Luahan Rasa Yang Bercampur Baur

Assalamualaikum, hi. Sekiranya admin approved post ni, thanks sangat2. Aku takde tempat nak bercerita dan aku dah semak sangat dengan isu2 yang menari dalam otak aku.

Maaf, cerita ni mungkin berterabur atas faktor emosi. Maaf juga, aku campur sikit BI BM. Aku try susun satu2 supaya korang boleh faham.

Aku perempuan. Ada suami, 1 anak. Alhamdulillah, suami okay, very helpful. Takde masalah rumah tangga yang biasa baca dalam KRT.

Cuma disebabkan cara hidup dan pemikiran yang berbeza, dia takkan faham masalah aku. Tidak juga bercerita kepada ahli keluarga, kerana aku dibesarkan dalam family yang strict (yang faham, fahamlah).

Semuanya bermula sejak aku berhenti kerja untuk sambung master pada awal 2019 atas sebab tertentu. Semestinya, keluargaku menyokong penuh dan dibiayai 100% oleh makcik (alhamdulillah, terima kasih).

Family belah mak aku jenis pentingkan pendidikan, dan kesemua makcik pakcik aku alhamdulillah;

Sangat2 baik, educated, bekerjaya, berjaya, tak lokek wang dan ada anak2 yang sangat bijak. Secara tak langsung, tertanam dalam minda aku yang aku perlu menjadi seperti mereka semua, barulah boleh balas jasa mak abah.

Hujung 2019, aku kahwin. Bunting pelamin sebelum sempat ambil apa2 perancang kehamilan. Sebab apa? Aku plan nak bina balik career lepas habis master. Suami aku? Suka gila. Ah, rosak plan aku. Memanglah rezeki, alhamdulillah, but..WHY NOW?

Fast forward, study dah habis, 3 minggu lepas tu bersalin, dan dah habis pantang. Aku pun apa lagi, fikir nak kerja lah!

Agak mencabar ya untuk send resume dalam negeri yang peluang kerjanya terhad. Dengan gaji minima yang… menyedihkan. Tapi aku bedal je, janji aku dapat kerja.

Tapi.. hahaha. Berpuluh resume aku send, baru 1 yang panggil. Belum lagi dengan peluang2 yang terlepas sebab syaratnya nakkan surat senat tamat master.

Elok aku dah dapat surat tu, peluang tertutup. Gone. Tambah lagi abah push gila2 tanya kenapa tak dapat kerja lagi, makcik pakcik tanya apa plan lepas master. Lagi buat aku sesak jiwa, bila member2 keliling dah progress jauh dalam career masing2. Aku jadi semak.

Mak aku suggest berniaga sambil2 jaga anak aku yang high need. Name it, aku dropship baju kebaya, makeup sampai ke makanan, post ig story whatsapp hari2 tapi sale yillek. Kosong.

Ada sale pun sebab makcik2 yang pakat beli. Anak pulak nak melekat sampai kerja rumah tak jalan, baru potong bawang anak dah meraung macam kena pukul, anak naik buai ikut mood, letak bawah dengan mainan taknak, asyik nak berdukung sampai sakit badan aku.

Makan pun kena tunggu suami balik malam. Hidup jadi tak terurus sampai suami yang tolong settlekan rumah & anak bila aku dah melepek kt lantai menangis. Buku parenting, join group cara handle baby semua dah hadam tapi tak lut kt anak aku.

“Takkan aku nak stay macam ni? Belajar tinggi, tapi jadi suri rumah je? Tau beranak je? Dah la degree mak tanggung, master makcik bayar.

Member2 sedap makan sana sini, boleh short escape, shopping macam2. Nak kata power urus rumah, hampeh. Bapak ah, loser gila aku!!” (Nota: Maaf sangat2, aku tak hina suri rumah, aku respect korang. Cuma aku saja yang tak boleh jadi macam korang. Maaf, aku tak boleh.)

Suami aku? Rilek saja. Dia lebih suka aku duduk rumah, jaga anak. Tapi, aku tak macam kau. Kau mungkin selesa duduk dalam kelas paling bawah B40, ambil apa bantuan yang ada.

Kau mungkin rasa cukup sekadar tidak berlapar, ada tempat berteduh, dan mampu hulur seratus dua pada ibumu.

Tapi bukan aku. Hidup tak ada peningkatan bukanlah hidup. Aku ada impian. Tak sekufu? Mungkin ya, tapi malangnya muka aku ni membuatkan aku tak ada pilihan yang banyak. Menyesal? Tidak. Ini pilihan aku juga.

Tolong aku. Aku dah sampai tahap mula marah2, campak anak bila anak tak nak berhenti menangis, baling barang bila kerja rumah tak selesai. Anger management fail.

Aku rasa useless bila rumah sepah, anak tak setel. Aku rasa malu bila aku tak hasilkan wang untuk keluarga, balas jasa mak abah.

Aku rasa nak menyalahkan takdir kenapa jalan hidup aku macam ni, tapi tak boleh. Aku terasa bila mak mertua aku kata anak perempuan ni sekupang pun tak guna, bagus lagi anak laki.

Aku perlukan pandangan & cadangan. Aku nak kawal rasa marah, benci, tak boleh terima hakikat, tak sabar, cemburu dengan orang lain.

Aku nak rasa berlapang dada. Aku yang bermasalah. Mungkin perasaan negatif dalam diri ni buat rezeki kerja untuk aku tak lekat. Tolong ya?

– Sang Gagal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *