Luahan Isteri Yang Bodoh

Berdosa tak kalau aku kata aku dah penat?

Aku sayang sangat dekat suami aku. Cuma aku penat, selama 4 tahun kahwin ni boleh kira berapa kali je suami aku bayar sewa rumah, beli barang dapur apatah lagi nafkah aku & anak.

Aku penat sangat sebab kena tanggung semua ni. Aku tak nak berfikir kearah penceraian sebab aku sayang dia, dia baik dari semua aspek cuma bab mencari rezeki. Dia cepat give up, tak bersungguh.

Bagi dia, kalau ada rezeki adalah. Terkadang sampai aku terfikir, adakah dia jadi macam tu sebab aku bekerja?

Tapi aku pernah juga tak bekerja selama beberapa bulan, tetap juga aku yang kena fikir semua tu. Kena cari jalan penyelesaian untuk bayar semuanya.

Bulan ni aku teruk sangat. Gaji aku bersih hanya 2.6k, bayar segala hutang-hutang dan beli barang keperluan dapur & anak, bayar pengasuh anak dah habis licin. Tinggal sewa rumah aku masih belum dapat bayar.

Suami aku kata, dia akan usahakan secepatnya tapi harini dah 9 Julai. Speedhome dah mula call-call. Owner pun dah ws tanya. Aku penat, sewa pun atas nama aku.

Ya, aku guna Speedhome sebab aku urgent cari rumah sewa di KL ni masa dapat kerja area sini. Company panggil minta kena masuk awal seminggu.

Ikutkan aku kena pergi training dekat Singapore tapi disebabkan aku tak mampu renew passport, aku tak pergi. Company hantar staff dari sana untuk training aku di KL. Alhamdulillah aku bersyukur sebab dapat majikan yang baik.

Berbalik kepada suami aku, dia baik sangat. Pandai jaga hati aku, anak pun dia pandai uruskan tapi tetap aku hantar pengasuh sebab aku risau makan minum anak aku.

Alhamdulillah sangat Allah kurniakan aku suami yang baik. Cuma bab duit sahaja yang dia kurang. Adakah Allah belum tetapkan rezeki untuk kami lagi?

Aku hanya perlu teruskan berdoa dan bersyukur sahaja dengan apa yang jadi sekarang ni?

Aku buntu, aku nak marah tapi aku tak tahu nak marahkan apa. Aku nak sedih, tapi berbaloi ke untuk bersedih?

Sekarang ni aku hanya fikirkan mana nak cari duit sewa rumah RM1,600. Ya aku tahu sewa itu mahal, tapi itu je yang ada masa tu dan kontrak setahun.

Korang doakan aku ya? Doakan family aku. Doakan supaya suami aku dikuatkan hati & badan untuk cari kerja betul-betul dan semoga Allah murahkan rezeki dia & kami sekeluarga.

Maaf jika ayat aku berterabur, aku cuma perlu meluahkan semuanya dan memohon doa agar ada jalan untuk aku bayar sewa rumah secepatnya.

– Koci (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. semoga suami sis dpt kerja tetap, kerja yg disukai, & sis bebas dari segala hutang.. amin..

  2. Memang kena bsyukur tp kena jgk basuh laki akak tu. Mane blh duk diam mcm tu,dh memang tanggungjwb dia kot. Pasal rumah tu nanti dh habis kontrak akak cri la rumah mampu sewa, xbsr xpe jnji selesa ank2, bwh 900 pon ade je lagi.

  3. Cuba lihat orang yang kaya pun kadang² ada masalah. Bila dah ada duit datang pulak masalah lain. Kalau nak dilihat orang berduit kebanyakkannya berpisah dengan pasangan biarpun duit mereka banyak.
    Apa yang saya nak share di sini?
    Rezeki itu milik Allah Swt dan diberi pun oleh Allah Swt. Kalau ada masalah duit, cuba check hubungan dengan Allah. Ada ke kita zikir dan selawat 1000 kali sehari, solat diawal waktu, bila last baca al quran, solat sunat dhuha ada buat tak, ada bangun pagi solat tahajjud ke tak, setiap hari baca al waqiah ke tak? Sebenarnya bila buat semua amalan ni, kadang² gaji sikit pun semua jadi cukup, semua akan dipermudahkan. Tapi, kalau asyik pandang suami tak bagus bab cari rezeki tapi bagus bab jaga keluarga. Ada jugak kan baik nya di situ. Zaman sekarang susah nak cari pasangan yang baik jugak taw.. tapi duit sememang nya jauh lebih senang untuk dicari. Cuma perlu tahu teknik dan rahsia nak panggil duit tu datang. Kerje lah 24jam sehari pun kalau takde amal kepada Rab dengan konsisten. Rezeki akan sukar nak datang. Doa sis bebanyak. Insyallah, kalau kita buat apa yang Allah suka, Allah akan bagi apa yang kita suka. moga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *