Luahan Hati Seorang  Sahabat

Assalamualaikum semua. Aku mohon dan harap sangat kepada admin2 IIUM confession untuk menyiarkan confession ini. Sebab, sebenarnya tujuan utama confession ini ditulis untuk berkongsi kisah dan pada masa yang sama meminta pendapat, nasihat daripada para pembaca sebab pembaca2 di page ini aku lihat lebih memberikan komen yang agak membina sedikit.

Okay, aku ada seorang sahabat, yang muda setahun daripada aku, dan aku namakan beliau Nan (bukan nama sebenar yaa). Bagi aku, Nan bukan sekadar sahabat biasa, kerana dia bukan sahaja roommate aku, tetapi juga sahabat baik aku.
Oo yaa, aku bukanlah pelajar di iium, aku belajar di salah satu ipta di Selangor, dan telahpun menamatkan pengajian sbelum raya lepas, dan insyaALLAH bakal bergraduat November ini.

Setelah dekat sebulan meninggalkan zaman universiti, aku dah boleh move on, dah tak rindu lagi dengan hampir semua benda yang berkaitan dengan kehidupan aku di universiti, akan tetapi, kenangan aku bersama sama dengan sahabat baik aku, Nan amat sukar dan tersangat sukar untuk aku lupakan, teramat sukar untuk aku move on.

Hampir setiap hari aku rindu dengan Nan, dan seringkali terjenak di hatiku, dapat kah aku jumpa lagi sahabat karib ku ini? Bila suatu hari nanti kami bertemu kembali, masihkah dia ingat aku lagi ? Adakah dia masih se-peramah seperti dahulu ? Adakah dia nak tegur aku lagi bila suatu saat kami bertemu ?

Aku masih ingat, sebelum aku berpisah dengan Nan, “ Man (nama samaran aku kat sini), kau sedih sangat ke” tanya sahabat karib ku Nan. “Memanglah aku sedih Nan, lepas ini bukan kita dapat jumpa lagi, dah susah nak jumpa”, jawabku pulak. Kemudian, sambung Nan pulak, “ Macam ni lah Man, aku tak pandai berkata kata manis, tapi kalau suatu saat kau pergi ke semenanjung (sebab aku org borneo) dan memerlukan bantuan, Just call me, I’ll be there”. Ya Allah, lepas dia cakap macam tu. Memang aku agak terharu bai. Aku harap sangat dia berpegang dengan kata2 dia tu nanti. Dan, Nan, kalau suatu saat nanti kau pergi borneo, just inform me, roger2 me, insyaALLAH, I will be there also.

Aku suka dan sangat bersyukur sebenarnya mempunyai sahabat seperti Nan kerana sepanjang satu roommate dengan dia, banyak hal yang dia kongsikan bersama aku yang mungkin aku tidak lalui lagi , dia selalu tag aku kat page2, artikel2 yang bermanfaat dan beliau juga sering kali menerangkan hal2 agama yang aku kurang faham. Aku tabik sangat dengan Nan sebab Nan mempunyai sedikit kelebihan yang aku rasa tidak dimiliki oleh semua orang. Ya Allah, semoga Nan tetap istiqamah dengan amalan2nya.

Hari terakhir aku dengan Nan, aku sempat bersalam salam dengan dia, dan memohon maaf kat dia sebab aku selalu buat dia annoying kat bilik, kacau2 dia time dia tengah tiada mood. Tapi, benda common kan, adakala nya kau akan bermasam muka dengan sahabt baik kau, adakalanya kau tidak bertegur sapa dengan mereka.

Untuk pengetahuan pembaca semua lagi, daripada ramai kawan2 aku di Uni ini, tapi Nan lah satu-satunya best friend aku. Aku pun tak tau kenapa aku consider Nan sebagai best friend aku tapi apa yang pasti aku suka dengan perangai Nan. Bagi aku, berdasarkan penglihatan aku, aku dan Nan memang boleh dikira “satu kepala” lah.

TAPI, yang buat aku rasa sedikit terkilan, Nan sudah tidak pernah contact aku. Dia pernah balas whatsap aku itu pun hanya sepatah, tidak lebih, tidak kurang. Aku rindu sangat dengan sahabat baik aku, sehingga kan aku pernah demam seminggu sebab terlalu rindukan dia. Oleh kerana terlalu rindu kat dia, aku hantar lah whatsap kat dia dan whatsap itu juga bertujuan untuk berkonsi ilmu dan maklumat dengan dia. Aku juga pernh komen whatsap story beliau, tetapii, kebanyakan whatsap2 yang aku hantar bluetick sahja tanpa sebarang respond dan ada ketika langsung tidak ber-blue tick.

Contohnya hari tu aku hantar whatsap kat Nan (berlainan hari), semuanya langsung tidak dibalas oleh beliau walaupun Nan tengah online. Dah lah aku rindu kat Nan, whatsap aku pun dia langsung tak hiraukan, memang lah aku rasa sedikit sedih. Tapi, aku tetap cuba husnuzon, maybe dia ada hal dan tengah busy.

Bila aku rasa sedih pasal ini atau tiba2 aku rasa rindu sangat dengan Nan, aku tak boleh nak luahkan kat sesiapa sebab aku risau orang bertanggapan buruk dengan aku, jadi aku selalu mengadu kepada Nya, “Ya tuhanku, aku rindu sangat dengan Naz, berikanlah aku jalan keluar akan hal ini”.

Jadi disini, aku ingin meminta pendapat semua, especially yang pernah melalui perkara yang sama dengan aku, apakah cara yang boleh aku lakukan untuk terus move on, dan TIDAK lagi merindui sahabat baik aku ini. Kalau setiap hari kau merindui sahabt kau dan bila kau try contact dia tapi dia tidak respond, memang rasa sedih itu menyelubungi diri. Aku memohon sangat2 agar korang berikan aku sedikit nasihat/pandangan/panduan dan mohon bukanlah kecaman yang diberi.

Aku menulis disini dan berkongsi kisah aku disini pun sudah serba sedikit mengurangkan rasa sedih dan rindu aku pada Nan. Dan aku harap sangat, persahabatan dan silaturrahim aku dgn Nan tidak putus hingga ke akhir hayat. Aku pernah berpesan pada Nan, “Nan, kau lah sahabat aku dunia akhirat”, and I really mean it! Sekarang apa yang boleh aku buat, hanya mendoakan dia dari jauh.

Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan sahbat baik ku Nan, semoga cita2 dia tercapai, dan jauhkan lah dia dari manusia2 atau perkara2 yang tidak baik.

Kalau ada pembaca yang curious, kau tak “straight” ni, insyaALLAH, saya dan sahabat saya straight dan bukanlah gay atau yang sewaktu dengannya. Assalam .

– Man

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit