Luahan Isteri

Assalamualaikum korang. Aku wife (housewife) & mak anak sorang (toddler). Mohon korang jangan kecam luahan aku ye. Aku cuma nak meluah je.

Husb aku suami yang baik & ayah yang penyayang juga penyabar itu aku tak nafikan. Anak aku memang manja gila dengan dia.

Aku tak tau aku yang memang baran & mental ke apa tapi aku memang cepat marah & besarkan isu kecik sebab husb aku ni pandang remeh benda kecik contohnya tuala tak sidai lepas pakai letak je dekat sofa tu basah2.

Pinggan tak basuh terus lepas makan katanya biar je banyak2 nanti dia basuh even memang dia nak basuh tapi aku nak lepas makan terus basuh so sinki tak serabut la tengok clear je sebab lepas masak ke apa memang aku terus clearkan sinki & tempat masak tu.

Baju pula pakai kejap lepas tu buka letak la kt kerusi makan ke sofa ke lepas tu hari lain tukar baju lain pula padahal baju tadi tu pakai kejappp je aku tak suka. Dah banyak kali aku kata letak elok hanger. Toilet ke bilik mandi ke kena cakap baru nak sental.

Vacuum lepas kita dah guna confirmlah habuk dah bkumpul dalam tu kan mestilah clearkan buang / cuci part fliter tu kalau dah lama sangat tapi takkkk mesti aku kena cakap baru buat tak pun dia just buang habuk dia gitu ja alih2 memang aku yang selalu bersihkan.

Serabut mata tapi dia asyik buat benda yang sama yang triggered marah aku. Benda dia kecik je tapi korang bila asyik kena ingatkan & membebel penat wei.

Kadang sampai tinggi suara kadang sampai gaduh besar sebab benda yang dia anggap kecik ni tapi besar bagi aku. Banyak lagi la wei. Typical benda yang husb selalu buat yang selalu isteri kena tegur/ingatkan.

Kadang aku luah kat mak aku macam aku cepat marah ke apa tapi tak bagitau sebab tak nak lah malukan husb aku cuma nak luah je nak ada orang dengar aku bercakap macam tu lah.

Hahaha, apa jadi mak aku bebel & marah kat aku lah jadi isteri yang baik apa semua tak elok macam tu macam ni tak bersyukur. So aku dah tak luah dekat mak aku lepas tu.

Aku taklah pembersih sangat cuma aku tak nak serabut. Setiap malam sebelum tido aku akan clearkan semua bersihkan ruang tamu, dapur, sinki so esok bangun tenang je rasa takla terkejar2 dengan anak aku yang makin aktif.

Mana lagi nak melayan dia sebab aku tak bagi dia gadjet ke apa. So apa2 kalau ayah dia takde memang fulltime layan dia je la sambil masak ke kemas rumah ke apa ke.

Tapi korang paling menyedihkan lagi aku rasa sunyi. Kitorang jauh dr family kena naik belon baru boleh jumpa, kawan pun aku takde kat sini hidup aku memang untuk husb & anak. So aku memang sunyi. Diorang bedua je la kawan aku.

Aku faham husb kerja tapi bila kat rumah dia banyak tengok fon / main game. Tapi aku bersyukur dia bukan kaki lepak & still tolong uruskan anak. Tapi this is for me. Sunyi seorang isteri korang.

Kadang sehari tu takde pun sembang2 kosong mcm pillowtalk ke apa. Korang faham tak perasaan aku?

Just benda basic jom makan, mandikan anak, buat susu anak. Benda macam tu. Takde sentuhan ke apa. Hubungan suami isteri tu adalah tapi sekadar itulah. Kalau bukan sebab tu takde sayang2 ke apa pun. Peluk ke apa.

Banyak lagi nak luah sebab takde tempat nak luah lagi kecuali Allah. Kadang air mata mengalir tak sedar pun sedih tiba2. Aku tak tau nak cakap macam mana dekat husb.

Kadang luah kat dia nak sembang kosong metime husb & wife je macam tengok movie lepas anak tido pun tak layan. Dah la hari2 hadap benda yang sama. Ntahlah korang.

Itu je la nak luah setakat ni sebab kat sini jadi anonymous so oklah sikit, hahaha.

Satu soalan aku, AKU NI SELFISH KE KORANG? TAK BERSYUKUR KE?

Thankss korang baca luahan hati aku. Kalau ada nasihat or suggestion pun aku terima.

Btw, mintak maaf kalau luahan aku ni tunggang langgang sebab aku tak pandai nak susun ayat, hahaha.

Yang benar,

– Apple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. i feel u sis. i pum hwife, mmg urus rumah sepenuhnya. mcm sbtu lepas, we both had no conversation at all even we all serumah. sib baik ada anak2 yg suka melayan i ckp2.. =). if not mmg i pun mati kutu. jd hwife ni mmg kawan akan kurg. life dgn husband n anak2. mcm i, rumah mak i dekat, so dlm smggu skali i mesti g jumpa mak n fmliy. bak kata recharge diri. sbb dgn husband, i tak tahulah apa dlm pikiran dia. diorang lelaki ni lebih suka pendam la kut pd i. xda nk cerita2. tp kalau kawan telpon dia, dia jd mcm somebody else. mcm mesra. tp bila dgn i, diam 1000 bhsa seolah2 dh tiada apa nk dicerita atau dikisahkan. yg dia tau nk majuk dgn i. mcm kwn gaduh n majuk je kalau dgn i ni. hurrmm… we are in the same boat sis. cuma kalau sis ada hobi, layan je la hobi sis tu. xpun layan je anak pg ptg siang mlm. hahahhaa… i penah buat, smpi suami pun cemburu dgn anak. sbb dia kalau kt umah, layan hp je, & tv. nk berckp & bercerita mmg idokkkllaaaa….. so bila anak dh besar ni anak2 la peneman i ke mana2 i pegi. kwn bercerita i. tp tula, i takut juga bila pk masa depan, bila anak dh masuk alam dewasa/kerja. sbb mesti mereka dh sibuk. i tggal bdua dgn husband. aadduuhhh….Allah sajala tempat i bercerita & mengadu nanti & satu2nya tmpt bergantung….

  2. Dik…
    Aku kahwin dah 16 tahun.

    Wife aku ni perfect pd mata aku.
    Cuma kadang dia bila nak tidur sinki ada sampah kalau aku terus tidur sinki tu tak berkilat, rambut dkt toilet tu kalau 7 hari aku tak buat dia tak buat.
    Aku ada OCD jd benda benda kecik adalah besar pd aku.
    Habuk!
    Kemas rumah etc.

    Jadi pasangan kita ini mmg tak la sempurna sebab itu kita jadi pasangan dia. Untuk menyempurnakan kehidupan!

  3. Hri tu sy ade borak2 dgn kwn lama… Aku igt laki aku je mcm ne tp laki dia pom sama… Aku awl2 kawen dulu laki aku berak bwk hp gais, main game… Bab2 tolong2 ni jgn cakap… Last2 aku merajuk, dia tya kenape aku merajuk… Dah tya aku sembur jelah sume pakej dgm drama air mata… Alhamdulillah ade yg kurang tp ade yg masih ade… Yg sifat masih kekal tu aku biarkan je… Contoh baju dia campak merata mmg aku jdkan kain buruk la bt lap lantai… Lepas tu dia beringat la… Contoh pingan mangkuk dlm sinki aku biar je, pastu dia sendiri complaint pastu aku ckp la “dah laki syg pemalas so bini ikot la perangai laki, kan laki cerminan bini”… lepas tu dia rajin dah basuh walaupom lambat… Bab yg satu tu mmg kene berkomunikasi sis… Aku siap google gambar bg ckp nak mcm ni… Sbb laki aku slow bab2 mcm tu kita kene laju dan expert sikit,..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *