Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Sebelum saya bercerita, saya nak menegaskan yang cerita ini berdasarkan pengalaman saya dan kesan daripada pengalaman saya mungkin berbeza kepada setiap individu.
Saya ni asalnya seorang yang ceria dan ramah, itu yang ibu bapa saya beritahu.
Cuma, bila saya masuk darjah 1 saya menjadi target dibuli terutama dari budak lelaki, al maklum badan saya ni memang besar. Besar bukan sikit, bayangkan umur 7 tahun berat 40kg.
Saya ingat saya diejek, dimalukan dan macam-macam lagi.
Bila saya bagitahu ibu bapa saya, mereka pernah bagitahu kat cikgu, cikgu pulak kata ‘alah budak-budak memang macam tu.’ Dan sebaliknya ibu bapa saya disalahkan sebab manjakan saya.
Bermula dari hari tu saya ambik keputusan pendamkan segala masalah kat sekolah.
Saya antara pelajar yang awal datang period, dan pengalaman tu agak traumatik. Masa tu saya berumur 9 tahun, dalam kelas dan saya sangat terkejut bila kain saya penuh dengan kesan darah.
Tak cukup dengan diejek sebagai gemuk, mereka panggil saya pengotor.
Mungkin nasib saya kot dapat sekolah macam ni. Sampai satu tahap saya tak tahan saya merayu kat ibu bapa saya untuk tukar sekolah, tapi saya tak cerita sebenarnya kenapa saya nak pindah.
Saya rasa ibu bapa saya boleh agak kenapa. Anak dia dah tak ceria macam dulu dan lebih suka duduk dalam bilik dari bermain kat luar.
Saya ingat bila bertukar sekolah semua masalah saya akan hilang. Tak. Ibu bapa saya daftarkan saya ke sekolah perempuan.
Masalah diejek ni mana-mana pun ada, tapi saya tak pandai untuk melawan balik. Dari situ saya ambik keputusan untuk duduk di perpustakaan waktu rehat.
Memang buku dan kertas (melukis) peneman saya. Memang ada yang berkawan dengan saya tapi saya risau dorang kena ejek saya lebih rela tak ada kawan.
Masa sekolah menengah, tengah hormonal kan, semua nak cantik, saya pun tak terkecuali. Saya selalu dengar topik kurus, canti, boyfriend.
Dalam otak saya gemuk tu negetif, saya yang berat 72kg ni kalau kurus mesti cantik.
Ye la, saya tengok yang kurus ni boleh pakai baju macam-macam, ramai kawan, padahal diri saya ni tak sedar semua ni lebih kepada keyakinan diri. Mula dari saat tu saya nak kurus.
Mula-mula memang la sihat, kurangkan portion makan , makan separuh je, tapi saya tak nampak perubahan pun. Pernah dengar tak website ana? Aneroxia?
Website tu galakkan orang awam jadi anorexia, dan saya terjebak. Terlampau obses nak kurus.
Semua isu jadi sensitif, dalam keluarga saya seorang je yang bulat, sedara mara datang dorang suka memperlekeh kan saya? Dah nampak macam mak orang, tembamnya anak kamu ni.
Itu la antara perkataan saya dengar seumur hidup saya. Semua berubah selepas 3 bulan saya terjebak dengan website tu, memang turun mendadak.
Ibu bapa saya pun risau sebab dorang nampak saya makan, tapi yang mereka tak nampak saya pura-pura makan, saya kunyah dan buang balik.
Kalau tak saya makan dan muntah balik. Saya start makan ubat juga sebab susah nak buang air besar, tapi lama-lama saya salahguna ubat tu.
Yela, lepas buang air besar memang berat akan turun. Tapi keputusan akedemik saya merudum, sehingga satu tahap selepas spm, saya jatuh pengsan sebab tak cukup nutrisi.
Saya masuk ke hospital, dan lepas saya beritahu ibu bapa saya, saya kena follow up dengan psikiatrik. Anxiety dan OSFED, itu yang doktor bagitahu.
Dah la kena makan ubat. Perit sangat, bukan dengan nasib sendiri, tapi bila ibu bapa saya menangis. Tapi saya susah nak berubah, saya masih buat juga cuma tidak extreme. Ubat yang saya makan tu menaikkan berat saya.
Bila saya ingat saya boleh jadi diri saya sendiri, happy, bila berat badan saya naik sikit, kat rakan sekerja saya selalu usik.
Saya tahu mereka sekadar mengusik, tapi dalam otak saya dah ada satu slogan ‘tak ada orang nak kawan dengan orang gemuk’ Berat saya memang fluctuate, normal atau underweight.
Saya tak tahu kalau saya ni layak nak bagi nasihat cuma jika korang pilih nak dera diri sendiri untuk kurus, better stop.
Saya tengok diri sendiri, kulit kering, rambut gugur, kulit pucat dan breakout,harapkan makeup je boleh tutup. Jeles sangat kaat orang glows up healthily.
Cara tu lebih selamat tanpa komplikasi.
Saya tak kisah pun apa orang nak cakap, saya tak pernah cerita pun dekat sesiapa (face to face) sebab:
– Saya sendiri pun rasa jijik dengan diri sendiri.
– Tak nak tengok keluarga saya sedih.
Saya berusaha mengembirakan keluarga saya, kalau keluar saya akan rasa makanan ahli keluarga saya (jarang order satu portion untuk diri sendiri, kalau ya saya buat tabiat saya balik muntahkan semuanya).
Saya cuba sedaya upaya tak merisaukan orang sekeliling saya. Doakan semoga satu hari nanti saya bebas dari terpenjara dengan mentaliti negetif ni.
– Miss A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit