Bodoh sangat ke aku ni? Semua benda kena orang uruskan? Kalau aku nak buat sendiri, kata tak payah la. Susah je nanti. Macam2 alasan. Bila aku biarkan diorang tolong, mengungkit pulak. Kata aku buat dia mcm hamba abdi! Apa semua tu? Kalau nak tolong tu biar la ikhlas. Ni nak ungkit satu apa pon tak dapat la..aku ni bukan suka susahkan orang. Aku suka berdikari. Tapi semua yang aku nak buat semua kena ikut cara diorang. Cara aku salah ke? Cara diorang je betul?
Hina sangat ke aku sampai perasaan aku takde sape nak hiraukan?
‘Dia’ yang diagungkan sangat tu tak pernah buat salah langsung ke? Tak pernah sakitkan hati? Tak pernah kurang ajar?
Bila aku buat salah bising satu rumah. Kecoh sampai tengking2. Bila anak lain buat salah, tegur belakang2, tegur main2, nada gurau2. Ingat aku tak perasan tu semua?
Aku diam tak bermakna aku setuju.
Aku sakit hati aku pendam sorang2. Pastu kata aku terperuk dalam bilik. Ye laa, kalau aku luahkan pon ada yang dengar? Ada yang nak paham apa yang aku rasa?
Susah sangat nak jadi baik. Aku dah cuba sedaya upaya. Ye, aku pernah buat silap. Aku dah taubat tak nak ulang dah. Sepatutnya doronglah aku. Bagi peluang aku berubah.
Ni bila nampak lain sikit, kata aku buat salah. Tuduh aku nak pegi buat dosa. Kata aku macam2.
Perasaan orang lain je ke aku kena jaga? Perasaan aku?
Aku ni jenis susah nak luahkan dengan perkataan, aku perasan bila aku bercakap mesti sangkut2 sbb nak pikir ayat apa sesuai nak guna. Aku lagi selesa menulis. Dari dulu lagi. Kalau English pon sama. Aku lagi senang susun ayat jadi perenggan dari susun ayat untuk bercakap.
Aku ni banyak berpikir. Kadang rasa semak jugak otak tapi benda tu datang je. Aku tepis2 datang jugak lagi. Akhir2 ni nak tido pon susah. Bila dah ngantuk sangat, baring nak tutup mata, ada je benda pkir dlm kepala. Ada je idea nak buat apa. Eh, nak kena search pasal ni la, nak kena buat reminder la, etc… last2 tido lambat, esok bangun ngantuk. Nak buat keja pon tersengguk2. Pegi buat kopi, lpas minum sakit kepala. Ko rasa? Bnda2 kecik ni yang buat aku stress.
Cakap psal stress, aku pegi keja balik dah mlm. Lpas makan, tengok tv kejap ke online kejap ke pastu dah nak tido. Cycle tu ulang2. Aku tau orang yang bekerja pon rasa benda sama. So aku cuba nak hiburkan hati la kan, nak ajak member lepak time weekend. Tapi aku jenis pkir psal duit. Kalau keluar mesti kuar duit punya, kalau tak pegi kedai mahal2 pon, pegi kedai mamak pon kena bayar kan? Duit minyak ke tol ke kan? Nak pegi jogging takde member minat plak. Nak pegi sorg2 memang TAK LA.
Aku memang dari kecik sampai besar sampai dah layak boleh kawin ni, kalau nak pegi mana2 MESTI ada teman. Bukan aku yang nak, tapi ni SYARAT family aku. Diorg kata bahaya, takut ‘anak kesayangan’ ni jadi apa2. So aku ikutkan je sampai dah terbiasa. Kalau kuar sorang2 tu rasa macam nak cepat2 balik rumah, bahaya kat luar sorang2. Yes, aku rasa ada yang akan setuju, skrg bukan mcm dulu. Pegi jalan2 bawak duit kepuk2 pon takpe. Sekarang ni kat tempat terbuka pon orang boleh ragut rompak smua apa lagi kat tempat sunyi.
So kadang2 aku rasa sesak tau, rasa macam kena kurung, kena ikat kuat2. Macam burung dalam sangkar. Bila kuar selalu dgn family je. Kalau dengan kwn2 pon boleh kira berapa kerat je, tak boleh sesuka hati dgn org yg diorg tak kenal. Lain pulak dgn abg aku sorg tu, dari sebelum dia kawin sampai la sekarang, boleh je kuar mana2 ikut member2 pegi sana pegi sini, melancong la apa smua. Dia pon kena bebel tapi tak macam aku kena. Lepas kena bebel dia buat lagi, dia bagitau nak pegi melancong tu lepas dah beli tiket dari tahun lepas lagi. Bila nak dekat tarikh flight baru nak bagitau. Takkan family aku nk halang?
Dari kecik aku rasa benda ni tak adil. Sebab aku perempuan, dia lelaki so kitorg tak boleh buat benda yg sama? Aku pon ada minat. Aku pon suka benda2 lasak, aktiviti luar. Cuma beza dia aku perempuan so aku lembik? Senang kena buli? Senang kena serang?
Hmm aku taktau la apa yg aku rasa ni patut ke tak. Mungkin aku tak reti bersyukur dengan apa yg ada. Tamak sampai rasa banyak yg tak cukup, banyak yg aku belum capai. Aku ada impian, ada angan2. Macam2 aku nak buat. Bila umur makin meningkat aku rasa macam dah tak banyak masa. So aku jadi stress. Mungkin sbb tu aku rasa nak memberontak. Asyik nak melawan apa yg family aku ckp.
Aku nak pegi jumpa kaunselor tp diorg tak buka weekend. Sbb tu aku tulis kat sini dgn harapan dapat legakan sikit apa yg terbuku di hati. Selama ni aku meluahkan semua atas sejadah je sampai basah kain telekung aku menangis sorang2. Lepas nangis tu rasa lega sikit. Lepas tu aku buat macam biasa, macam takde apa2 yg jadi. Tapi jauh dalam sudut hati ni ada lagi perasaan tak tenteram tu, walaupon aku dah cuba buang jauh2.
Aku harap aku dapat jadi yg terbaik utk family aku. Tak kesah la diorg nak buat apa tapi ‘air yg dicincang takkan putus’. Aku akan cuba sedaya upaya utk faham diorg dalam masa yang sama aku berharap sangat diorg pon faham aku.
Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca luahan aku ni. Aku mohon korang doakan yang baik2 untuk aku. Semoga aku dapat jadi anak & adik yang trbaik di dunia dan akhirat. Amiinn.
Insan yang lemah,
Sha
– Sha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Klau stori sya smua Hal di pendam sbb rasa tak ada yg mampu tlong ( ahli keluarga) sllu berpkir nak pergi tmpt jauh klau bole nak meet orng yg bru kenal disbbkn. Hal2 bruk pernah berlaku salah satu sllu mcm tak dhargai , so apa pendapat awak