Hai. Saya Sha. Seorang manusia toksik. Saya tak ingat, sejak bila saya menjadi seorang yang toksik. Ingatan terakhir saya, saya adalah seorang yang disenangi ramai. Ramai kawan. Boleh masuk dengan mana mana “puak” sekalipun. Jarang marah. Tak suka perli orang. Tak suka gaduh dengan orang dan sebagainya. Hanya sengih sekiranya saya disakiti secara berdepan. Dari kecil, saya dibuli dan dilayan lebih kurang oleh kawan2 dan saudara mara.
Maafkan saya sekiranya confession ni terlalu panjang. Saya tak biasa mengarang. Saya tak ceritakan semua. Cuma cukup sikit2 dan cukup anda semua perlu tahu, yang saya suka pendamkan semua masalah selama saya hidup. Maaf kalau bahasa tunggang terbalik. Saya cuba. Saya cuma nak luahkan.
Masa kecil, kawan2 sebaya suka membuli saya. Apa saya buat semua tak kena. Saya tak boleh tolong rakam favourite tv show jiran, di callnya saya maki hamun. Sedangkan saya baru 9 tahun. Nak rakam apa2 kena cari tape kosong. Nak kena tanya mak abah dulu. Ada kes di mana kawan baik saya merajuk dengan saya sebab saya tak teman dia ke toilet, and secara tiba2 satu kelas pun tak kawan dengan saya. Semua ikut merajuk. Tapi tu masa kecil. Tak beri efek sangat pada saya masa tu.
Masa sekolah menengah, saya diterima ke sekolah berasrama. Terujanya tapi takut sebab saya tak pernah berjauhan dengan family. Saya homesick awal2 di asrama. Mujur ada jiran saya, aka kawan saya juga sebab kami memang dari sekolah yang sama dan sekelas. Masa di sekolah lama, hari2 kami berjalan kaki ke sekolah bersama2. Memang boleh dikata kawan baik. Tiba2 dapat pulak sekolah asrama dan dorm yang sama. Saya bahagia. Hilang sikit homesick saya.
Tapi tu semua sekejap ja. Secara tiba2 kawan baik saya tak mahu cakap dengan saya, pulaukan saya, tak mahu cakap dengan saya, tapi dia dengan budak2 dorm lain baik saja. Dengan saya je. Jadinya saya bawa diri, kawan dengan budak2 lain. Tapi benda ni buat saya sedih. Kenapa tiba2 dia berubah. Bayangkan, masa sekolah lama berkawan baik, susah senang sama2, jalan kaki ke sekolah sama2, rehat sama2. Tiba2 masuk sekolah baru terus saya dipulau.
Masa di uni, saya okey2 sahaja. Cuma kawan2 saya semua bermulut lepas. Saya baru belajar pakai tudung, dikatanya selekeh baik takyah pakai tudung. Saya pakai kasut tinggi, siap doa saya jatuh and nak gelak. Saya pakai baju dua lapis, dikutuk2 kata tak berfesayaen and dipersoalkan sehingga bermasam muka. Hanya kerana saya pakai baju dua lapis. Saya pakai baju dua lapis kerana baju yang luar tu pendek. Jadi saya pakai singlet panjang di dalam supaya bontot tertutup. Banyak lagilah laser dorang pada saya. Sebab saya jenis sengih je. Taknak simpan dalam hati. Kawan kan?
Dah kerja, saya ditikam belakang oleh rakan sekerja. Saya ceritakan masalah peribadi pada dia. Sebab masa tu, saya stress masalah boyfriend. Tapi rupanya semua diceritakan balik, hampir 1 office tahu masalah peribadi saya. Boss pulak suruh saya berbaik dengan sorang senior atas urusan kerja. Rupanya boss berpakat dengan officemate lain. Mereka bet kalau senior tu dapat hantar saya pulang ke rumah dari kerja, senior tu akan dapat ganjaran dari boss.
Beberapa kali jugak la dorang bet atas saya. Saya tak boleh tolak, sebab, saya dipaksa. Bodohnya saya ikut saja. Masa tu tak ada grab car, tak ada my teksi, tak ada my car, any ehailing sayastem masih belum wujud. Jadi pabila kena OT, boss akan minta senior tu hantarkan. Saya setuju sebab saya takda transport. Lama2 senior tu baik dengan saya, saya ingat baik as kawan. Rupanya dorang ada bet.
Saya jenis baik tak kira lelaki perempuan. Lepak2 makan2 tu bg saya takda apa2. Sebab masatu office saya takda staff perempuan. Saya satu2nya staff perempuan. Lepas saya dapat tahu semua, saya kena depression teruk. Hari2 mimpi mati. Hari2 rasa nak bunuh diri. Saya malu sangat.
Saya doa, supaya Allah bagi balasan pada mereka. And Allah jawab doa saya apabila senior tu diberhentikan kerja dan boss saya kehilangan client terbesarnya sehingga tak mampu bayar gaji pekerja. Jadi kami ramai2 resign. Entahlah tu balasan pada dorang atas apa dorang buat pada saya atau tak. Tapi saya rasa doa orang teraniaya ni mujarab.
Masa lepas kahwin, saya yang introvert ni diletakkan di rumah in law. Kebetulan masa tu saya baru lepas berhenti kerja dari office yang saya ceritakan di atas. Mak dan ayah mertua susah hati saya tidak kerja. Hari2 ditanya bila nak kerja. Sedangkan hampir meletup jobstreet, google, mudah, maukerja saya godek. Semua application tak diterima. Masa tu ekonomi baru start meleset.
Setahun saya menganggur dari kerja profesional. Saya kerja di kedai runcit area rumah mertua. Pandangan orang? Jangan cerita. Biras ipar duai semua mengata. Layanan dorang pada saya pun layan ala kadar sahaja. Dorang tak anggap saya serius. Bila saya datang berborak, pandang muka pun tak. Datang rumah mertua, tak pandang muka saya langsung. Saya pendam sahaja. Sehinggakan saya meroyan selepas bersalin anak pertama.
Masa mengandung anak pertama, doktor detect anak saya kecil tak selari usia. Sedih, saya luahkan pada kawan “baik” saya. Dia boleh gelakkan saya. Masa tu saya cerita utk dotkan sokongan. Tapi… Kenapa? Kenapa itu yang saya dapat. Tak ada ke sedikit common sense? Dia ceritakan macam mana anak pertama dia gugur sebab masalah baby terlalu kecil. Siap cakap “harap2 anak ko tak gugur lah ye hahahaha”. “Hahaha” tu saya tak boleh terima. Kenapa kena “hahaha”?
Banyak lagi kejadian tapi terlalu banyak tak mampu saya habiskan dalam 1 karangan. Setelah semua kejadian2 sepanjang hidup saya ni, sampai satu ketika, setelah saya lahirkan anak ketiga, saya nekad. Saya takkan bagi orang pijak kepala saya lagi. Siapa sakitkan hati saya, mereka harus terima akibatnya. Saya bidas dan balas balik segala perbuatan biras dan ipar2 saya pada saya. Kawan2 yang layan saya lebih kurang, semua saya perli di status facebook.
Siapa layan saya nak tak nak, 100 kali saya balas balik layan dorang nak tak nak. Siapa pernah sakitkan hati saya dahulu, saya block dari semua sosial media saya. Siapa memperlekehkan saya, saya akan tunjukkan yang saya bukan level yang dorang lekehkan. Saya fluent dalam bahasa inggeris, saya tunjukkan. Saya pandai memasak. Saya tunjukkan pada dorang. Saya puas. Bila dapat tunjukkan pada dorang, saya bukan tak berguna seperti yang dorang fikirkan.
Sikit pun saya tak sedar, lama2 saya hilang semua kawan saya. Saya jadi tak baik dengan saudara mara belah saya mahupun suami. Semua mungkin terasa dengan sikap saya. Lama2 saya sunyi. Saya baru tersedar. Saya dah jadi toksik. Jadi Allah tarik saya dari mereka supaya mereka bahagia. Ya Allah apa dah saya buat ni. Sekarang dalam hidup saya, hanyalah keluarga kecil saya dan keluarga saya di kampung. Ada la 5 orang kawan baik yang jarang berhubung. Itu sahaja cycle saya.
Saya sedih. Saya jadi pendendam. Sebab itu saya balas balik. Dari kecil saya diperlekehkan. Saya senyum bila orang marah2. Bila orang mengata saya diam. Rupanya semua tu jadi nanah dalam hidup saya. Dalam diri saya. Sebab tu di akhirnya saya meletup juga dan balas balik pada semua orang. Tapi akhirnya, saya juga yang terima akibatnya.
Di usia 40 tahun. Saya tiada rakan baik. Tiada saudara mara yang rapat. Whatsapp saya sunyi. Instagram saya sunyi dari like. Facebook status saya hanya keluarga di kampung yang komen. Saya sunyi ya Allah. Kalau saya mati, saya rasa tiada yang akan datang. Saya tak mahu macam tu.
Sekarang saya cuba perbaiki hubungan saya dengan Allah. Sedikit demi sedikit kawan2 lama muncul kembali. Tapi… Masih sempatkah saya perbaiki semua ni sebelum saya menutup mata?
Doakan saya dipermudahkan segala urusan ya…
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit