Aku Juana, 39 tahun. Dah berkahwin, dan ada anak 5 orang yang comel. Tapi aku bukan nak cerita pasal keluarga aku. Aku nak cerita pengalaman hitam aku sebagai salah seorang mangsa pedo.
Bila teringat aku sangat sakit hati. Sampai sekarang. Setiap kali ada kes p3do, aku triggered. Tapi tak seteruk sekarang.
Mental aku rasa terganggu bila aku baca komen sesetengah netizen yang jadi ‘enabler’, yang sokong Abang B. Yang rasa semua tu normal bapa saudara sayang anak saudara. Yang kata tak bolehlah nak belai manja anak saudara sendiri lepas ni. Huh!
Aku stalk akaun Facebook dorang sambil aku doa dalam hati semoga dorang tak akan rasa apa yang aku rasa, apa yang aku dah lalui.
Kisah hitam tu dah puluhan tahun terjadi. Waktu tu umur aku 7 tahun. Nenek aku kahwin lagi selepas beberapa tahun datuk aku meninggal dunia.
Suami baru nenek yang aku panggil atuk jauh lebih muda daripada nenek. Nenek ketika itu sudah berumur 50 tahun, manakala atuk celaka pulak baru berumur 30 tahun. Jauh bezanya, kan?
Aku rapat dengan nenek sebab nenek jaga aku dari kecik. Dari aku baby lagi. Setiap kali cuti sekolah, my parents akan bawak aku balik kampung habiskan cuti kat kampung.
Aku sukalah, apalagi ada sepupu yang sebaya aku. Taklah aku bosan di kampung sebab ada sepupu dapat bermain sama-sama dengan aku.
Sepupu aku tu perempuan. Sama macam aku jugak. Kami berdua juga sebaya. Dia tua beberapa bulan je daripada aku tapi kami lahir di tahun yang sama.
Cuti sekolah akhir tahun tu kali pertama aku berjumpa dan tengok muka atuk celaka keparat yang selama ni parents aku selalu sebut. Mukanya manis. Lembut. Syaitan! Pandai dia ambik hati aku dengan sepupu aku yang aku namakan Elina tu.
Sampailah kami berdua jadi rapat sangat dengan dia. Inilah fasa child grooming, pemangsa akan buatkan mangsa suka, sayang dan percaya sepenuh hati pada pemangsa. Mana tak sayang, kalau my parents marah aku, si celaka bangkai ni akan back up aku habis-habisan.
Dia akan marah my parents sebab katanya cucu kesayangan dia tak boleh kena marah. Dan my parents and semua orang memang percaya sangat yang si celaka ni memang sangat-sangat sayangkan aku. Damn it!
Kat kampung kami bekalan air terus daripada bukit, so kalau musim kemarau kami memang akan mandi ke sungai. Aku dan Elina sedang bermain pondok-pondok ketika si iblis tu panggil kami berdua, ajak mandi sungai.
My parents tak ada, dorang pergi ke sawah ikut nenek mencari sayur. Tinggal si iblis tu je kat rumah. Aku dan Elina apalagi bukan main suka. Kami berdua pun ikutlah. Bebudak kan, mandi sungai adalah satu kemestian dan keseronokan.
Sungai tu agak jauh dari kawasan perumahan kampung, dekat tepi hutan. Jarang orang lalu. Masa tu lah. Masa tu lah, iblis celaka tu musnahkan aku dan Elina! Sakit! Meraung aku kesakitan, Elina juga sama.
Kami berdua menangis. Sakitnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Iblis tu pujuk balik rumah nanti dapat lolipop banyak-banyak dengan syarat tak boleh bagitahu orang lain.
Terpujuk, aku dan Elina ikut sahaja. Dan kejadian itu tidak berhenti di situ. Setiap kali ada peluang, celaka keparat itu akan buat perkara yang sama. Setahun lebih aku dan Elina jadi mangsa.
Aku pernah bagitahu nenek, tapi apa nenek jawab? Nenek kata aku buat cerita. Kalau aku bagitahu my parents pun takde sesiapa akan percaya. Aku pernah berbohong, so nenek jadikan itu sebagai tiket untuk mendiamkan aku dan Elina.
Aku terus terdiam dan tak pernah bagitahu sesiapa. Aku tahu Elina pun sama. Sampai sekarang kami berdua tak pernah buka mulut. Kami simpan rapat rahsia kami. Rahsia hitam yang paling aku benci. Nenek sayang suami syaitan dia. Nenek pejam mata buat tak tahu. Aku benci kau, nenek!!
Suatu hari keparat celaka syaitan jahanam tu mati. Mati tanpa penyakit. Mati dalam keadaan tidur. Padan muka! Waktu tu aku dan Elina dah berusia 8 tahun.
Aku ikut my parents balik kampung. Aku jenguk je muka bangkai dalam keranda tu. Aku tak rasa apa pun. Aku tak rasa sedih. Aku tak rasa kehilangan.
Yang aku rasa, aku macam lega. Sebab setiap kali aku balik kampung syaitan tu akan ratah tubuh aku. Jadi lepas ni kalau aku balik takde sesiapa akan sakitkan badan aku lagi.
Bertahun-tahun lepas tu, aku kahwin. 16 tahun perkahwinan, kami bercerai. Masa tu lah bekas suami aku bagitahu dia tak dapat cintakan aku sepenuh hati sebab masa aku kahwin dengan dia aku dah tak ada dara.
Dan aku tak pernah buat benda macam tu selain daripada dengan celaka tu! Celaka yang dah membusuk reput dalam tanah tu!
Bekas suami aku tuduh aku perempuan liar yang dah ditiduri ramai lelaki sebelum aku berkahwin dengan dia. Hancur hati aku masa tu tak payah cakap. Nak je aku gali balik kubur syaitan tu dan remukkan tulang belulang dia! Aku nak pijak-pijak tengkorak dia. Sebab dialah aku jadi macam ni!
Tu belum cerita lagi sejak kecil aku ketagih on*ni sampai aku besar, semua sebab dia! Aku jijik dengan diri sendiri! Jijik! Jijik!
Sebab tu aku rasa triggered sangat bila baca komen sesetengah netizen yang sokong Abang B bukan main.
Hey, korang tak pernah ikuti berita semasa ke? Korang tak pernah baca kes rogol di kalangan kanak-kanak semakin meningkat ke? Korang pandai baca ke tak ni sebenarnya? Tolonglah. Jangan normalise benda macam ni. Tak elok. Sangat-sangat tak elok.
Cegahlah sebelum semakin melarat. Sebelum terjadi benda yang tak diingini. Jangan sampai jadi macam aku. Hidup aku musnah sebelum aku kenal sepak terajang dunia. Hidup aku hancur sebelum aku tahu pahit manisnya kehidupan.
Hidup sebagai mangsa pedo tak pernah indah. Trauma, luka, dendam itu dibawa sampai ke mati. Disebabkan perkara tu aku ada trust issue dengan semua orang even dengan family sendiri. Anak aku takde sesiapa boleh sentuh peluk, aku tak benarkan.
Aku sanggup pukul kalau ada orang peluk sentuh anak aku tanpa kebenaran aku, apalagi kalau aku dah larang tapi orang buat juga.
Aku pernah buat semua tu. Aku pukul orang tu sampai setengah mati. Hanya disebabkan dia masih saudara maka kes itu diselesaikan dengan cara aku bayar kos perubatan dia. Aku bukan cakap saja-saja. Aku cakap, aku buat.
Sekian semua. Again.. Berfikirlah panjang-panjang sebelum menyokong sesuatu tindakan yang memang semua orang sedia maklum salah di sisi undang-undang.
Kesian kanak-kanak, kesian budak kecik. Mereka tak boleh nak pertahankan diri kalau orang lain buat benda tak baik kat mereka.
Nak mengadu kadang-kadang orang dewasa tak nak dengar pun. Sama macam aku. Aku dah lama hancur. Tapi aku slow-slow bina balik kehidupan aku. Doakan suatu hari nanti aku akan sembuh daripada trauma ini.
– Juana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau dah ada perempuan
Trust nobody
Asalkan namanya lelaki
Suami sendiri
Ayah sendiri
Anak lelaki sendiri
Adik sendiri
Abang sendiri
Sepupu sendiri
Asalkan namanya lelaki
Jgn percaya
Dunia dah akhir zaman.
sayapun pernah jadi macam sis dan ada masalah sakit tiap kali bila bersama suami atas trauma pedo yg saya alami waktu kecil. cuma saya bernasib baik tak hilang dara sewaktu dicabul. sayapun paham kenapa sis on**i.
disebabkan pedo saya dgn ahli keluarga lelaki just rapat bercakap.. xlebih dari tu. saya xboleh peluk ayah saya sebab trauma saya alami. saya tak percaya suami saya urus anak walaupun anak saya lelaki. semoga sis berbahagia dan mendapat pasangan yg boleh terima kekurangan sis dan sis dapat rawat masalah On**i sis.