal menantu saya. Saya ada dua menantu Perempuan dan seorang menantu lelaki. Saya just cerita mengenai dua menantu Perempuan saya.

Menantu Perempuan pertama Bernama A, sorang OKU tidak ada tangan sebelah disebabkan kemalangan ketika kecil dan menantu kedua Bernama B dan kedua menantu bekerja pegawai Kerajaan.

Menantu A walaupun orang Istimewa tetapi dia sangat rajin lemah lembut dan sangat pandai menjaga keluarga. Dia berkahwin dengan anak saya R dan si R ini seorang yang sedikit pemalas dan garang orangnya. Tetapi selepas berkahwin dengan A berubah sepenuhnya.

Bila saya ziarah, rumah dalam keadaan kemas teratur walaupun anak kecil tiga orang, 7 bulan, 2 tahun dan 5 tahun. A jenis tidak banyak bercakap tetapi layanan cukup baik, bila hari raya akan bantu saya di dapur, kemas rumah dan macam macam kerja rumah lagi.

Menantu B ini sangat berbeza. Dia berkahwin dengan anak bongsu lelaki saya bernama Z dan Z berbeza dengan suami A iaitu R kerana Z dari kecil sangat rajin, sering bantu kerja dapur dan sangat ringan tulang. Mereka ada seorang anak berusia 3 tahun.

Si B saya boleh tengok tidak pernah memasak sama sekali, bila saya ziarah rumah anak saya Z yang memasak, mengemas rumah dan buat kerja rumah sepenuhnya.

Lepas makan pun B hanya basuh pinggan dia sahaja, pinggan anak, suami dan pinggan lauk ditinggal atas meja. Keluar ke ruang tamu dan sambung tengok Netflix atau bermain telefon.

Hari raya tidak pernah sama sekali bantu saya buat kerja dapur, ada sekali saya panggil bantu potong bawang tapi walaupun dah 5 tahun berumah tangga nak kupas bawang pun tak reti.

Menantu B juga tidak suka bermalam di rumah walaupun sangat jarang balik ke rumah saya.

Jika balik akan duduk di hotel kerana alasannya menjaga aurat dan boleh dikira sebelah tangan berapa kali sahaja balik kampung. Tetapi jika rumah emak ayahnya hamper setiap bulan akan balik walaupun jarak lagi jauh dari rumah saya.

Berbeza menantu A selalu balik ke rumah saya dan kadang kadang bila suaminya outstation akan minta saya datang buat teman.

Saya rasa kasihan kepada anak Z kerana boleh nampak bila saya ziarah atau ketika hari raya sangat sibuk melayan anaknya dan buat kerja rumah seorang diri. Tapi saya tidak masuk campur langsung, nasihat atau apa kerana saya takut jadi batu api.

Terima kasih..

– Puan M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Selagi anak puan rasa selesa dgn isteri , puan doakan yg terbaik untuk anak puan dan isterinya. Kita tidak kenal anak kita melainkan yg sebantal dengannya. Semoga urusan puan dimudahkan.

  2. Saya mcm B. Bila kat rumah kita mcm nak mampus handle semua benda sorang2. Balik kerja pun settlekan semua benda dulu. Malam pukul 11/12 baru dapat baring. Esok pagi2 dah bangun buat bekal. Ulang rutin sama setiap hari sampai mati. Itu bila hidup kat rumah laki bini.

    Tapi bila ada milfil segala mak nenek kaum kerabat. Saya kurang buat semua benda tu. Semua suami akan buat. Sebab apa??? sebab nak bagitahu dia suami yg baik, buat semua benda. Serba serbi dia buat.

    Setakat jumpa sekejap dan tengok anak lelaki buat semua benda terus menantu kena label. Anak lelaki dia lah yg paling bagus. Walhal kita mcm nak mampus buat semua benda kat rumah.

    Cuba tanya Z kenapa dia boleh bertahan dgn B. Ada kebaikan B yg makcik tak nampak. Okbye

  3. Sebagai mertua jika nak bertamu ke rumah anaknya seeloknya butakan mata .pekakan telinga…jangan nak melaga lagakan antara menantu satu Dan satunya.janji anak bahagia jangan nak masuk campur urusan mereka .

  4. Kenapa nak merungut dengan alasan tak nak balik sebab jaga aurat? Mak ayah saya bila balik kampung nenek, dorang sanggup carikan homestay untuk kakak ipar saya. Kena ingat, lain orang lain cara dibesarkan. Kena ada sikap keterbukaan sebab mindset orang lain2, apa yang normal dalam aturcara sesebuah family tu dah terbawa dari kecil sampai ke besar dengan compromisation anak makcik sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *