Luahan Ringkas

Assalamualaikum…

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak pandai bercerita, tapi aku rasa nak luah apa yang aku pendam selama ini.

Aku suri rumah, punya seorang anak perempuan.

Jika orang lihat dari luaran, hidup aku mungkin baik-baik saja. Punya anak yang comel, suami yang baik, ringan tulang. Rasa sangat bahagia dan bersyukur dapat suami yang rajin membantu, layan anak.

Tapi di mana ujian aku? Suami aku kurang bab agama. Dia baik, dia solat, tapi dia langsung tidak baca Al-Quran. Baca pun kadang-kadang bila aku ajak.

Aku bukanlah baik sangat, kadang aku juga lalai, tapi perkara ni buat aku rasa sedih bila dia yang aku harapkan untuk didik aku dan anak.

Aku rasa rumah tangga aku tak hidup. Tak bercahaya dengan agama macam orang lain. Aku cemburu dengan wanita yang punya suami yang pandai hal-hal agama.

Aku pernah cakap kat dia tentang tanggungjawab suami dalam mendidik anak dan isteri, berkaitan nafkah wajib seperti tempat tinggal,

(sebelum ni dia refuse untuk cari rumah sewa — kami menumpang rumah mertua), dan dikatanya aku mengajar dia tentang agama, macamlah dia ni jahil. Ya Allah, tersentap aku.

Aku cuma menyatakan apa yang perlu dia lakukan sebagai ketua keluarga.

Dan setiap kali aku bagi pendapat, menyatakan apa yang terbuku di hati, mesti akan berlaku pergaduhan. Kami sering bergaduh, even sekecil perkara pun boleh jadi besar.

Aku tidak berniat untuk menang, aku hanya menjelaskan apa yang aku rasa. Apa yang aku cakap dia suka manipulasikan balik seolah aku yang salah.

Aku tanya dengan baik, dia tengking dan baling barang sampai tahap mengasari aku. Paling aku tak boleh terima, dia tolak dan sepak aku ibarat aku musuh dia sedangkan aku bertarung nyawa melahirkan zuriat dia.

Banyak kata-kata yang dia lontarkan pada aku memberi kesan sampai hari ini. Aku pendam sendiri sebab aku malu nak cerita even dekat family sendiri.

Dia maki hamun aku, segala macam perkataan keluar dari mulut dia. Semalam hati aku bagai dikoyak-koyak, dihiris dengan pisau yang tajam.

Sanggup kan seorang suami jerit isteri dia anjing, babi, syaitan, iblis depan anak. Terasa tercalar maruah aku sebagai isteri dan ibu.

Bercakap dengan dia bagi aku pointless. Suka manipulasi apa yang aku cakap dan at the end of the day nampak aku yang selalu salah. Dia suka buat aku bersalah. Tak pernah dia pujuk aku dan datang minta maaf melainkan aku yang pergi dekat dia.

Betapa bodohnya dulu aku begging dekat dia, berharap dia stay dengan aku. Egonya sangat tinggi, even dia yang salah aku yang kena minta maaf. Tak pernah nak cakap elok-elok untuk fix keadaan.

Dia buat silent treatment dan biarkan aku berhari-hari macam tak ada apa yang berlaku sampai aku dulu yang tegur dia.

Tapi kali ni aku dah tekad, aku tak akan lagi pergi merayu dekat dia. Akan aku tutup hati ini sedalam-dalamnya. Cinta aku pada dia dah mula mati.

Aku mula refleks diri dengan apa yang berlaku, mungkin ini ujian aku, mungkin aku bukan isteri yang sempurna, mungkin aku juga yang bersalah.

Aku terlalu sayang dekat dia sampai diri aku sakit. Tapi kali ini, akan aku belajar untuk sayang diri aku dan anak aku lebih dari apa pun.

Aku rasa itu sahaja dulu luahan aku kali ini dan terima kasih yang sudi baca. Minta bagi aku semangat untuk aku teruskan hidup.

— Isla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *