Luahan Rasa Pelajar Pasca-Siswazah Self-Finance

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan.

Saya adalah seorang pelajar PhD di sebuah IPTA di Serdang, Selangor, self-finance dan sedang bekerja sambil melanjutkan pengajian.

PKP 2.0 pada kali ini betul-betul membuatkan saya terduduk dan menangis selepas sahaja pengumuman PKP di beberapa negeri, termasuk di Selangor diumumkan oleh Perdana Menteri.

Susah untuk saya menangis walaupun sebelum ini pernah melalui ujian hidup yang berat, tetapi pada kali ini, saya menangis kerana terlalu kecewa.

Saya dan keluarga menetap di luar negeri Selangor. Jarak perjalanan dari rumah ke universiti lebih kurang 45 minit pada hari biasa, jadi pada hari biasa saya berulang alik ke universiti dari rumah.

Apabila pengumuman PKP 2.0 diumumkan dan tiada kebenaran untuk rentas negeri, saya jadi buntu dan berasa terlalu sedih serta tertekan dengan situasi sekarang.

Sekarang saya berada di semester kelapan, dan saya tidak layak untuk defer pengajian kerana telah menggunakan peluang tersebut pada dua semester sebelum ini.

Pengajian dan projek penyelidikan PhD saya adalah di dalam bidang S&T. Ini bermakna, saya perlu menggunakan peralatan dan instrument di dalam makmal secara sepenuh masa pada setiap hari.

Saya perlu menyiapkan objektif penyelidikan yang terakhir apabila PKP 1.0 mula-mula diumumkan. Objektif terakhir ini melibatkan storage study, jadi saya perlu merancang dengan baik supaya sampel saya tidak terjejas.

Ketika PKP 1.0, semangat saya masih baik, dan apabila kelonggaran untuk menggunakan makmal di universiti diberikan,

Saya menyiapkan beberapa analisis untuk objektif sebelum ini yang tertangguh kerana saya masih belum yakin untuk memulakan storage study dalam keadaan negara yang tidak menentu serta polisi fakulti yang tidak konsisten.

Setiap dua minggu, kami perlu mengisi borang permohonan Google Form yang disediakan oleh pihak fakulti untuk masuk ke universiti dan menggunakan fasiliti makmal, kemudian menunggu keputusan yang adakalanya terlalu lambat diluluskan.

Cuba bayangkan, di dalam Google Form, kami dari fakulti yang sama telah memohon untuk masuk ke Universiti bermula dari 7/12/2020 – 18/12/2020, tetapi di dalam surat kelulusan hanya diberi bermula pada 12/12/2020.

Membazir satu minggu. Insiden kedua, pelajar mula memohon dari 28/12/2020 – 8/1/2021, tetapi tarikh permohonan di dalam surat kelulusan kami dari fakulti ini ditukar kepada 4/1/2020 – 8/1/2020.

Betapa pihak pengurusan fakulti betul-betul menyusahkan pelajar sedangkan kami telah membuat perancangan awal untuk kerja makmal kami.

Alhamdulillah majoriti pegawai – pegawai yang bertanggungjawab dengan makmal di fakulti saya semuanya sangat baik dan selagi boleh cuba membantu pelajar within the limitation.

Sudahlah tempoh masa untuk menggunakan makmal dipendekkan, setiap dua minggu perlu mengisi Google Form dan menunggu kelulusan tetapi jumlah hari yang sepatutnya dua minggu disingkatkan menjadi satu minggu disebabkan incompetence of faculty management.

Saya hampir-hampir menulis emel kepada VC university tersebut untuk complaint berkenaan perkara tersebut, tetapi apabila memikirkan kembali nama baik dan prestasi Supervisor saya, saya terpaksa menahan rasa dan tertekan dengan situasi tersebut.

Kenapa saya tak teruskan complaint kepada VC? Office politics and transparency. Sudah tentu mereka akan track down nama saya dan juga penyelia utama saya.

I have to protect my SV’s reputation kerana beliau adalah seorang yang cemerlang kerjanya, sangat baik dan cuba untuk memahami situasi pelajar-pelajar beliau.

Dengan PKP 2.0 ini, objektif terakhir saya masih belum dapat dimulakan, sedangkan semester tetap berjalan, dan yuran pengajian masih perlu dibayar penuh.

Pada semester ini, ada diskaun yuran pengajian diberikan oleh pihak universiti semasa saya membayar yuran di awal semester.

Nak tahu berapa diskaun yang diberikan? RM75 sahaja dari beribu-ribu yang dibayar dari duit poket sedangkan fasiliti universiti tidak boleh digunakan sepenuhnya, kerja makmal tertangguh ditambah dengan pengurusan fakulti yang kurang membantu pelajar.

Mungkin ada yang akan komen, sementara menunggu boleh tulis thesis. Content thesis memang saya cuba untuk kemaskini. Pada masa yang sama, saya perlu menyiapkan kerja-kerja pejabat secara online setiap hari serta menjaga anak dan menguruskan rumah.

Stress kerja ditambah dengan stress kerja penyelidikan PhD yang tiada progress, tetapi semester pengajian tetap berjalan dan yuran perlu dibayar penuh.

Jadi dalam keadaan sekarang ni, saya mudah berasa stress disebabkan perkara yang kecil. Pokok yang ditanam tak mau hidup pun rasa sedih sangat dan rasa macam loser betul.

Ada juga fikir nak quit, tapi bila difikirkan projek penyelidikan dah hampir ke penghujung, saya cuba untuk stop fikir quitting my studies.

Saya hanya mampu berharap pihak KPT dan setiap IPTA membuat pertimbangan dan perancangan dengan teliti untuk pelajar terutamanya self-finance post-graduate kerana duit kami adalah limited, tak seperti gaji Professor berpuluh-puluh ribu setiap bulan.

Hanya meluahkan rasa.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *