Hi semua, nama aku Maria (bukan nama sebenar). Aku just nak cerita pengalaman putus cinta, dipergunakan, dan dimainkan oleh seorang lelaki yang aku cintai dan percaya.
Diharapkan cerita ini dapat dijadikan pengajaran untuk kaum Wanita yang lain.
Untuk pengetahuan semua umur ak baru 29 tahun dan bekerja dalam bidang professional. Disebabkan oleh terlalu sibuk bekerja aku tiada masa nak berkenalan dengan lelaki yang bukan dari circle aku.
Ditakdirkan suatu hari, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang juga berumur dalam 30an dan dari golongan professional juga.
Gaji kami mencecah RM 10,000 sebulan. Perkenalan aku dengan dia sangat simple. Bermula dari kawan biasa hinggalah kawan luar biasa.
Sepanjang perkenalan aku dengan lelaki yang aku namakan Adam (bukan nama sebenar), kami tidak pernah bergaduh hal-hal yang besar.
Adam seorang yang sangat baik.
Tiap-tiap hari dia akan datang untuk makan bersama dengan aku walau sibuk macam mana sekalipun.
Dan jika urusan kerja yang tidak siap, kami akan bersama-sama menyelesaikan kerja sama ada di rumah atau di café hingga lewat malam.
Silap aku terlalu mempercayai Adam, sehingga dia berani menyentuhku.
Kami mengambil keputusan untuk tinggal bersama selama beberapa bulan.
Selama kami tinggal bersama, mungkin Allah masih menyayangi aku, kami tidak pernah sampai ke tahap berzina. Mungkin doa ibubapaku yang melindungi aku.
Ketika itu aku percaya yang Adam akan mengahwiniku.
Betapa bodohnya aku kerana terlalu mepercayai seorang lelaki yang tidak halal bagiku. Mungkin kerana terlalu sayang dan cinta kepadanya.
Namun langit tak selalunya cerah. Ketika aku sedang dilamun cinta, ada seorang perempuan menghubungi aku dan memberitahu tentang dia dan Adam.
Rupa-rupanya tengah aku hangat bercinta, Adam mempunyai perempuan lain yang aku namakan Iera.
Iera memberitahuku yang dia bercinta dengan Adam selama 4 bulan, namun kini mereka sudah tidak bersama lagi.
Rupa-rupanya Adam bermain kayu tiga. Iera memberitahuku yang dia sudah tidur bersama dengan Adam setiap weekend dan hampir mengandung.
Adam menyuruhnya untuk mengambil pil untuk menghalang mereka dari mengandung. Iera juga memberitahuku yang Adam berjanji untuk mengahwininya.
Namun disebabkan ada pergaduhan besar antara mereka, mereka putus dan Iera membawa diri. Adam tidak pernah meminta maaf terhadapa apa yang dilakukan terhadap Iera.
Untuk pengetahun semu, Iera seorang yang cantik dan seksi dan juga dari golongan professional yang bergaji RM10,000 keatas.
Mula-mula aku tak dapat terima apa yang Adam lakukan terhdap Iera, namun mungkin disebabkan sayang aku cuba menerima Adam Kembali.
Aku tidak pernah memberitahu Adam yang Iera ada menghubungi aku dan tahu tentang perbuatan mereka berdua. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan memaafkan Adam.
Untuk pengetahuan semua, walaupun Adam seorang yang baik, caring dan tidak berkira dengan duit, dia selalu meninggalkan solat.
Kadang-kadang dalam sehari dia solat sekali sahaja. Subuh memang tidak pernah solat. Solat jumaat pun tidak pernah pergi.
Pada masa itu aku percaya bahawa Adam akan berubah suatu hari nanti dan mungkin apabila kami kahwin. Aku meneruskan kehidupan yang Bahagia dengan Adam.
Namun sekali lagi aku ditipu hidup-hidup, rupa-rupanya Adam telah mempunyai seorang kenalan wanita yang telah lama dia kenali (4 tahun) yang aku namakan Lina.
Wanita tersebut baru sahaja memulakan pekerjaan. Ini bermakna sepanjang tempoh perkenalan aku dengan Adam, Adam mempunyai 3 wanita disisinya (aku, Iera dan Lina).
No wonder ketika aku bersama Adam, setiap petang dalam pukul 6 petang dan 12 malam dia akan keluar ke balkoni atau masuk ke bilik air.
Aku dengar yang dia sedang menelefon seseorang. Bila aku bertanya dia hanya diam dan mengalihkan topik perbualan. Silap aku kerana terlalu bodoh kerana mempercayainya.
Dipendekkan cerita. Adam meninggalkan aku dan mengahwini perempuan yang dia telah lama kenali yang bernama Lina.
Aku berasa sangat bodoh kerana telah dipermainkan oleh lelaki yang bernama Adam. Aku bertanya dia, kenapa dia tipu aku dan apa salah aku.
Dia kata aku tiada salah dan semua salah dia kerana tidak berterus terang. Dia memberitahuku yang dia masih mencintaiku.
Aku tidak boleh terima apa yang dia lakukan terhadap aku. Aku dapat rasakan selain kami bertiga, mungkin dia ada perempuan lain.
Walaupun susah untuk aku terima segala perbuatan Adam terhadapku, namun aku percaya bahawa Allah masih menyayangi aku dan menyuruh aku Kembali kepada-Nya.
Aku bertaubat dan berjanji pada diri aku yang aku tidak akan mengulangi perkara-perkara yang menjauhkan diri aku dari Allah.
Untuk Lina, terima kasih kerana telah mengahwini Adam dan bersedialah untuk ditipu lagi. He’s a good manipulator with his sweet talk and nice face. Once a cheater always a cheater.
Untuk Iera, insyaaAllah we deserve better man than Adam.
And untuk Adam, semoga Allah balas segala perbuatan kau terhadap aku, sooner or later you will taste your own medicine. I’m not gonna forangive you for now.
And untuk semua, jangan terlalu percaya dengan lelaki.
Please allow some space between you and him.
Doakan saya agar dapat berjumpa dengan jodoh yang tepat di waktu yang tempat dengan redha Allah dengan segera dan doakan saya supaya supaya kuat iman dan sentiasa berada di jalan yang benar.
– Maria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit