Luahan Hati Seorang Suami

Assalamualaikum buat semua. Nama aku Zamir dan aku berusia 32 tahun.

Aku sudah berkahwin hampir 2 tahun dan aku belum dikurniakan cahaya mata. Sejujurnya aku tak pandai untuk menulis dan semua ni hanya lah luahan hati aku sahaja.

Dari awal percintaan aku dan gf (isteri aku yang sekarang) semuanya indah dan baik2 saja. Maksud aku cara layanan dia terhadap aku.

Dating itu ini dan aku tak pernah dapat layanan buruk dari dia. Dari segi keluar bersama sama, makan sama2 semuanya elok2 belaka.

One day aku dah decide untuk berkahwin dengannya disebabkan aku ingin halalkan perhubungan kami dan ingin keluar dari family aku yang toxic.

Family aku toxic sangat sampai satu tahap aku tak boleh berkahwin dengan pilihan hati aku (disebabkan paras rupa). Oleh disebabkan itu, aku memilih aku mencari pasangan yang ada rupa.

Selepas aku berkahwin dengan gf (yang merupakan isteri aku sekarang) makin lama aku dapat layanan yang tak pernah aku dapat waktu aku bercinta. Dari cakap yang lemah lembut kepada tengking yang aku dapat.

Aku akui aku bekerja dan isteri aku pon bekerja. Masing2 berjumpa pon waktu sampai dirumah pada malam hari.

Dan aku nak perbetulkan sometimes orang ingat aku tak ada tolong apa2 keperluan yang patut dirumah aku sampai buatkan isteri aku marah..

Tapi hakikatnya aku lah handle bahagian2 baju, lipat baju, iron baju sendiri, basuh pinggan, kemas rumah, basuh toilet dan buang sampah.

Benda yang aku tak berapa pandai hanya lah memasak dan sometimes dalam sebulan saja isteri aku akan memasak di rumah. Selalunya kami makan diluar..

Aku akui sudah 2 tahun hidup berdua ni aku inginkan at least seorang cahaya mata. Tapi aku tak tahu nak menceritakan bagaimana hubungan kelamin aku dan isteri disebabkan kami terlalu penat dengsn bekerja,

Dia selalu menolak ajakan aku disebabkan alasan terlalu penat. Hakikatnya permintaan batin aku terseksa. Mungkin dalam satu minggu hanya sekali saja atau mungkin tidak.

Aku dah pernah ajak dia berbincang dengannya tapi dia ignore dan tak ambil peduli apa yang aku highlightkan.

Kadangkala aku melihat kawan2 aku yang sudah ada baby (baru berkahwin seperti aku), aku rasa macam hidup aku terseksa sebabkan aku nakkan sangat baby.

Bukan itu sahaja, aku perasan disebabkan aku jemur baju dijemuran terlampau tinggi sampai susah untuk dia ambil, malah aku ditengkingnya dan aku terasa hati dengannya sampai lah kehari ini.

Bukan sekali dua dia tengking aku macam tu, tapi banyak kali. Aku selalu tegur dia sampai aku terpaksa tinggi kan suara aku padanya disebabkan dia tak endahkan pon nasihat dari aku.

Dan hari ni pula aku ditengkingnya disebabkan kentut depan dia disebabkan terlampau busuk kentut aku.

Kadangkala aku ingin bergurau sahaja dengannya bukannya nak serious everytime dengan isteri aku.

Niat aku bukanlah untuk membuka aib seorang isteri ataupun untuk mencari pasangan baru ke apa.

Aku cuma inginkan kehidupan lebih kurang macam pasangan lain. Bahagia dengan cara masing2.

Mohon pandangan dari pembaca semua ya.

– Zamir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *