Assalammualaikum and hi. Saya ada baca luahan Madam N, (https://iiumc.com/pesanan-
Saya seorang pelajar diploma sepenuh masa di universiti tempatan. Ternama juga la. PKP berlaku sewaktu saya sedang semester ketiga.
Untuk pengetahuan puan, segala yang puan rasa sebenarnya sama sahaja dengan yang kami rasa.
Bukanlah saya hendak menidakkan, tapi pada saya tak bagus jika puan meluah begitu. Saya faham maksud puan dengan hormat pada masa dan sebagainya.
Kami sendiri pelajar juga sering terima tugasan lewat malam. Terkadang tengah seronok berehat jam 12 malam keluar notifikasi assignment di Google Classroom.
Ada satu masa tu, saya sampai tertekan sehingga trauma nak buka phone. Setiap masa masuk tugasan. Bukan semua pensyarah begini dan begitula maksud saya tujukan pada puan, bukan semua pelajar seperti yang puan sampaikan.
Bab kelas atau kehadiran pula, mungkin pelajar takut untuk berkomunikasi dengan puan. Cuba puan fikir semula kenapa pelajar tidak selesa dengan puan?
Pada pandangan saya sendiri, kalau pensyarah itu terlalu strict atau bila saya tanya soalan dia hanya jawab sepatah saja memang saya takkan tanya lagi.
Saya tidaklah kata strict tu tak boleh tapi mungkin puan boleh lebih mesra. Setakat ini, pensyarah saya memang mesra dengan semua pelajar tapi bab tugasan atau exam akan strict. Jadi tak salah kan kalau puan cuba fahami dulu?
Maaflah kalau puan rasa macam pelajar ni demand tapi jujurnya pelajar hanya akan menurut saja arahan pensyarah jadi kalau pensyarah begitu, begitulah pelajarnya hehe.
Untuk waktu diluar pejabat dan shortform tu saya memang tidak setuju. Saya sendiri kalau ada pertanyaan akan tanya pada waktu yang sesuai.
Pengenalan akan diberi dipermulaan mesej. Setiap kali mesej, setiap kali juga saya akan perkenalkan diri walaupun pensyarah yang sama. Latih diri untuk dibawa ke alam pekerjaan, hormat pihak atasan.
Akhir sekali, saya kurang setuju bab kelas pelajar diluar tu. Saya sendiri selalu berada dalam dilema antara keluarga atau ilmu.
Kadang-kadang, waktu nak Google Meeting la ibu nak ajak ke pasaraya. Walaupun dah dijelaskan, ibu kadang terasa juga. (terima kasih ibu selalu tunggu akak habis kelas huhu).
Saya alhamdulillah dapat ibu yang memahami, tunggu sampai kelas saya selesai tapi tak semua ibu macam tu puan. Kawan saya sendiri merasai perkara ni.
Sampaikan dia tertekan keluarga tidak memahami dan selalu menuduh dia habiskan masa menghadap laptop. Bagi pihak puan mungkin puan okay saja.
Ada gangguan anak-anak puan boleh bertegas, tegur mereka. Tapi kami macam mana puan? Nak dimarah, derhaka. Dah dijelas, taknak terima.
Saya tak minta puan jadi sambil lewa terhadap perkara ini. Cuma saya minta puan cuba fahami saja. Sekurang-kurangnya pelajar puan masih ada effort nak masuk kelas walaupun tengah drive, dekat kedai sebagainya. Tidaklah mereka sengaja tak hadir.
Apa-apa pun, ini hanya luahan saya sebagai pelajar norma baru. Point saya disini ialah, kedua-dua pihak terkesan. Apa yang puan rasa, kami pun rasa.
Saya juga harap mana-mana pelajar yang baca, janganlah juga membebankan pensyarah anda. Waktu kelas, tolong beri respon.
Walaupun tak on camera tapi bersuara pun cukup. Kesian pensyarah kita cakap sendiri.
Bagi untuk yang kurang kelajuan internet tu, harap bertabahlah sebab saya pun sama. Segala tugasan hanya boleh disiapkan jam 2-3 pagi je sebab baru connection laju untuk buat research.
Yang penting saya nak pesan pada pelajar, jangan mesej pensyarah lewat waktu (kecuali pensyarah tersebut memang flexible macam pensyarah saya hehe),
Mesej tu biarlah full text dan jangan semberono guna ayat macam menyuruh ya. Guna istilah meminta tolong baik-baik, baru pensyarah tak stress.
Selain tu, pensyarah juga janganlah expect pelajar untuk faham semuanya. Bila pelajar tanya, ditanya kita balik atau pun dijawab sepatah saja huhu. Saya pun jadi hilang minat untuk bertanya lanjut.
Doakan saya habis semester terakhir ni dengan dean result! Saya doakan semua urusan antara pelajar dan pensyarah dipermudahkan.
Saya harap pandemik ni cepatlah berakhir, rindu face-to-face learning dan classmates yang gila-gila.
Maaf kalau ada tersinggung mana-mana kata saya ya. Kalau ada tak setuju pun takpe, saya faham. Semua orang tak sama situasi. Maaf kalau panjang dan terima kasih baca!!
– J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit