Assalamualaikum dan terima kasih kepada iium confession untuk menyiarkan kisah aku ini. Aku bukanlah student IIUM tapi pembaca tegar confession di sini jadi ini adalah post pertama aku dalam confession ni. Pertama sekali biar aku kenalkan diri aku sebagai pekerja bawahan di sebuah syarikat. Aku bukanlah orang yang terpengaruh di pejabat aku tetapi aku menjadi ancaman kepada ketua aku yang baru ditukarkan ke syarikat ini. Aku tak akan bagitahu aku dari syarikat mana sebab aku nak jaga nama baik syarikat aku kerana aku dah lama berkhidmat dengan syarikat ni.
Yang pelik tentang ketua aku ni dia suka buat fitnah merata-rata tentang aku dan rakan-rakan sekerja yang lain. Padahal kami semua tak ada buat salah pun. Lagi satu dia suka tukar-tukar cerita. Bila dah cerita kat orang tu dia akan cerita benda lain pula pada orang lain yang dia jumpa.Apa-apa cerita yang dia sampaikan selalunya tak pernah betul tapi dia anggap benda tu betul di mata dia tanpa usul periksa. Walaupun begitu kami dah lali dengan perangai dia. Cuma satu je yang kami lagi pelik. Ketua kami ni suka bagi nasihat bermacam-macam tapi satu pun kami tak boleh nak percaya. Bukan sebab apa, dia sendiri tak ikut apa yang dinasihatkan.
Walaupun dia sudah agak berumur tetapi aku tak dapat nak hormat dia atas sebab-sebab tertentu. Dan sebabnya adalah ketua aku ni suka cakap tak serupa bikin. Datang keje lewat tapi marah staf lain masuk lewat. Ape kes. Sebab tu la aku tak ada rasa hormat pada dia disebabkan perangai dia yang tak sama dengan apa yang dinasihatkan. Aku harap sangat ketua kami ni betul-betul berubah mengikut apa yang dia nasihatkan.
Aku pun akui aku bukanlah baik sangat. Tapi aku sebagai pekerja bawahan sendiri boleh nilai ketua yang macam mana kami nak dan kami juga berhak untuk memilih ketua yang terbaik untuk kami jayakan syarikat kami. Kerana aku percaya jika ketua yang baik akan menghasilkan pekerja bawahan yang terbaik.
Aku nak nasihatkan sedikit pada ketua-ketua atasan tolonglah jangan menganggap diri tu tinggi sangat sampai lupa apa yang di bawah. Sebab untuk membawa sebuah kapal memerlukan nakhoda yang terbaik, jika nakhoda tak tahu mengemudi kapalnya maka karamlah kapal tersebut. Sorry. Aku bukan lah pandai sangat nak bermain dengan ayat ni.
Jadi aku harap sangat la kepada ketua-ketua yang merasa hebat sangat dengan jawatan tu jangan lah sombong dengan kakitangan bawahan. Anggaplah mereka seperti ahli keluarga sendiri dan bukan memilih bulu atau yang pandai mengipas. Aku juga harap sekiranya ada ketua-ketua di syarikat lain yang membaca confession ni tolonglah kami pekerja bawahan ni menjadi seronok dengan kerja kami dan bukan merasa stress dengan kerja kami. Kalau boleh kami nak sangat kerja di syarikat ni lebih lama lagi sebab kami sayangkan syarikat ni sama seperti syarikat kami sendiri.
Sekian terima kasih kerana membaca luahan ni.
– Pekerja Bawahan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit