Luahan Isteri Terluka

Assalamualaikum semua. Aku jarang berkongsi tentang masalah rumah tangga, tak kiralah dengan keluarga atau kawan-kawan.

Suami aku baik, dan aku tau dia sayang aku. Dia tolong aku jaga dan uruskan anak, walaupun semua benda kena suruh.

Rutin harian yang biasa dia buat pun aku kena suruh, walaupun usia anak dah empat tahun.

Dulu aku suri rumah tapi lepas bersalin anak pertama aku terus cari kerja. Tak sempat habis pantang pun sebenarnya, aku dah sibuk hantar resume sana sini.

Aku terasa dengan perangai suami yang selalu naik angin bila balik kerja. Aku faham dia penat.

Aku dah buat sehabis baik untuk layan dia, tapi kadang-kadang ada je benda yang buat dia trigger.

Bila dia naik angin, dia akan ulang banyak kali yang dia tu kerja.

Tak habis dengan suami, mak mertua aku pun dok berulang kali bagi tau aku suruh kerja bantu anak dia.

Nanti dah stabil resign jelah. Pandai dia cakap, diri dia sendiri pun tak pernah tau kerja tu apa. Aku akur, aku cari kerja.

Tak sampai setahun kerja, gaji aku lagi besar dari suami.

Sebahagian besar perbelanjaan rumah memang bawah tanggungan aku. Bukan je untuk keluarga aku, keluarga mertua sekali aku tanggung walaupun tak banyak.

Aku memang dah tekad, apa pun jadi aku takkan jadi suri rumah balik.

Dulu aku lemah lembut. Aku tak pandai meninggi suara dengan orang.

Aku marah pun orang tak pasti aku tengah marah ke tengah cakap.

Tapi sejak aku kenal suami, aku kerap meninggi suara. Puncanya dari dia sendiri.

Bila ada sesuatu isu, dia akan trigger dan meninggi suara. B

ukan setakat tinggi suara, dia menengking aku semahu dia. Tak cukup dengan tengking, dia mula naik tangan tapi bukan pada aku.

Dia hentak meja, tumbuk dinding, baling barang dan buat apa je yang boleh lepaskan geram dia.

Aku ingat bila dah ada anak dia berubah, tapi tak. Depan anak pun elok je dia tengking aku.

Ya Allah anak ku, maafkan mummy sayang. Hati aku jadi keras. Kadang-kadang aku benci sangat tengok muka suami.

Sayang tu masih ada, tapi spark tu dah hilang. Aku tau aku berdosa bila aku tinggi suara dekat dia, tapi aku geram.

Dia tengking-tengking aku ni macam aku hina sangat depan mata dia.

Aku ni memang tak ada peluang untuk layan perasaan sendiri.

Aku merajuk? Jangan harap kena pujuk. Pujuk jelah hati kau sendiri.

Aku buat sesi luahan hati? Confirm berakhir dengan pergaduhan yang lagi dahsyat.

Aku demam? Respon biasa-biasa je, tak nampak langsung dia concern pasal aku. Tak ada tanya aku okey tak, nak makan apa memang tak ada.

Pandai-pandai aku lah, tak pun aku sendiri yang kena bagi tau dia tolong belikan apa-apa.

Aku tak ada peluang nak luahkan apa aku rasa dekat suami sendiri.

Aku fikir sendiri, aku teka sendiri dan aku buat keputusan sendiri. Tak ada guide atau nasihat dari sesiapa.

Nak luah pada keluarga, aku malu. Nak luah pada kawan, aib suami. Aku tulis jelah dekat sini.

Untuk awak-awak yang masih bujang, pilihlah pasangan hidup betul-betul agar tidak menyesal di kemudian hari.

– Rika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sis.. Dah kerja ada duit sendiri kan? Bagi kata putus pada dia nak berubah n cuba selamatkan rumah tangga or berpisah je sis. Spark pun dah takde kan? Drpd nanti terkeluar pulak anak satu lagi, at least now kalau pisah pun 1 je anak yg sis jaga n sayang. Mana tau ada lelaki lain yg lebih menghargai n tak kisah jaga anak tiri. Lebih bahagia duduk berdua je dgn anak drpd ada suami tp mcm takde. Apa2 pun sis terus terang je dgn husband tu, kalau dah tak sayang sy, pulangkan semula ke keluarga sy, anak sy ambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *