Luahan Hati Si Isteri

Aku seorang isteri yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 1 tahun 6 bulan. Suami aku adalah seorang pegawai polis. Aku namakan suami aku A. Kami berkahwin pada tahun 2018, dan kami adalah pasangan PJJ selama 2 tahun.

Sebelum ni, aku bekerja di sebuah syarikat swasta. Tapi disebabkan pandemic ni, syarikat aku mengambil keputusan untuk menutup salah satu cawangannya. Aku sangat terkesan dengan apa yang berlaku sebab aku ada komitmen yang perlu dilangsaikan.

Manakala dari sebelum kahwin, A telah mempunyai komitmen yang tinggi sebab dia anak sulung dalam family. A sendiri juga ada pinjam loan peribadi dan ASB dimana bulanannya agak tinggi.

A dah inform aku awal-awal pasal benda ni dari sebelum kami bertunang and dia explain nafkah yang aku akan dapat tak semewah orang lain. Tapi aku terima dia seadanya.

Mungkin orang akan fikir gaji pegawai kerajaan ni tinggi. Ya, tinggi kalau anda tidak ada apa-apa komitmen yang perlu dibayar. Tapi tidak pada A.

Oleh sebab itu, aku tak bergantung sepenuhnya dekat dia. Kebanyakkan barang dan keperluan anak, aku beli guna duit aku sendiri. Aku kesian sebab A selalu makan makanan yang sama saja sebab nak jimat.

Aku jadi sedih bila fikir yang aku jauh dengan dia, patutnya aku sebagai isteri masakkan untuk dia apa semua. Kadang-kadang aku masukkan duit dekat dia suruh dia makan sedap-sedap sikit.

Sepanjang aku kerja dulu, anak kami mak aku yang tolong jaga. Dia pulak kerja yang perlu standby, so jarang boleh balik sajanguk anak isteri.

Kadang-kadang sampai 2 bulan kami tak jumpa. Kalau aku nak pergi dekat dia, aku terpaksa susahkan ayah aku bawakkan kereta apa semua sebab aku tak boleh drive berdua saja dengan anak sebab anak aku akan nangis. So aku segan and tunggu saja bila A balik.

Masa aku pregnantkan anak kami, semua aku buat sendiri. Dari checkup sampai dah sarat. Aku checkup pergi sendiri, tak pernah dia berpeluang dapat teman. Rasa cemburu juga bila tengok ibu-ibu hamil semua datang checkup bertemankan suami.

Aku sorang-sorang saja, sendu. Haha. Tapi takpe, itu punca aku dan baby jadi kuat. Alhamdulillah, aku takde alahan masa pregnant. Semuanya dipermudahkan dari awal sampai la nak bersalin. Masa aku dah warded, A ditugaskan jaga perlawanan bola malam tu.

Nurse call A bila aku dah ditolak ke labour room. Dari awal pregnant memang aku doa supaya A dapat teman bila aku bersalin.

Baby pulak macam tunggu saja ayah dia sampai sebab lepas saja A sampai dekat labour room, tak lama tu laluan dah buka sepenuhnya and baby pun keluar, hahaha.

Tahun baru ni, syukur sebab A dapat rezeki untuk pindah. Jarak antara kami dekat tapi masih belum ada rezeki untuk duduk sebumbung. Sekarang ni A tengah ambil cuti sebelum mula lapor diri dekat tempat baru.

Sepanjang dia cuti ni, dia selalu ajak aku and anak jalan-jalan. Aku nampak efforts dia untuk happykan dan bagi yang terbaik untuk anak bini. Kalau pergi kedai makan, dia mesti akan fikir anak dulu. Apa yang anak boleh makan, apa yang anak tak boleh makan.

Kalau ikutkan aku, nak makan makanan yang pedas. Tapi at last kami pergi The Chicken Rice Shop saja sebab anak boleh makan sekali dekatanya. Hehe.

Dia orderkan menu untuk kids and dia potongkan kecik-kecik, tolong tiup and suapkan anak. Aku jadi sangat tersentuh dengan perbuatan A.

Bila sesekali A balik, dia yang ambil alih jaga anak. Tolong mandikan, basuhkan berak anak, pakaikan baju apa semua. Aku nampak dia cuba untuk jadi yang terbaik and laksanakan tanggungjawab bila dia ada peluang tu. Yela before ni kami PJJ, dia tak dapat nak buat semua tu.

Even A tak macam suami orang lain dalam beri nafkah, tapi kalau kami pergi berjalan or makan memang A yang akan bayar dan A bukan sajanis yang berkira.

Apa yang aku boleh cakap, even ada yang kurang tapi banyak yang lebih. Means walaupun A ada kekurangan, tapi kelebihan A juga terlalu banyak sampai aku redha dengan segala kekurangan dia. Kami dah janji nak susah senang bersama.

Kalau dekat media social aku nampak ada orang maki, marah, cakap polis itu ini. Aku jadi marah sampai rasa nak reply setiap komen orang tu tapi aku tak buat pun sebab rasa bazir masa pulak. Yela orang kalau dah tak suka, cakap apa pun dia rasa dia saja betul kan. Hahaa.

Tapi cubalah anda letak diri anda sebagai polis, belum tentu anda boleh lakukan tugas ni dengan baik. Stop cakap polis macam-macam.

Ye, aku tak nafikan memang segelintir polis perangai tak semenggah, tapi ramai lagi yang semenggah. Jangan pukul rata, kesian keluarga polis bila baca.

Pengorbanan mereka, kita tak mampu buat pun. Apa-apa jadi dekat negara, merekalah barisan hadapan yang akan melindungi kita.

Ramai anak- anak polis yang berbulan tak jumpa ayah mereka dan bini-bini polis ditinggalkan sebab tugas, terpaksa jaga anak sorang-sorang, buat semua benda sendiri.

Kami sebagai keluarga faham saja dengan tugas mereka, tapi kami pun ada hati dan perasaan everytime bila baca komen negatif pasal polis. Sedih marah semua ada. Belajar untuk hormat perasaan orang lain.

Maka dengan itu, terimalah suami kita seadanya. Bersyukur bila dia sentiasa ada usaha untuk happykan dan berikan yang terbaik dekat kita.

Jangan hanya dilihat pada kekurangan saja, benda tu akan buatkan kita buta dengan kelebihan mereka.

Macam kes aku, aku sendiri pun banyak kekurangan dari segi layanan seorang isteri terhadap suami. Aku jarang dapat masakkan untuk A, jaga makan pakai A and nafkah batin A dek disebab PJJ.

Dia ada kurang, aku pun ada kurang. Sama saja, sebab tu aku redha. Asalkan dia tak lupa tanggungjawab dia. Sentiasa doakan yang terbaik untuk suami, doa isteri mustajab tau!

Lastly, doakan kami ada rezeki untuk duduk sebumbung satu hari nanti dan doakan aku dapat kerja cepat. Hehe. Thanks guys! Salam~

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *